Thursday, 27 October 2011

::Cinta Zulaikha dan Yusuf::


Assalamualaikum...(cepat betul updated tajuk baru)..heheh.. kali ni tentang 'cinta Zulaikha dan Nabi yusuf '...saya ada terbaca satu website tentang kisah cinta mereka ... tiba-tiba rasa jeles..adehh .. sory menggatal sikit..hehe..Rasanya semua tahu kannn ..Nabi Yusuf ni adalah seorang yang sangat tampan .Allah telah memberikannya separuh daripada kecantikan dunia Subhanallah .....tampannya bukan saja pada rupa parasnya , malahan keperibadiannya juga ...Begitu juga Zulaikha , selain wajahnya yang cantik peribadi nya juga baik... Bagaimana kisah cinta mereka berputikk ??? ...siapakah Zulaikha sebelum dia kenal nabi Yusuf ?? ..

Sebelum mengenali Yusuf , Zulaikha merupakan isteri kepada Al - Aziz , seorang  pembesar Mesir ... Zulaikha seorang yang  cantik , baik ,berbudi pekerti ....namun dia tidak mempunyai anak ....Satu hari suaminya , mendapatkan seorang budak yang dibelinya dari seorang saudagar yang menemukan budak itu di dalam sebuah perigi ...Zulaikha terpandang sahaja budak itu , beliau sangat terkejut dan gembira .. kerana..pernah suatu ketika dahulu sebelum menikah dengan Al-Aziz , dia bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang tampan ..dan wajah lelaki itu sama dengan budak yang dibawa pulang suaminya ....iaitu Yusuf...Hidup mereka bahagia dengan kehadiran anak angkat mereka Yusuf ...

Yusuf membesar dengan wajah yang tampan , bertubuh sasa dan berbudi pekerti ... Bertambah-tambah rasa kasih Zulaikha pada Yusuf bukan setakat sebagai ibu angkat malahan bertukar menjadi CINTA ... Satu malam Zulaikha mengenakannya pakaian yang indah dan menawan bertujuan untuk memikat hati Yusuf ...waktu itu , suaminya tiada dirumah kerana ada urusan rasmi di luar...Zulaikha menuju ke bilik Yusuf ... namun Yusuf berkali-kali menolak pelawaan Zulaikha dengan mengingatkan tentang dosa .... " Sungguh cantik mata kamu " ..kata Zulaikha  pada lelaki tampan itu .... lalu dijawab Yusuf.." mataku ini akan pertama terkeluar setelah badanku dimamah tanah "...Maka terjadilah peristiwa yang didalam ada menceritakan ...Yusuf berlari dan Zulaikha menyentap baju Yusuf dengan kuat dan terkoyak ...Tiba-tiba ...suaminya ,Al-Azizi pulang dan terlihat apa yang sudah terjadi ....Memang Zulaikha didapati bersalah tetapi suaminya meminta perkara itu di rahsiakan ....

Tetapi , kejadian itu tersebar luas di bumi Mesir sehingga para wanita sibuk menceritakan hal itu ...Zulaikha berasa marah lalu menjemput ramai kaum wanita ke kediaman mereka dan menjamu mereka ...Ketika itulah Yusuf disuruh keluar, dan terpandang sahaja wajah Yusuf...sehinggakan mereka (kaum wanita itu) tidak terasa memotong jari jemari sendiri melihat ketampanan si Yusuf ....Namun Yusuf enggan menyahut seruan Zulaikha ....lalu Zulaikha meminta suaminya memenjarakan Yusuf...Sebenarnya Zulaikha sedih dan berduka cita setelah Yusuf dipenjarakan kerana rasacintanya terhadap Yusuf begitu mendalam ...Menangislah Zulaikha sepanjang Yusuf dipenjarakan ....

Diringkaskan cerita... setelah lama masa berlalu .. Yusuf dilantik menjadi raja Mesir kerana kebijaksanaannya menguruskan masalah ekonomi negara itu ..dan beliau juga dilantik sebagai seorang Rasul ...waktu itu ...Zulaikha menjadi seorang wanita tua, buta dan ada riwayat mengatakan beliau telah hilang fikiran...Ada juga syair yang menulis Zulaikha sentiasa mengharapkan walaupun debu-debu beterbangan dari Yusuf singgah padanya ...dan sentiasa menyebut-nyebut nama Yusuf ...Nabi Yusuf tidak mengenalinya dan merasa malu kerana namanya disebut-sebut begitu...Tapi, malaikat Jibril memberitahu, dia sendiri menyintai wanita itu kerana dalam diri wanita itu terdapat cinta yang amat besar kepada Nabi yang dicintai Jibril  ...Kerana cinta Zulaikha yang agung itu malaikat juga mengasihi Zulaikha...Dengan mukjizat Nabi Yusuf , Zulaikha menjadi muda kembali dan baginda mengahwini Zulaikhaa ^_^.....

Sangat syahdu kisah mereka kan.. serba ringkas saya ceritakan , mungkin antum semua boleh baca dari sumber lain dengan lebih detail lagi...^_^ ...

Carilah kebahagian sehingga kehujung nyawa sekalipun . , lihat lah Zulaikha ....sehingga tua sekalipun dia masih mengharapkan cintanya Yusuf...bermacam dugaan dilalui .....apa pun .. insyaAllah  ...ambillah yang manis dari kisah ini yeaa !! ..^_^......





No comments:

Post a Comment