Monday, 31 October 2011

::Kesetiaan dan pengorbanan Bilal bin Rabah::



Assalamualaikum... ^_^  alhamdulilllah pada Allahu Rabb kerana memberi kesempatan pada saya untuk kongsi satu lagi kisah ...iaitu  tentang Bilal bin Rabah .. pasti semua pernah dengar namanya kan? ..sejak sekolah rendah lagi , ustazah2 pun ade cerita kan ..tapi sehingga sekarang mungkin kita belum mendapat penghayatan yang penuh ..begitu juga diri ni,  lepas baca satu blog sahabat ... baru terasa bagaimana peritnya  pengorbanan bilal bin Rabah ni .. begitu sedih sekali perjalanan hidup nya...

Bilal bin Rabah dilahirkan di daerah Al-Sarah yang terletak di pinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum Hijrah..Ayahnya bernama Rabah dan ibunya bernama Hamamah, seorang wanita berkulit hitam...kerna itulah Bilal selalu disebut dan diejek dengan gelaran Ibnus Sauda' yang bermaksud "Putera wanita hitam"...Ibu bapanya adalah hamba dan Bilal dilahirkan sebagai seorang hamba kepada keluarga Bani Abdul Dar..Kedua ibu bapanya dipaksa bekerja siang malam dan dilayan dengan kejam oleh majikannya..Mereka tidak diberi makan dan rehat yang cukup ..Pernah satu hari , abang kepada bilal menangis kerana terlalu lapar, lalu ibunya mengambil sekeping sisa roti dari rumah tuannya , namun bila ternampak oleh tuannya, ibu Bilal dipukul dan roti tersebut disentap dari tangan abangnya lalu dilemparkan kepada seekor anjing , pada majikannya..Bilal dan keluarganya lebih hina dan jijik dari seekor anjing...MasyaAllah..sungguh kejam layanan yang diberikan..

Setelah abangnya Sahib dan Bilal meningkat remaja , abangnya telah dijual sebagai hamba di yaman , namun abangnya bernasib baik , kerana dia telah dibeli oleh sepasang suami isteri yang kaya tapi tidak mempunyai anak , lalu dijadikan Sahib sebagai anak angkat mereka...Begitu pilu  hati ibu yang terpaksa berpisah dengan anaknya Sahib...Akhirnya si ibu meninggal dunia akibat kerinduan yang teramat sangat pada anaknya Sahib....dan akibat sellau dipukul teruk oleh majikannya..Selepas ibunya meninggal , ayahnya pula meninggal dunia kerana sakit tenat....lihatlah bagaimana peritnya ujian pada keluarga mereka..

Setelah ayahnya meninggal dunia , bilal diserahkan pada tuan yang baru...iaitu Umaiyah Bin Khalaf..Walaupun Bilal seorang hamba yang kuat , rajin jujur dan amat mematuhi arahan tuannya..tetapi bila saja Umaiyah dapat tahu Bilal memeluk islam , dia mula menyeksa  Bilal tanpa belas kasihan supaya bilal kembali semula pada agama asal mereka..Namun Bilal enggan tunduk dan patuh kemahuan tuannya itu kerana hatimya telah diserikan dengan bunga-bunga iman ..MasyaAllah..Dia berfirman pada Allah dan Rasulnya Muhammad.s.a.w ..Bagi dirnya dunia dan segala isinya sudah tidak bermakna lagi jika dibandingkan dengan nikmat islam dan manisnya iman yang dikecapi dalam hatinya ...

Pada mulanya , Bilal dipukul , kemudian di arak keliling Kota Mekah .. Selepas itu , Bilal di jemur di atas padang pasir yang panas dibawah terik matahari , dia diseksa dan tidak diberikan makan minum ... Ketika matahari berada tegak di atas kepala , bilal dipakaikan pula baju besi dan dan di jemur...YaAllah ..tak dapat bayangkan rasanya peritnya ... sungguh kuat hati bilal ...Tubuh bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu besar..Sudah berbagai bentuk penyeksaan dan taktik yang dilakukan oleh Umaiyah , namun keimanan bilal tidak pernah luntur malah lebih menghairankan Umaiyah keimanan bilal semakin bertambah .....

