Friday, 28 October 2011

:: Zikir ::


Assalamualaikum w.b.t ... tajuk kali ni mengenai "zikir"... apa yang antum tahu tentang zikir?? .. mesti pelbagai pendapat dan maksud yang ada dalam kepala masing2 kann ?? .... ^_^ ... Zikir ni adalah berasal dari perkataan arab 'zikr'....yang membawa maksud peringatan... secara istilah nya .. Zikir ni ialah mengingati Allah ...Adakalanya kita tahu , tapi tidak mengamalkannya , adakalanya kita tahu dan kita amalkannya , tapi tidak tahu apa kelebihannya... Allah  menyediakan bagi hamba Nya ,  ganjaran bagi setiap yang dikerjakan oleh hambaNya...Alllah itu pemurah...sebenarnya  banyak kelebihan -kelebihan berzikir yang dijanjikan Allah .... InsyaAllah saya akan kongsikan kelebihan berzikir melalui firman Allah dan hadis-hadis Rasulullah ...

1. Dari Abu Said berkata bahawa Rasulullah s.a.w membaca hadis Qudsi : Allah berfirman : barangsiapa yang menyibukkan dirinya dengan Al-Quran dari mengingatiku ( dan berdoa kepadaku ) Aku memberinya lebih baik daripada apa yang diberikan kepada seorang yang berdoa , ketinggian perkataanku ( Al-Quran ). keatas  semua perkataan -perkataan lain adalah seperti ketinggian Allah (pencipta) ke atas semua ciptaan Nya..(HR Tirmizi )....

2.Dari Abu Zar Al-Ghifari meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : Tiada sesuatu pun yang lebih mendekatkan diri pada Allah , kecuali dari perkataan yang asal yang keluarnya daripada Allah , yakni Al-Quran ( HR Mustadrak Hakim )

Membaca Al-Quran  juga adalah zikir , setiap perkataan yang di baca pasti mengingatkan kita pada yang Esa ... walhal membaca doa-doa harian seperti doa makan, masuk / keluar tandas , naik kenderaan dan lain-lain .... itu juga dikira zikir... setiap yang di ucap mengingatkan kita pada Allah kan?.. perasaan Allah itu sentiasa ada di sisi kita , memberi perlindungan pada kita bila baca ayat2 Nya... insyaAllah menjadi amalan kita nanti yea...^_^

Banyak zikir-zikir yang ringkas dan sangat ringan di lidah yang masih belum basah dimulut kita kan? .. walhal kita tahu ayat2 nya ... sebenarnya ia sangat ringan di lidah dan mudah disebut , tetapi ganjaran dan timbangannya sangat berat disisi Allah .... SUBHANALLAH ...

3."Ada kalimah yang ringan ( diucapkan ) oleh lisan tetapi berat dalam timbangan disisi Allah : SUBHANALLAH WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL AZIM "....

4.Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda :" Siapa yang membaca seratus ayat (dari AlQuran ) pada suatu malam ,maka akan dicatat pahalanya seperti pahala sembahyang semalam"...(Riwayat Ahmad dari Tamin r.a)

5."SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH WALLAHUAKHBAR.,  (adalah kalimah yang dengan membacanya ) akan ditanam bagimu sebatang pohon didalam syurga ..."( shahih Ibnu Majah )...MasyaAllah ... begitu besar ganjarannya..

Tanam pokok dan binalah rumah di syurga ... bahan-bahan binaannya ?? .. zikirlah bahan binaannya ... jika diperbanyakkan zikirnya , makin suburlah tanaman kita di syurga kelak ....insyAllah..Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan daripada Hakin al-Ahmasi : "Aku mendengar bahawa syurga dibangunkan dengan zikir....Apabila zikir itu terhenti maka terhenti jugalah malaikat yang bekerja membangunkannya..Apabila ditanyakan " Mengapa kamu berhenti bekerja ??? "...mereka menjawab"...Kami sedang menunggu bahan-bahannya "..

Mudah-mudahan Allah sentiasa meringankan lidah kita untuk berzikir dan menyebut nama-nama Allah ,agar semakin subur menghijau indah kediaman kita di syurga kelak... InsyaAllah ....aminnn

6.Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda : Barangsiapa banyak berzikir kepada Allah, sesungguhnya dia akan terhindar dari sifat munafik ( HR Tabrani , Jami' Saghir )

7. Dari Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi bersabda : Perumpamaan bagi orang yang sentiasa mengingati Allah dan orang yang tidak mengingati Allah ialah seumpama orang yang hidup dan orang yang mati ..Dalam hadis yang lain diriwayatkan bahawa :Perumpamaan rumah yang disebut nama Allah didalamnya dan rumah yang tidak disebut nama Allah didalamnyaadalah seumpama orang yang hidup dan orang yang mati ...( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)....

Hidupkanlah rumah kita dengan nama-nama Allah... cahayakannya dengan kalimah Allah ..tenang rasanya apabila hati sentiasa dekat denganNya.... ^_^.....Saya andaikan seorang mat motor , nak naik motor dia .......( baru beli ) ,tapi tak ada tayar belakang ( pelik baru beli xde tayar ..hehe ).. tak ada lampu depan belakang ... rasanya dia boleh bawa tak motor tu ??? ... hehe .. memang tak la kann.. macam tu juga lah di ibaratkan zikir sebagai tayar belakang , dan lampu motor tu sebagai ilmu ....pentingnya mengingati Allah dan mencari ilmu Allah .... ^_^ ...

Saya akhiri dengan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Allah akan berfirman pada hari kiamat dikalangan orang-orang yang berkumpul ,nanti akan mengetahui siapakah yang paling mulia .....Ditanyakan : Wahai Rasulullah , siapakah orang-orang yang paling mulia itu ?...Baginda menjawab : Mereka itu yang sentiasa berkumpul di masjid-masjid untuk berzikir kepada Allah ..(HR Musnad Ahmad , Abu Ya'la , Majma uz Zawaaid ).....




No comments:

Post a Comment