Entry kali ni .. bertajuk " terkenal dilangit tak terkenal di bumi " .. sapa tu ? cube teka ... dialah yang bernama Uwais al-Qarni ... jarang di dengar kan ? tapi hakikatnya beliau sangat terkenal di daerah langit .... kisahnya memang sangat pahit dan banyak pengorbanan dilakukan .. sekarang pun ada di youtube kisah mengenai Uwais al Qarni . yang dilakonkan semula .. suka ana kongsikan serba ringkas kisah beliau ... jom turun ke bawah ^_^...
Dikisahkan pada zaman Rasulullah saw.. ada seorang pemuda bermata biru , rambutnya merah , berpenampilan tampan , kulitnya kemerahan ,dagunya menempel di dada .. selalu melihat pada tempat sujudnya , tangan kanannya menumpang di tangan kirinya .. tika membaca Alquran dia menangis , hanya berpakaiankan dua helai yang satu untuk menutup badan satu lagi sebagai selendangan , namun tiada orang yang menghiraukan , itulah dia tak dikenal oleh penduduk bumi malahan sangat terkenal di langit ...
Beliau , jika berdoa atau memohon sesuatu pada Allah , pasti terkabul . tika kesemua ahli ibadah dipanggil masuk ke syurga ,dia justeru dipanggil Allah supaya memberi syafaat ... Bagaimana hayatnya sehinggakan Allah sangat sayang padanya ?... biarpun orang suka mentertawakan , menipu dan menuduhnya sebagai tukang mencuri serta berbagai penghinaan lain ... penuda dari Yaman ini telah lama yatim ... tidak punya sesiapa selain ibunya ...ibunya yang sudah tua dan lumpuh ..yang tinggal hanya penglihatan yang kabur .. Uwais menyara keluarganya dengan bekerja sebagai penggembala kambing ... upahnya sudah cukup untuk makan minum dia dan ibu ..malahan jika ada rezeki lebih .. ibunya gunakan untuk membantu tetangga ... mulia nya sifat mereka ..^_^ dalam kesibukan bekerja .. Uwais tidak pernah lupakan kewajipannya sebagai seorang islam ... gigih nya dia beribadah sehingga tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam hari ...
Uwais telah memeluk islam pada masa Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad saw yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah .... sejak itu Uwais sangat rindu pada datangnya kebenaran ...
Diceritakan ketika perang Uhud Rasulullah SAW cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuh... khabar ini di ketahui Uwais lalu segera dia memukul giginya dengan batu hingga patah , kerananya cintanya pada Rasulullah sekali pun dia tak pernah melihat Rasulullah ...satu hari Uwais termenung bertanya dalam hati " bilakah aku dapat menziarahi Nabi dan menatap wajah baginda dari dekat ?" .. sehingga satu saat Uwais meluahkan isi hatinya pada ibunya ...dan meminta izin untuk bertemu Rasulullah ... sayu hati seorang ibu melihat anak yang sangat teringin bertemu nabi...."pergilah wahai anakku , bertemula nabi dan segerala kau pulang "..gembiranya Uwais ..segera berkemas dan menyiapkan segala persiapan ibunya sepanjang dia pergi ...
Setibanya di madinah .. terus Uwais ke rumah nabi s.a.w .... kemudian dia mengetuk pintu dan memberi salam ....lalu segera Aisyah membuka pintunya ..namun. hampanya hati sang perindu ...bila Aisyah r.a memberitahu nabi tiada di rumah ...baginda ketika itu keluar berperang ....usai nabi pulang dari berperang ..terus menanyakan tentang Uwais ... dan memberitahu Aisyah .. "dialah anak yang taat pada ibunya , dia penghuni yang terkenal di langit .." ...lalu Aisyah memberitahu ...dia pulang kerana tidak boleh lama kerana ibunya sakit... Rasulullah berkata .. jika mahu berjumpa dengannya .lihatlah pada tapak tangan nya terdapat tanda putih ...Rasulullah lalu memandang pada Saidina Ali dan Umar .. dan berkata " jika kalian bertemu dengan nya , mintalah doa dan istifar kerana dialah penghuni syurga bukan penghuni bumi " .....
Tidak lama selepas kewafatan nabi , Saidina Ali dan Umar teringat akan pesan Rasulullah tentang Uwais .. lalu mereka bercadang untuk mencari Uwais untuk meminta doa dan istifar ... Sampainya mereka di rumah Uwais , tika itu dia sedang solat ..dan selesai solat berjumpalah mereka ... lalu Ali dan Umar memberitahu akan hajatnya datang kepada Uwais ... lalu menawarkan wang dari baitul mal untuk disalurkan pada Uwais untuk menampung hidupnya .... namun kata Uwais "hamba mohon supaya hari ni saja hamba diketahui orang .Untuk hari selanjutya biarlah tidak diketahui orang lagi "..sejak itu ..nama Uwais tidak lagi didengar dan tenggelam ....
Sehinggalah .... penduduk digemparkan berita kewafatan Uwais .... meninggalnya Uwais sangat menggemparkan Yaman...begitu ramai orang asing (yang xkenali) ..datang untuk menguruskan jenazah beliau ...penduduk tercengang... bukankah Uwais seorang fakir dan hanya seorang penggembala domba ..tapi di hari wafat mu ..engkau telah menggemparkan penduduk yaman ...dengan jadirnya manusia2 asing yang banyak yang tidak pernah kami kenal ....Di saat itu , barulah penduduk tahu ...siapa sebenarnya UWAIS AL-QARNI ..ternyata beliau tidak terkenal di bumi tapi terkenal di langit ....
Begitula secara ringkas kisah mengenai uwais al qarni .... begitu hebat .. banyak pengajarannya kann ? ...taat pada ibu itu wajib...kerna syurga itu dibawah tapak kaki ibu ....tapi jangan cek kaki ibu plk :P ....hehe ..apa pon ... sama2 jadikan kisah beliau sebagai satu pedoman ... mudahan amalan kita hari ini bukanlah semata-mata untuk mendapat nama ... untuk menjadi terkenal di mata orang ... ikhlas nya hati uwais bgitu juga kita nanti insyAllah ... ^_^
No comments:
Post a Comment