Bila Umaiyah memaksa bilal menyebut nama tuhan mereka al -Atta dan al -Uzza, bilal tetap dengan iman dan takwanya mempertahankan dan menyebut kalimah "ALLAH..ALLAH...ALLAH..AHAD..AHAD..AHAD.." berita penyeksaan yang begitu kejam itu akhirnya sampai kepada pengetahuan Abu Bakar Assidiq , lalu Abu Bakar pun pergilah menemui Umaiyah untuk membeli dan menebus Bilal tanpa tawar menawar dengan harga 9 uqiyah emas....Umaiyah berkata , jika Abu Bakar meminta untuk dikurangkan harga bilal kepada 1 uqiyah emas pun dia sanggup menjualnya...lalu Abu Bakar berkata lagi ...jika Umaiyah meletakkan harga bilal sehingga 100 uqiyah emas pun dia sanggup membelinya.... Abu Bakar pun mengambil Bilal lalu memerdekakannya ..Bagi Abu Bakar ,bilal adalah seorang manusia hebat dan kukuh imannya....Bila kisah ini diceritakan pada Rasulullah ..maka Rasulullah pun terus menyampaikan hasratnya untuk berkongsi wang tebusan bilal tetapi Abu Bakar mengatakan bahawa dia telah menyelesaikan bayaran itu dengan wangnya sendiri...Inilah kisah pengorbanan yang sangat hebat sekali.. !! masyaAllah ..

Dari seorang hamba abdi , Bilal diangkat darjatnya disisi Allah berkat kesabaran dan kegigihannya mempertahankan kalimah Allah ... kalimah iman yang sangat disayanginya..Dia dilantik menjadi tukang azan Rasulullah s.a.w sehingga laungan azannya bergema 5kali sehari di seluruh penjuru Kota Mekah dan Madinah malah melepasi langit ke 7 lalu bergema di Arasyh Rabbul... SUBHANALLAH...Seluruh para malaikat dilangit menanti-nantikan suara Bilal melaungkan azan setiap hari ...

Bilal menyertai semua peperangan di jalan Allah pada zaman Rasulullah ..Kewafatan Nabi memberikan kesan yang cukup mendalam bagi bilal, betapa sayangnya bilal pada Rasululllah..tak dapat bayangkan dan digambarkan dengan kata-kata...Sehinggakan bilal tidak mampu lagi melaungkan azan , kerana bila tiba pada perkataan Muhammad , hatinya terus sebak dan air matanya terus mengalir...sangat sedih...Selepas itu bilal tidak mahu lagi menjadi bilal walaupun puas dipujuk oleh sahabat lain...bukann dia tidak mahu...tapi tidak mampu....Pada zaman Khalifah Umar, bilal memohon untuk menyertai angkatan perang islam menetang tentera Rom lalu diizinkan Saidina Umar..Kesempatan itu digunakan oleh bilal secukupnya, beliau telah membawa isterinya bersama-sama berperang sehingga menakluki Baitulmaqdis..Namun apa yang diharapkan bilal tidak dimakbulkan Tuhan lagi ....Dia berpindah dari Mekah ke Madinah dan orang ramai sentiasa memujuk dan menyuruhnya menjadi tukang azan, namun beliau menolak dengan baik walaupun dipujuk oleh Saidinan Umar dan Ali..dia masih menolak...

Kata Saidina Umar..."Bilal, adakah kamu seorang saja yang merasa sedih dengan kehilangan Rasulullah ? Air mata saya juga sudah kering kerana menangis..Jika boleh , saya mahu serahkan nyawa saya ini sebagai gantinya "....lalu bilal menjawab "..Wahai Amirul Mukminin , kesedihan saya melebihi kesedihan tuan ...Tuan lahir sebagai seorang yang merdeka..Berbanding saya seorang hamba..Tuan tidak pernah merasai bagaimana gembiranya seorang hamba apabila dimerdekakan..Sesungguhnya Rasulullah membebaskan kami dari perhambaan.Dia memuliakan saya ketika orang lain menghina saya..Kemudian Rasulullah s.a.w.. melantik saya sebagai tukang azan..Rasulullah juga pernah mengatakan terdengar hentakan sepatu saya didalam syurga"...kata bilal dengan nada yang begitu sedih dan hiba...

Selepas itu Bilal berpindah ke Syam...penduduk Syam juga meminta beliau menjadi tukang azan tetapi beliau menolak ...lalu mereka pun memulaukan bilal...Akhirnya bilal membawa isterinya berpindah ke Damsyik ...setelah penduduk Syam memarahinya...Bilal akhirnya wafat pada tahun 20 hijrah /641 Masehi di Damsyik dan dikebumikan di Damsyik ketika berumur 63 tahun...

Begitula ,betapa kuat nya pengorbanan Bilal...sangat menyedihkan....Mudahan  sebagaimana kuat dan tebalnya iman dan cinta  bilal pada Allah dan Rasulnya ... begitu juga lah kita nanti insyaALLAH....

Sunday, 30 October 2011

::Kisah Nabi Idris melihat syurga dan neraka::



Assalamualaikum ... syukur alhamdulillah sehingga hari ini Allah masih lagi memberi nikmat kesihatan dan waktu lapang untuk diri ini menulis satu lagi tajuk ..memang banyak sangat masa lapang cuti ni .hehe :). insyaAllah disinilah sedikit masa lapang saya..^_^ ... InsyaAllah ..tajuk kali ni mengenai kisah " Nabi Idris a.s melihat syurga dan neraka "...pastinya bila dengar je tentang neraka , ada yang menangis, takut dan bimbang sekali .... kerana sungguh dahsyat keadaan di dalam nya...bagaimana dengan syurga ??... inilah seindah-indah kediaman bagi orang-orang yang taat pada perintahNya.. dan hanya Allah yang berhak menentukan semuanya.. INSYAALLAH.....

Saya mulakan kisah ini dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang ..Bismillahirahmanirahim.. ..

Setiap hari Malaikat Izrael dan Nabi Idris beribadah bersama-sama...Pada satu ketika ..Nabi Idris membuat satu permintaan pada Malaikat .." Boleh kah kamu bawa saya untuk melihat syurga dan neraka?.."
Kata malaikat Izrael.." wahai nabi Allah , sungguh aneh permintaanmu .."...lalu Malaikat memohon izin pada Allah dan setelah itu , dibawanya Nabi Idris ke tempat yang ingin dilihatnya ....iaitu syurga dan neraka...

Malaikat Izrael bertanya .." ya nabi Allah , mengapa kamu ingin melihat neraka ??..bahkan para Malaikat pun takut untuk melihatnya .."....lalu Nabi Idris menjawab .."Terus terang , saya amat takut akan azab Allah itu , tapi mudah-mudahan iman saya menjadi tebal setelah melihatnya ..." baginda menjelaskan alasannya...

Sewaktu mereka sampai hampir ke neraka , Nabi Idris langsung pengsan ....Penjaga neraka adalah Malaikat yang sangat menakutkan ....Ia menyeret dan menyeksa manusia-manusia yang derhaka pada Allah semasa hidupnya .. MasyaAllah ..Nabi Idris tidak sanggup menyaksikan berbagai seksaan yang mengerikan itu ... Api neraka yang berkobar dasyatnya..bunyinya yang bergemuruh menakutkan ..tak ada permandangan yang mengerikan dibandingkan di neraka yang dilihatnya .... ( MasyaAllah .. tak dapat bayangkan rasanya..)

Dengan tubuh yang lemas , Nabi Idris meninggalkan tempat yang sangat mengerikan itu ...Kemudian Izrael membawa Nabi Idris ke satu tempat yang sangat indah iaitu Syurga..." Assalamualaikum.." Kata Izrael pada Malaikat Ridhwan , Malaikat penjaga pintu syurga yang rupanya sangat tampan...Wajah Malaikat Ridhwan selalu berseri-seri dan dihiasi  dengan senyuman yang ramah....Siapapun akan senang melihatnya....Sikapnya yang sopan , dengan lemah lembut dia mempersilakan para penghuni syurga memasuki tempat yang mulia itu...

Ketika melihat isi syurga , Nabi Idris kembali nyaris pengsan kerana terpegun dan terpesona ...Semua yang ada di dalamnya begitu indah dan menakjubkan...Nabi Idris terpukau tanpa bisa berkata apa-apa melihat pemandangan indah di depannya...MasyaALLAH, tidak dapat bayangkan rasanya keindahannya....sambil mulutnya menyebut.." SUBHANALLAH, SUBHANALLAH, SUBHANALLAH..."...ucap Nabi Idris berulang-ulang....

Nabi Idris melihat sungai-sungai yang airnya bening seperti kaca...Dipinggir sungai terdapat pohon-pohon yang batangnya terbuat daripada emas dan perak....Ada juga istana-istana pualam bagi penghuni syurga...Pohon-pohon buahan ada di setiap penjuru...Buahnya segar , ranum dan harum...Subhanallah ..Sewaktu bersiar-siar di sana, Nabi Idris diiringi pelayan syurga..Mereka adalah para bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang tampan wajahnya...Mereka bertingkah laku dan berbicara dengan sopan ....

