Allahu Rabbana... Sungguh kami tiada daya dan upaya tanpa pertolongan-Mu, lindungilah kami pada hari ini, dari segala mara bahaya dan dari orang-orang yang berniat jahat pada kami...
Wednesday, 19 October 2011
:: Bidadari Syurga ::
Assalamualaikum ^_^ .. kali ni nak kongsikan mengenai "bidadari syurga" ... Bidadari adalah anugerah daripada Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga ... bukan pada lelaki je ^_^ .. malahan wanita yang solehah akan jadi ketua kepada bidadari- bidadari suaminya .... Pastinya antum pernah dengar tentang Ainul Mardhiah ... beliau merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari lain ... tak dapat bayangkan rasanya kan ? ... cantiknya Ainul Mardhiah ialah dari matanya yang di redhai Allah ....Jom ikuti kisahnya ....:)
Pada suatu pagi ... di bulan puasa , ketika itu Rasulullah sedang memberi taghrib ( berita-berita semangat dikalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah )... katanya "siapa-siapa yang keluar di jalan Allah dan tiba-tiba syahid , maka dia akan di anugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari syurga " .... Mendengar khabar itu , seorang sahabat yang masih muda .. teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut ... tapi dia malu nak tanya pada Rasulullah kerana malu dengan sahabat lain .... sehinggalah .. sebelum masuknya waktu Zohor , sunnah nabi akan tidur sebentar ( khailulah ) , dan sahabat lain juga turut bersama jemaah termasuklah sahabat muda tadi .. Dan dalam tidur itu , sahabat muda itu bermimpi berada di satu tempat yang sangat indah ... dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri .. lalu ditanyanya dimanakah dia berada .... lalu lelaki itu menjawab .. "inilah syurga "... di satu pohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dilihat kecantikan nya yang begitu ... tak pernah dilihat didunia kecantikkannya seperti itu .... lalu beliau memberi salam dan bertanyakan .." adakah kamu Ainul Mardhiah ?" ... wanita itu menjawab " tidak .. saya khadamnya Ainul Mardiyah ... dia ada di singgahsana sana ".....
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang indah sekali dan mendapati ada seorang lagi wanita yang sangat-sangat cantik dari yang pertama tadi ...lalu diberi salam dan bertanya "adakah kamu Ainul Mardhiah ..... ? " ... namun jawapan yang sama " tidak , saya hanyalah khadam Ainul Mardhiah " ... lalu dinaiki lagi anak - anak tangga mahligai permata itu ....dan sampainya disana mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan kedua tadi ....dan tak pernah dilihat di dunia ....lalu wanita itu berkata " akulah Ainul Mardhiah , aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku ... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu kemudian menjawab ..." Akulah Ainul Mardhiah , aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku .... " ... tersentak pemuda itu dari tidurnya lalu diceritakan pada seorang sahabat lain namun dia berpesan supaya tidak menceritakan pada Rasulullah sehinggga dia syahid ....
Petang itu pemuda itu bersama dengan jemaah termasuklah nabi .. keluar berperang dan ditakdirkan Allah .. pemuda itu syahid.... ketika semua jemaah telah pulang ke masjid di waktu hendak menunggu makanan , maka sahabat pemuda itu bangun dan merapati Rasulullah .. lalu menceritakan tentang perihal sahabat syahid didalam mimpinya ....dan Rasulullah hanya menjawab "benar..benar..benar" .. sepanjang diceritakan padanya ...
Dan akhirnya nabi berkata .. " memang benar cerita sahabat kamu itu .. sekarang dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga ... "....
Begitulah gambaran indah dan cantiknya bidadari di syurga .... dan Allah telah menjadikan setiap seorang bidadari yang sdemikian cantiknya ... kepada siapa yang beriman padanya ....Mudahan kita di antara nya ..Aminn .. ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment