Sunday, 16 October 2011

::Pengorbanan dan keberanian cintanya::


Assalamualaikum ....  hari ni nak cerita tentang cinta .... haa mesti antum sume sukee kannn ? hihi ... tapi cerita cinta ni bukan sebarang cinta .. cintanya penuh pengorbanan dan keberanian .... iaitu la cinta Saidina Ali r.a kepada Fatimah , puteri Rasulullah .... suka ana kongsi kan saat - saat bagaimana Ali ingin melamar Fatimah ... sehingga menitis kan air mata rasanya .. sangat terharu ... ^_^

Tertariknya pada seorang gadis.. dipendamnya dalam hati ..tidak diceritakan pada siapapun .... Gadis itu  punyai peribadi yang tinggi , rupa paras yang cantik , sangat cekal .... apatah lagi ibadahnya ..itulah Fatimah Az-zahrah  (contoh terbaik buat muslimah ^_^ ) ..puteri kesayangan Rasulullah ...Dia sedar dirinya tidak punya apa- apa untuk melamar Fatimah ... Hanya usaha dengan bekerja keras yang dapat merealisasikan cintanya ... Dialah Ali , sepupu baginda ... Ada satu hari .. beliau sangat terkejut mendengar khabar .. sahabat mulia nabi , Abu Bakar As-siddiq datang memar Fatimah ....

" Rupanya Allah mahu mengujiku "hati Ali merasa dia diuji kerana merasakan apalah dia hendak dibandingkan dengan Abu Bakar ... Abu Bakar lebih utama kedudukannya disisi nabi ....mungkin dia bukanlah kerabat dekat nabi seperti Ali ..namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan Rasulnya tidak dapat ditandingi .... Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi sahabat seperjuangan dan seperjalanan nabi dalam hijrah .. sementara Ali bertugas ,menggantikan baginda di tempat tidur nabi ....
"inilah persaudaraan dan cinta " kata Ali ... " aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku , mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku " ....

Tidak lama kemudian .. Ali mendapat berita bahawa lamaran Abu Bakar di tolak oleh Nabi ... Ali semakin semangat berusaha untuk mempersiapkan dirinya ...namun ... ujian bukanlah setakat itu saja ... kali ini ..Ali mendapat perkhabaran ... Umar Alkhatab , seorang gagah perkasa , yang menggerunkan musuh islam ...Umar pula cuba meminang Fatimah .... Ali redha kerana dia tahu ..siapalah dia nak dibandingkan dengan Umar dan Abu Bakar ... Nabi pernah berkata " Aku datang bersama Abu Bakar dan Umar , aku keluar bersama Abu Bakar dan Umar , aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar " .... betapa tinggi nya kedudukan mereka disisi ayah Fatimah .... tiadalah layak baginya untuk melamar Fatimah ..

Dan ketika itu ... sekali lagi Ali mendapat perkhabaran , bahawa pinangan Umar juga ditolak ..... Bagaimanakah pilihan Rasulullah sehinggakan dua sahabat baginda turut ditolak pemingannya ??..
Pada satu hari .. Abu Bakar , Umar dan Sa'ad bin Muaz ..bersama-sama Rasulullah s.a.w duduk di dlm masjid... mereka membincangkan tentang puteri Rasulullah .. nabi bertanya pada Abu Bakar ." adakah engkau bersedia memberitahu persoalan Fatimah itu pada Ali ?"... Abu Bakar menyatakan kesediaannya ...lalu berjumpa dengan  Ali ....sewaktu Ali melihat Abu Bakar datang .. tergopoh gapah dan terperanjat beliau lalu menyambut nya " Kamu datang membawa berita apa ?"...

Setelah itu ..Abu Bakar menyatakan hajatnya ... " wahai Ali .. kau adalah orang pertama yang beriman pada Allah dan Rasulnya ..serta mempunyai keutamaan lebih berbanding orang lain ....Semua sifat ada padamu ... lagipula kau adalah kerabat Rasulullah ...Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran pada baginda untuk Fatimah ... semuanya ditolak .. akan tetapi , mengapa sehingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut  puteri baginda dan mengapa tidak melamarnya ..? kuharap mudahan Allah dan Rasulnya akan menahan puteri nya untuk mu ".....

Mendengar khabaran Abu Bakar .. mata Ali berlinangan air mata ..sungguh sedih ... lalu berkata " wahai Abu Bakar . kau telah membuatkan hati ku bergoncang kembali tenang ... kau telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan .demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tapi yang menghalang bagiku adalah kerana aku tidak punya apa-apa "....terharu Abu Bakar mendengar jawapan itu ... lalu berkata Abu Bakar... " Jangan lah kau berkata begitu Ali ,bagi  Allah dan Rasulnya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan semuanya ".... akhirnya Ali  bersetuju intuk meminang Fatimah ...

Pergilah Ali menghadap Rasulullah .. yang ketika itu berada di kediaman Ummu Salmah ... Mendengar ketukan pintu .. ummu salmah bertanya " siapakah itu ?.. lalu Rasulullah menjawab " itulah dia orang yang dicintai Allah dan Rasulnya dan dia pun mencintai Allah dan Rasulnya "...namu Ummu tetap tidak tahu siapa " ya tapi siapakah dia ?"... nabi menjawab " dia saudara kesayangan ku "...

Rasulullah mendahulukan kata "hai Ali .. nampaknya engkau mempunyai satu keperluan ..katakanlah apa yang ada di fikiranmu ...apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku   "Mendengar kata-kata Rasulullah yang demikian lahirlah keberanian Ali bin Abi Talib ....lantas berkata "..maaflah Rasulullah ... kau tentu ingat saat kau telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah Binti Asad di kala aku masih kecil ... Sesungguhnya Allah telah memberi hidayah padaku melaluimu ya Rasulullah ...Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga ... sekarang aku datang untuk melamar puterimu , Fatimah ... apakah kau berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah ?".....

Ummu Salmah ketika itu melihat wajah Rasulullah berseri-seri .. sambil tersenyum Rasulullah berkata " hai Ali .. apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kawin ? "....Ali menjawab " Demi Allah .... kau sendiri tahu bagaimana keadaanku yang tidak mempunyai apa-apa selain baju besi , sebilah pedang dan seekor unta "...Rasulullah bersuara " tentang pedangmu itu ....engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah ....untamu engkau perlukan untuk keperluan mengambil air bagi keluargamu dan untuk perjalanan jauh ....Oleh kerana itu .. aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kawin sebuah baju besi saja ... hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah telah menikahkah engkau terlebih dahulu di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi "...

Setelah segalanya selesai ... perasaan puas hati dan gembira disaksikan para sahabat ....Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya ..maka berkahwinlah Ali dan Fatimah dan sah menjadi suami isteri ..^_^ ....

Ya Allah ..inilah sebenar-benar  cinta sejati para pejuang ... Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan atas dasar tanggungjawab ...ketahuilah sahabat-sahabat ku ..cinta tak pernah meminta untuk menanti .. sepertimana Ali ..ia mempersilakan dan mengambill kesempatan ... itulah PENGORBANAN dan KEBERANIAN .....begitu juga Fatimah ...berkata pada Ali " maafkan aku kerana sebelum menikahi mu .aku pernah sekali jatuh cinta pada seorang pemuda .. " terkejut Ali .. " siapakah pemuda itu ?..mengapa engkau mahu menikahi ku ?  "...sambil tersenyum Fatimah menjawab ..." ya ..kerana pemuda itu adalah dirimu .." ........... ^_^ ....

Sangat romantik kannn.? hihi .. tapi inilah cinta yang patut dicontohi .. sesungguhnya Allah telah tetapkan yang terbaik untuk hambanya .. hanya kita berdoa dan tawakkal .....insyaAllah sama-sama kita doakan jodoh yang terbaik untuk kita nanti yea ?...^_^







No comments:

Post a Comment