Nabi Idris ketika itu mahu meminum air sungai syurga.." Bolehkah saya meminumnya..?.Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali..." lalu Izrael menjawab.." silakan minum , inilah minuman untuk penghuni syurga..." .Pelayan syurga datang membawakan gelas minuman berupa piala yang terbuat dari emas dan perak...Nabi Idris pun meminum air itu dengan begitu nikmat sekali....Dia amat bersyukur dapat menikmati air itu yang begitu segar dan luar biasa enaknya....Tidak pernah terbayangkan olehnya ada minuman selazat itu..." ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH..".berulang-ulang diucapnya...

Setelah puas hati melihat keadaan syurga, tibalah waktunya Nabi Idris pergi untuk kembali ke bumi ...Tapi dia tidak mahu kembali ke bumi..hatinya sudah terpikat pada keindahan dan kenikmatan syurga Allah...
"Saya tidak mahu keluar dari tempat ini...saya ingin beribadah pada Allah sampai hari kiamat nanti ." kata Nabi Idris...lalu Izrael menjawab " Tuan boleh tinggal disini setelah kiamat nanti, setelah semua amal dihisab oleh Allah , baru tuan boleh menghuni di syurga bersama para Nabi dan orang yang beriman lainnya..."..

"Tapi Allah itu maha pengasih, terutama kepada NabiNya..Akhirnya Allah mengurniakan sebuah tempat yang mulia di langit...dan Nabi Idris menjadi satu-satunya Nabi yang menghuni syurga tanpa mengalami kematian..Waktu di angkat ke tempat itu, usianya 82 tahun...

FIRMAN ALLAH...
"Dan ceritakanlah Idris didalam Alquran. Sesungguhnya ia adalah ornag yang sangat membenarkan dan seorang nabi., dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi..."(QS Al-anbiya' : 85-86 )

Pada saat Nabi Muhammad sedang melakukan perjalanan ke Isra' Mikraj ke langit ...bagunda bertemu dengan Nabi Idris..." Siapakah orang ini ?" tanya Rasulullah pada malaikat Jibril yang mendampinginya waktu itu ...." inillah Idris.." jawab Jibril..Nabi Muhammad mendapat penjelasan Allah tentang Idris dalam Al-Quran Surah Al-Anbiya' ayat 85 dan 86 , serta Surah Maryam ayat 56 dan 57...

...........................
"..Wahai Tuahan ku tak layak ke syurga Mu..namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu..ampunkan dosaku ..terimalah taubat ku..sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar...Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai...Dengan rahmat Mu ampunkan daku oh tuhanku ..Wahai Tuhan , selamatkan kami ini...dari segala kejahatan dan kecekalaan ..kami takut ,kami harap kepada Mu suburkanlah cinta kami kepada Mu...Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu YAALLAH....".....ia bukanlah sekadar lirik . lihatlah betapa kerdil nya rasa menjadi hamba Allah yang terlalu banyak dosa... mudahan Allah mengurniakan hidayah dan petunjuk kepada kita insyAllah..aminn..

Friday, 28 October 2011

:: Zikir ::


Assalamualaikum w.b.t ... tajuk kali ni mengenai "zikir"... apa yang antum tahu tentang zikir?? .. mesti pelbagai pendapat dan maksud yang ada dalam kepala masing2 kann ?? .... ^_^ ... Zikir ni adalah berasal dari perkataan arab 'zikr'....yang membawa maksud peringatan... secara istilah nya .. Zikir ni ialah mengingati Allah ...Adakalanya kita tahu , tapi tidak mengamalkannya , adakalanya kita tahu dan kita amalkannya , tapi tidak tahu apa kelebihannya... Allah  menyediakan bagi hamba Nya ,  ganjaran bagi setiap yang dikerjakan oleh hambaNya...Alllah itu pemurah...sebenarnya  banyak kelebihan -kelebihan berzikir yang dijanjikan Allah .... InsyaAllah saya akan kongsikan kelebihan berzikir melalui firman Allah dan hadis-hadis Rasulullah ...

1. Dari Abu Said berkata bahawa Rasulullah s.a.w membaca hadis Qudsi : Allah berfirman : barangsiapa yang menyibukkan dirinya dengan Al-Quran dari mengingatiku ( dan berdoa kepadaku ) Aku memberinya lebih baik daripada apa yang diberikan kepada seorang yang berdoa , ketinggian perkataanku ( Al-Quran ). keatas  semua perkataan -perkataan lain adalah seperti ketinggian Allah (pencipta) ke atas semua ciptaan Nya..(HR Tirmizi )....

2.Dari Abu Zar Al-Ghifari meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : Tiada sesuatu pun yang lebih mendekatkan diri pada Allah , kecuali dari perkataan yang asal yang keluarnya daripada Allah , yakni Al-Quran ( HR Mustadrak Hakim )

Membaca Al-Quran  juga adalah zikir , setiap perkataan yang di baca pasti mengingatkan kita pada yang Esa ... walhal membaca doa-doa harian seperti doa makan, masuk / keluar tandas , naik kenderaan dan lain-lain .... itu juga dikira zikir... setiap yang di ucap mengingatkan kita pada Allah kan?.. perasaan Allah itu sentiasa ada di sisi kita , memberi perlindungan pada kita bila baca ayat2 Nya... insyaAllah menjadi amalan kita nanti yea...^_^

Banyak zikir-zikir yang ringkas dan sangat ringan di lidah yang masih belum basah dimulut kita kan? .. walhal kita tahu ayat2 nya ... sebenarnya ia sangat ringan di lidah dan mudah disebut , tetapi ganjaran dan timbangannya sangat berat disisi Allah .... SUBHANALLAH ...

3."Ada kalimah yang ringan ( diucapkan ) oleh lisan tetapi berat dalam timbangan disisi Allah : SUBHANALLAH WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL AZIM "....

4.Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda :" Siapa yang membaca seratus ayat (dari AlQuran ) pada suatu malam ,maka akan dicatat pahalanya seperti pahala sembahyang semalam"...(Riwayat Ahmad dari Tamin r.a)

5."SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH WALLAHUAKHBAR.,  (adalah kalimah yang dengan membacanya ) akan ditanam bagimu sebatang pohon didalam syurga ..."( shahih Ibnu Majah )...MasyaAllah ... begitu besar ganjarannya..

Tanam pokok dan binalah rumah di syurga ... bahan-bahan binaannya ?? .. zikirlah bahan binaannya ... jika diperbanyakkan zikirnya , makin suburlah tanaman kita di syurga kelak ....insyAllah..Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan daripada Hakin al-Ahmasi : "Aku mendengar bahawa syurga dibangunkan dengan zikir....Apabila zikir itu terhenti maka terhenti jugalah malaikat yang bekerja membangunkannya..Apabila ditanyakan " Mengapa kamu berhenti bekerja ??? "...mereka menjawab"...Kami sedang menunggu bahan-bahannya "..

Mudah-mudahan Allah sentiasa meringankan lidah kita untuk berzikir dan menyebut nama-nama Allah ,agar semakin subur menghijau indah kediaman kita di syurga kelak... InsyaAllah ....aminnn

6.Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda : Barangsiapa banyak berzikir kepada Allah, sesungguhnya dia akan terhindar dari sifat munafik ( HR Tabrani , Jami' Saghir )

7. Dari Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi bersabda : Perumpamaan bagi orang yang sentiasa mengingati Allah dan orang yang tidak mengingati Allah ialah seumpama orang yang hidup dan orang yang mati ..Dalam hadis yang lain diriwayatkan bahawa :Perumpamaan rumah yang disebut nama Allah didalamnya dan rumah yang tidak disebut nama Allah didalamnyaadalah seumpama orang yang hidup dan orang yang mati ...( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)....

Hidupkanlah rumah kita dengan nama-nama Allah... cahayakannya dengan kalimah Allah ..tenang rasanya apabila hati sentiasa dekat denganNya.... ^_^.....Saya andaikan seorang mat motor , nak naik motor dia .......( baru beli ) ,tapi tak ada tayar belakang ( pelik baru beli xde tayar ..hehe ).. tak ada lampu depan belakang ... rasanya dia boleh bawa tak motor tu ??? ... hehe .. memang tak la kann.. macam tu juga lah di ibaratkan zikir sebagai tayar belakang , dan lampu motor tu sebagai ilmu ....pentingnya mengingati Allah dan mencari ilmu Allah .... ^_^ ...

Saya akhiri dengan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Allah akan berfirman pada hari kiamat dikalangan orang-orang yang berkumpul ,nanti akan mengetahui siapakah yang paling mulia .....Ditanyakan : Wahai Rasulullah , siapakah orang-orang yang paling mulia itu ?...Baginda menjawab : Mereka itu yang sentiasa berkumpul di masjid-masjid untuk berzikir kepada Allah ..(HR Musnad Ahmad , Abu Ya'la , Majma uz Zawaaid ).....




Thursday, 27 October 2011

::Cinta Zulaikha dan Yusuf::


Assalamualaikum...(cepat betul updated tajuk baru)..heheh.. kali ni tentang 'cinta Zulaikha dan Nabi yusuf '...saya ada terbaca satu website tentang kisah cinta mereka ... tiba-tiba rasa jeles..adehh .. sory menggatal sikit..hehe..Rasanya semua tahu kannn ..Nabi Yusuf ni adalah seorang yang sangat tampan .Allah telah memberikannya separuh daripada kecantikan dunia Subhanallah .....tampannya bukan saja pada rupa parasnya , malahan keperibadiannya juga ...Begitu juga Zulaikha , selain wajahnya yang cantik peribadi nya juga baik... Bagaimana kisah cinta mereka berputikk ??? ...siapakah Zulaikha sebelum dia kenal nabi Yusuf ?? ..

Sebelum mengenali Yusuf , Zulaikha merupakan isteri kepada Al - Aziz , seorang  pembesar Mesir ... Zulaikha seorang yang  cantik , baik ,berbudi pekerti ....namun dia tidak mempunyai anak ....Satu hari suaminya , mendapatkan seorang budak yang dibelinya dari seorang saudagar yang menemukan budak itu di dalam sebuah perigi ...Zulaikha terpandang sahaja budak itu , beliau sangat terkejut dan gembira .. kerana..pernah suatu ketika dahulu sebelum menikah dengan Al-Aziz , dia bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang tampan ..dan wajah lelaki itu sama dengan budak yang dibawa pulang suaminya ....iaitu Yusuf...Hidup mereka bahagia dengan kehadiran anak angkat mereka Yusuf ...

Yusuf membesar dengan wajah yang tampan , bertubuh sasa dan berbudi pekerti ... Bertambah-tambah rasa kasih Zulaikha pada Yusuf bukan setakat sebagai ibu angkat malahan bertukar menjadi CINTA ... Satu malam Zulaikha mengenakannya pakaian yang indah dan menawan bertujuan untuk memikat hati Yusuf ...waktu itu , suaminya tiada dirumah kerana ada urusan rasmi di luar...Zulaikha menuju ke bilik Yusuf ... namun Yusuf berkali-kali menolak pelawaan Zulaikha dengan mengingatkan tentang dosa .... " Sungguh cantik mata kamu " ..kata Zulaikha  pada lelaki tampan itu .... lalu dijawab Yusuf.." mataku ini akan pertama terkeluar setelah badanku dimamah tanah "...Maka terjadilah peristiwa yang didalam ada menceritakan ...Yusuf berlari dan Zulaikha menyentap baju Yusuf dengan kuat dan terkoyak ...Tiba-tiba ...suaminya ,Al-Azizi pulang dan terlihat apa yang sudah terjadi ....Memang Zulaikha didapati bersalah tetapi suaminya meminta perkara itu di rahsiakan ....

Tetapi , kejadian itu tersebar luas di bumi Mesir sehingga para wanita sibuk menceritakan hal itu ...Zulaikha berasa marah lalu menjemput ramai kaum wanita ke kediaman mereka dan menjamu mereka ...Ketika itulah Yusuf disuruh keluar, dan terpandang sahaja wajah Yusuf...sehinggakan mereka (kaum wanita itu) tidak terasa memotong jari jemari sendiri melihat ketampanan si Yusuf ....Namun Yusuf enggan menyahut seruan Zulaikha ....lalu Zulaikha meminta suaminya memenjarakan Yusuf...Sebenarnya Zulaikha sedih dan berduka cita setelah Yusuf dipenjarakan kerana rasacintanya terhadap Yusuf begitu mendalam ...Menangislah Zulaikha sepanjang Yusuf dipenjarakan ....

Diringkaskan cerita... setelah lama masa berlalu .. Yusuf dilantik menjadi raja Mesir kerana kebijaksanaannya menguruskan masalah ekonomi negara itu ..dan beliau juga dilantik sebagai seorang Rasul ...waktu itu ...Zulaikha menjadi seorang wanita tua, buta dan ada riwayat mengatakan beliau telah hilang fikiran...Ada juga syair yang menulis Zulaikha sentiasa mengharapkan walaupun debu-debu beterbangan dari Yusuf singgah padanya ...dan sentiasa menyebut-nyebut nama Yusuf ...Nabi Yusuf tidak mengenalinya dan merasa malu kerana namanya disebut-sebut begitu...Tapi, malaikat Jibril memberitahu, dia sendiri menyintai wanita itu kerana dalam diri wanita itu terdapat cinta yang amat besar kepada Nabi yang dicintai Jibril  ...Kerana cinta Zulaikha yang agung itu malaikat juga mengasihi Zulaikha...Dengan mukjizat Nabi Yusuf , Zulaikha menjadi muda kembali dan baginda mengahwini Zulaikhaa ^_^.....

Sangat syahdu kisah mereka kan.. serba ringkas saya ceritakan , mungkin antum semua boleh baca dari sumber lain dengan lebih detail lagi...^_^ ...

Carilah kebahagian sehingga kehujung nyawa sekalipun . , lihat lah Zulaikha ....sehingga tua sekalipun dia masih mengharapkan cintanya Yusuf...bermacam dugaan dilalui .....apa pun .. insyaAllah  ...ambillah yang manis dari kisah ini yeaa !! ..^_^......





:: mimpi Rasulullah didatangi dua lelaki ::


Assamualaikum.. tajuk kali ni tentang mimpi Rasulullah dan beberapa golongan di akhirat kelak ... baru-baru ni , saya ada terbaca sebuah naskah buku bertajuk Muntakhab Ahadith ... di bawah bab iman bahagian pertama ... ,"kejayaan didalam perintah Allah" m/s 147.... Ia bukanlah kisah ...malah keadaan dimana Rasulullah menceritakan bagaimana perjalanan mimpinya pada sahabat lain ... rasanya sehingga sekarang , setelah baca isinya , rasa sangat takut , sedih dan bimbang...

InsyaAllah , saya mulakan dengan Bismillahirahmanirahim ...Dari Samurah ibn Jundub , meriwayatkan bahawa : Rasulullah s.a.w seringkali bertanya pada sahabat2 nya : Adakah antara mereka akan menceritakan mimpinya dan Rasulullah akan menjelaskannya ....Suatu pagi Rasulullah bersabda :Malam tadi dua orang datang pada ku ...( dalam mimpi ) dan  membangunkan aku dan berkata : " pergilah bersama dengan kami ...Aku berangkat bersama mereka ..dan kami melintasi seorang lelaki yang berbaring dan seorang lagi berdiri di sebelah atas kepalanya ..., dia memegang batu besar dan menghempaskannya kepada lelaki yang berbaring tadi .. sehingga batu itu menghancurkan kepalanya ....sehinggalah pelaku itu mengulangi hal yang sama berulang - berulang ... kemudian Aku bertanya " subhanallah !!....siapakah mereka ?"..lalu dijawab ..."mari kita teruskan perjalanan "...

Maka diteruskan perjalanan sehingga kami datang pada seorang lelaki yang sedang tidur terlentang di atas katilnya ... dan seorang lelaki yang lain berdiri di sebelahnya dengan sebatang paku besi dan meletakkan paku  itu dari satu sisi mulut lelaki itu ....maka merobek pipi salah satu daripada mukanya ...hidungnya dan matanya sampai ketengkuk dan demikian pula dia melakukan hal yang sama pada sebelah yang lain.. ( MasyaAllah ,saya sendiri tak dapat bayangkan ..nauzubillah )....apabila bahagian lain kembali pulih , di ulang lagi perbuatan yang sama ...Ditanya " subhanallah !! .. siapakah mereka ini ??"....dijawab lagi "mari kita teruskan perjalanan"...kemudian ...kami meneruskan perjalanan sehingga sampai pada sesuatu tannur ( sebuah lubang seperti tempayan yang biasanya dibuat dari tanah untuk membakar roti ) ... Rasulullah bersabda " dalam tempayan itu terdengar suara tangisan dan jeritan ..Kami melihat didalamnya ada lelaki dan perempuan dalam keadaan telanjang dan nyala api itu sampai pada mereka  dan menjerit sekuat hati.... Ditanya lagi " siapakah mereka ??" ... dijawab " mari , teruskan perjalanan "....

Sehinggalah mereka sampai di sebuah sungai yang bewarna merah seperti darah ... Rasulullah berkata " ..dan sesungguhnya dalam sungai itu ada seorang lelaki yang sedang berenang dan di tebingnya ada lelaki yang sudah mengumpulnya batu-batu ...Lelaki yang berenang itu datang pada lelaki tersebut lalu membuka mulutnya dan orang yang berada di tebing itu melemparkan batu ke dalam mulutnya , kemudian dia pergi dan berenang kembali ... hal yang sama di ulang setiap kali dia kembali dan berenang sampai ke tebing...

