Allahu Rabbana... Sungguh kami tiada daya dan upaya tanpa pertolongan-Mu, lindungilah kami pada hari ini, dari segala mara bahaya dan dari orang-orang yang berniat jahat pada kami...
Thursday, 13 October 2011
::Sirah Rasulullah:::
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani....Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Assalamualaikum .^_^ pada detik ini, suka ana kongsikan serba sedikit mengenai sirah Rasulullah s.a.w ... pastinya ramai yang dah tahu perjalanan hidup nabi Muhammad sejak baginda lahir sehingga lah kewafatan baginda .. ya lah ..di sekolah pon ustazah ada cerita kan ? .. begitu banyak pengajaran yang patut dicontohi ..okaylah ^_^ jom kita mulakan ....
Nabi Muhammad berasal dari kabilah Quraisy iaitu keturunan Hasyim .. bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib iaitu cucu hasyim ... ibunya bernama Aminah bt Wahab yang berasal dari keturunan bani Zuhrah ... iaitu salah satu daripada kabilah Quraisy ... Setelah mereka berkahwin , Abdullah pergi ke syam .. dalam perjalanan pulang .. bapa nabi wafat di madinah dan di kuburkan disitu .. sangat pilu dan sedih waktu itu ... dalam keadaan Aminah mengandungkan Muhammad .. suaminya pula meninggal dunia ...begitu tabah hati seorang isteri..
Kemudian setelah beberapa bulan wafatnya Abdullah , lahirlah seorang bayi yang bernama Muhammad di bulan Rabiul Awal , tahun gajah 571 masihi di Makkah .... lahirnya Muhammad dunia seolah olah menjadi terang ..seperti ibu- ibu lain yang tingal di makkah , mereka menghantar anak2 kepada pengasuh .. begitu juga Aminah .. menyerahkan Muhammad kepada Halimatul Sa'diah iaitu dari kabilah Bani Sa'ad untuk disusui ... Setelah empat tahun Muhammad disusui dan dijaga oleh Halimatul Sa'diah , Aminah mengambil kembali Muhammad dan menjaga nya dengan penh kasih sayang...
Pada satu hari , Aminah berkunjung ke Madinah bersama anaknya Muhammad .. dalam perjalanan pulang ke Makkah , Aminah wafat dan dikebumikan di Abwa' , iaitu sebuah daerah yang terletak antara Makkah dan Madinah .. Setelah ibu Muhammad meninggal , silih berganti baginda dijaga oleh datuknya , abdul mutalib dan bapa saudaranya abu thalib .. sehinggalah pada usianya 25 tahun ... baginda berkahwin dengan Khadijah yang berusia 40 tahun .. betul la kan .. cinta tak mengenal usia ... maka hidup bahagia lah mereka selama 25tahun sehingga la Khadijah wafat pada usia enam puluh enam tahun .. pada saat pemergian Khadijah .. nabi sangat sedih .. ini lah cinta sejati yang perlu dicontohi ..
Kemudian pada usia 40tahun , baginda di utus menjadi nabi Allah .. Allah mewahyukan kepada baginda Al-quran yang tidak mampu ditandingi oleh siapapun termasuklah seluruh manusia dan jin ... Perjalanan baginda sebagai Rasulullah tidak lah mudah kerana pelbagai ujian dan halangan yang dihadapi .. ada yang tidak suka kepada baginda dan pelbagai rancangan dilakukan untuk menjatuhkan nabi ...namun nabi tetap sabar dan sentiasa bersikap baik walaupun dengan musuh sekalipun ..
Begitulah secara ringkasnya riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w ... sehinggalah baginda wafat pada usia enam puluh tiga tahun .. pada isnin 11 hijrah di madinah .. saat -saat pemergiannya adalah sangat ditangisi seluruh alam ... luahan hati yang sangat rindukan mu ...
'' Ya Rasulullah , sangat rindu hati ini padamu .. umat mu tika ini masih memerlukan mu .. andai kau masih lagi ada di sisi .. ingin aku katakan pada mu ya Rasulullah ... aku cintakan mu (T_T)..."
Sehingga bertemu di episode akan datang ... maasalamah ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment