Allahu Rabbana... Sungguh kami tiada daya dan upaya tanpa pertolongan-Mu, lindungilah kami pada hari ini, dari segala mara bahaya dan dari orang-orang yang berniat jahat pada kami...
Sunday, 23 October 2011
:: Siti Hajar ::
Assalamualaikum ....^_^ ... terpanggil untuk menulis serba ringkas mengenai Siti Hajar .. kerana baru-baru ini terbaca satu blog sahabat ..mengenai pengorbanan Siti Hajar ..Ya Allah , sangat kuat hatinya , bagaimana dia mengharungi kehidupan tanpa suami disisi , hanya ditemani anaknya, Ismail yang ketika itu masih kecil ...marilah sama-sama hayati dan renungi kisah nya ... terharu dan sedih sekali ...
Umumnya , apabila sebut je Makkah ,pasti seluruh umat islam rasa sangat teruja dengan kota suci ..Sepanjang masa Makkah dirindui oleh seluruh umat islam kann ?...terutamanya ketika musim haji ..Setiap waktu menunaikan solat pulakita rasa hampir dengan kedudukan Makkah yang dijadikan arah kiblat ..insyaAllah semua pasti berkesempatan merasai nya... sebelum itu , ada kisah sebenarnya di sebalik pembukaan Makkah ni .. sejarah mula-mula ia dibuka oleh Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Hajar, dan tidak lupa anak mereka Nabi Ismail ... Disebalik kisah pembukaan penempatan Makkah ni , terselit pula kisah pengorbanan Siti Hajar ....pengorbanannya sebagai isteri solehah yang amat dikagumi oleh diri ini , dan rasanya harus dijadikan contoh pada muslimah semua ..^_^
Siti Hajar ini merupakan isteri kedua Nabi Ibrahim .Perkahwinan mereka direstui oleh isteri pertama Nabi Ibrahim iaitu Siti Sarah , kerana salah satunya sebagai usaha untuk melahirkan zuriat Nabi Ibrahim bagi meneruskan tugas menyebarkan agama Allah..Lagi pula , Siti Sarah tidak mampu melahirkan anak disebabkan usianya mencecah 70tahun ...namun , perasaan Siti Sarah tidak lama berubah menjadi cemburu pada Siti Hajar setelah dia melahirkan Nabi Ismail ...dan tidak mahu tinggal bersama dengan madunya .. Oleh itu , Nabi Ibrahim terpaksa mengambil keputusan untuk memisahkan antara kedua isterinya untuk mengelak persengketaan ...apapun sebenarnya peristiwa ni banyak menyimpan hikmah yang telah ditentukan Allah ...Nabi Ibrahim mendapat wahyu agar membawa Siti Hajardan anaknya yang baru dilahirkan menuju ke satu tempat yang jauh dari kampung halaman mereka di palestin ....
Sampailah mereka di satu tempat yang kering kontang dan ditinggalkan Nabi Ibrahim isteri dan anak mereka,Nabi Ismail dengan berbekalkan hanya sedikit makanan dan minuman ...Mereka hanya berserah pada Allah kerana mengetahui ini adalah satu perintah Allah ....Siti Hajar tahu , pasti Allah tidak mensia-siakan hambaNya yang taat ..namun hatinya tertanya-tanya apa hikmah disebalik perintah Allah itu...Bayangkanlah bagaimana perasaan Siti Hajar ditinggalkan berdua dengan anaknya di satu tempat yang tak berpenghuni ,pada siapa dia harus minta tolong jika sesuatu yang buruk berlaku ?....hatinya sering tertanya-tanya sama ada dirinya masih berpeluang bertemu suaminya..sedangkan dia tahu jarak perjalanan antara Palestin dengan Makkah mengambil masa 6bulan untuk sampai...
Tidak lama selepas tinggal disitu , bekalan makanan dan minuman yang dibawa telah habis ..Lebih merunsingkan ,susu badan Siti Hajar sendiri tidak keluar disebabkan keadaan badannya yang tidak bertenaga..dia mula resah dan tidak sanggup melihat tangisan Nabi Ismail lalu diletakkan anaknya di satu tempat dan dia terus keluar mencari air..Siti Hajar mendaki bukit melihat kalau-kalau ada tempat takungan air ..dia ternampakdi puncak bukit itu seperti ada air bertakung lalu dia berlari sekuat hatinya ,namun setelah sampai, semuanya hanyalah fatamorgana ...dilihatnya sekali lagi seperti air bertakung dan terusberlari tanpa mengenal penat semata-mata untuk puteranya... kuat dan tabah nya hatinya ....sehinggalah diasendiri tidak sedar badannya semakin tidak berdaya lagi untuk bergerak ..
Tanpa disedari , dia sebenarnya telah berulang alik antara dua bukit , iaitu Bukit Safa dan Bukit Marwah untuk mencari sumber air .. Sebagai mengingati dan menjadikan kisah ini untuk seluruh umat islam ,perbuatan Siti Hajar berlari ulang alik antara dua bukit itu , dizahirkan ketika melakukan ibadat hajiii....Berlari atau berjalan bermula dari Bukit Safa dan berakhir diBukit Marwah adalah antara rukun haji yang menentukan sah atau batalnya ibadat haji kita kan...ia dipanggil saie yang dilakukan selepas melakukan tawaf...
Kembali pada kisah Siti Hajar ,selepas dirinya tidak lagi berdaya bergerak ,dia rasa sangat hampa dan kembali ketempat anaknya ditinggalkan ...Nabi Ismail yang kehausan menghentak-hentak kakinya kebumi..Dengan rahmat Allah , tempat hentakan Nabi Ismail itu terpancut mata air...Siti Hajar gembira bukan kepalang ,lalu dia terus menadah air itu kemulut anaknya ..sambil mengucap "zammi...zammi....zammi"...yang bermaksud berkumpullah....dari perkataan itulah lahir perkataan air zam-zam...sehingga Nabi Ismail hilang tangisnya setelah hilang hausnya...dapatlah Siti Hajar pua menikmati air itu untuk mengembalikan tenaganya ...kemudian tempat air terpancut itu dibuat takungan bagi mengumpul lebih banyak air...
Sehinggalah takungan yang dibinanya bukan sahaja menjadi sumber pada mereka..malahan burung-burung yang beterbangan juga silih berganti minum dan berehat dikawasan itu ...pergerakan burung-burung itudapat dikesan oleh satu kabilah yang melalui kawasan itu ...Mereka mengagak bahawatempat itu ada sumber air lalu mereka mencari-cari dan terjumpalah sumber air yang tidak disangka-sangka itu ...sejak itu ..kali pertama Siti Hajar menemui orang dikawasan itu ....mereka menawarkan untuk membawa Siti Hajar meninggalkan tempat itu .. namun dia tetap setia berpegang pada perintah suami tercinta supaya tetap tinggal di tempat itu ....
Selepas peristiwa itu ...kabilah2 telah menjadikan kawasan Makkah sebagai laluan perjalanan untuk mendapatkan air ... Setiap kalu air dicedok,air keluar semakin banyak...Lebih menakjubkan rasa,khasiat air zam-zam amat istimewa berbanding air biasa......Memandangkan ada bekalan air yang terjamin .. adasatu kabilah yang terus menetap dikawasan itu ...mereka yakin tempat itu penuh barakah dan tidak hairanlah dalam tempoh masa terdekat ...penduduk semakin bertambah ....
Begitu besar pengorbanan wanita bernama Siti Hajar yang wajar dicontohi pada para muslimah dalam menghadapi cabaran hidup masing-masing ...Yang paling penting jangan mudah merasa kecewa dan hilang keyakinan diri apabila berdepan dengan suatu masalah ...wallahualam..mudahan kisah ini dapat membuka hati kita untuk serba sedikit menjadi lebih kuat dan tabah seperti Siti Hajar ....InsyaAllah ....amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment