Friday, 14 October 2011

::sibuta yang celik hatinya ::



Assalamualaikum sahabat .... entry kali  diberi tajuk " si buta yang celik hatinya" .... bagaimana jika kita gambarkan seseorang yang buta , tidak dapat melihat segala benda dihadapan .. hanya bisa mendengar..bagaimana pergerakan ke sana sini nya ? ..syukurlah hari ni  Allah tidak menarik lagi nikmat melihat ini..namun pada hati sibuta ini ... tidaklah menjadi satu bebanan hayatnya kerna butanya mata.... ini lah kisah yang sangat memberi pengajaran ...suka ana mulakan dengan satu persoalan ... 'di malaysia khususnya .. merata tempat kita lihat ramai yang bertongkat (buta) ..merata -rata mencari rezeki halal.. namun apakah kita yang masih mempunyai nikmat melihat ini merasa bersyukur dan lebih gigih berusaha menuju ke jalan Allah ...? ' jadi itulah ye teman2 sume .. fikirkan yea..^_^ ..jadi jom kita turun ke bawah sikit ..bagaimana sibuta ini dikatakan celik hatinya ? ..meh ana cerita..

Sibuta ini bukan seorang pembesar dan bukanlah seorang yang dikenali ... namun beliau begitu rapat dengan nabi .. terbaris namanya sebagai generasi al Quran yang unik ...kerana bumi Allah ini pernah dibasahi ayat-ayat al Quran sebanyak dua kali kerananya....

Pada zaman Rasulullah dulu .. ada seorang tua namanya Abdullah Ibn Umm Maktum ... beliau ini seorang tua yang pada zahirnya tidak berdaya dan sering sakit2.... dia sentiasa ke masjid untuk berjemaah lima waktu ... dan tidk pernah dia tertinggal pun solat berjemaah bersama sahabat dan Rasulullah .. namun pada satu hari ..dia datang pada Rasulullah dan berkata " wahai Rasulullah , saya seorang yang buta dan rumahku pula jauh dari masjid .. Penunjuk jalan saya tidak serasi dengan diri saya. Adakah keringanan untuk saya bersolat dirumah ? Lalu Rasulullah berkata " adakah engkau mendengar azan ?.." jawabnya " ya Rasulullah " lantas Rasulullah berkata kamu tidak mendapat keringan ...

Banyak sebab kenapa beliau bertanya kan pada Rasulullah soalan itu . antaranya..rumahnya yang jauh dari masjid , lagipula dia seorang tua badn pun tidak kuat dan anggota badan semakin lemah ...matanya buta ...beliau terpaksa meredahi ladang tamar dan sarang labah -labah terutamanya pada waktu subuh....

Walaupun terpaksa berhadapan dengan semua ini , beliau masih tetap terus bersolat lima waktu sehari semalam secra berjemaah di atas arahan Rasulullah ... Beliau ke masjid dengan panduan tali yang diikat oleh para sahabat yang lain daripada rumahnya ke pohon pohon tamar di sepanjang perjalanan sehinggalah ke masjid ... Begitulah iltizamnya beliau dengan amalan -amalan islam..^_^

Setelah wafatnya baginda Rasulullah , Abdullah ibn umm maktum terus tinggal di madinah sehingga la tercetusnya perang Qaadisiyah iaitu peperangan yang akan menentukan jatuh bangunnya empayar islam bagi menamatkan kezaliman parsi ketika itu ...

Beliau memohon pada Umar al Khatab untuk berjihad bersama " wahai Umar , tentera islam memerlukan seseorang yang memegang janjinya .. berilah tanggungjawab ini padaku ...aku ini buta dan aku redhai apapun di hadapanku ...Engkau akan memerlukan orang yang tidak menjatuhkan atau membuatkan panji islam tegelincir.. Akulah orangnya.... Aku akan mara ketika orang lain mengelak tikaman ..aku tidak mengelak tikaman dan engkau memerlukan orang sepertiku ".....

Umar pun memberikan keizinan ini setelah beliau berfikir panjang .. apa tidaknya .. Abdullah ibn umm maktum terlebih dahulu memeluk islam daripadanya ...dan akhirnya cita-cita tertinggi Abdullah Ibn Umm Maktum tercapai apabila beliau menemui syahid di jalan Allah setelah berjuang bersama ribuan tentera yang dipimpin Saad Ibn Abi Waqas....

Begitulah serba ringkas .. perjalanan seorang buta sehingga syahid.... ikhlas dan mulianya hati nya menuju ke jalan Allah ....Subhanallah ..antara pengajaran yang ana ingin kongsikan ...pertamanya kekurangan diri sebenarnya tidak menghalang seseorang untuk menjadi pencinta dan pendukung perubahan yang besar...kerna perubahan dan kejayaan yang hebat tidak akan berlaku tanpa kesungguhan dan pengorbanan seseorang .....wallahualamm mudah mudahan kehebatan sahabat yang buta ini mampu kita warisi .. aminnn ..^_^




No comments:

Post a Comment