Maka , kami meneruskan perjalanan sehingga kami sampai pada seorang lelaki dengan wajah yang hodoh , wajah yang tidak pernah dilihat ..Selain dia ... ada api dan dia sedang dinyalakannya dan dia berlari mengelilingi api itu ...Aku bertanya pada sahabatku " siapakah orang ini ?".... Mereka berkata ..."teruskan ..teruskan ..Maka kami meneruskan perjalanan ... sehingga kami sampai di sebuah taman yang hijau ,daunnya sangat lebat yang memiliki warna dari semua sumber ..Ditengah kebun itu ada seorang lelaki yang sangat tinggi  dan amat sukar untuk melihat kepalanya ...kerana sangat tinggi ..dan sekelingnya ada kanak-kanak yang ramai ...yang tidak pernah kulihat sesuatu seperti itu ... Ditanya "siapakah mereka ?"...dijawab " teruskan...teruskan... ".....

Maka diteruskan lagi perjalanan ...sehingga sampai di sebuah taman yang sangat anggun , lebih besar dan lebih cantik daripada yang pernah aku lihat ....Kedua sahabat ku bertanya ..Pergi dan naiklah ...Maka kami naik , sehingga sampai kesebuah kota yang diperbuat dari emas dan batu-batanya .... dari emas dan perak ...
Maka kami kesana , dan pintu gerbang terbuka , maka kami pergi dan masuk ke dalam kota itu dan kami mendapatkan didalamnya lelaki dengan separuh badannya sangat tampan dan separuh dari badannya sangat hodoh yang tidak pernah kamu lihat ....Kemudian kedua sahabat ku , memerintahkan orang-orang ini untuk terjun kedalam sungai (sebuah sungai yang mengalir ) yang airnya putih seperti susu ... Orang2 itu pun terjun dan mencelupkan badannya kedalam sungai itu .... kemudian mereka kembali pada kami dengan rupa yang tampan...

Rasulullah menambah .." Kedua-dua sahabat ku kemudian sambil menunjuk berkata padaku " itulah tempat untuk kamu iaitu Jannatul Adn ..Aku mengangkat pandangan ku dan sesungguhnya aku melihat disana sebuah mahligai seperti awan putih ..Kemudian sahabat ku berkata lagi " itulah istana kepunyaanmu "....
"Aku berkata pada mereka .... ' barakallahu fiikuma'...(Semoga Allah memberkati kamu kedua)...Izinkan aku untuk masuk kedalamnya..Mereka menjawab .." Bukan sekarang , tetapi engkau akan memasuki nya (pada suatu hari) ...Aku berkata pada mereka ".. Aku telah melihat banyak kejadian pada malam ini .. apakah maksud semua ini .. ?....mereka menjawab :

Peristiwa pertama : iaitu , orang yang kepalanya sedang dilempari dengan batu sehingga pecah kepalanya ....itula dia orang yang mempelajari Al-Quran kemudian tidak membacanya dan beramal dengan perintah -perintahnya dan tidur tanpa mengerjakan sembahyang ...Kedua .. orang yang mulut , hidung dan matanya koyak , dialah lelaki yang keluar dari rumahnya pada waktu pagi dan menyebarkan kebohongan ke seluruh dunia ....Ketiga ..lelaki dan perempuan yang telanjang dalam tempayan pembakar roti itu ...ialah penzina lelaki dan penzina perempuan ..Keempat .. lelaki yang kamu lihat berenang di sungai dan diberikan batu untuk ditelan adalah pemakan riba..kelima..lelaki yang kelihatan hodoh yang kamu lihat dekat api yang sedang dinyalakan dan mengelilinginya itu adalah Malik (penjaga neraka) ...dan lelaki yang engkau lihat tinggi dalam taman itu adalah Nabi Ibrahim as...Dan anak-anak yang mengelilingi nya adalah anak-anak yang mati dalam keadaan fitrah ...

Periwayat berkata : sebahagian sahabat bertanya pada Rasulullah " bagaimana pula dengan anak-anak orang musyrikin ...? " ...Baginda bersabda : " mereka pun begitu juga..Rasulullah menambah : Orang -orang yang engkau lihat separuh tampan dan separuh hodoh itu adalah orang yang bersama dengan amalan-amalan baik dan memiliki juga amalan-amalan yang buruk , akan tetapi Allah mengampuni mereka ... ( H.R Bukhari ).....

Begitulah mimpi Rasulullah , mudahan serba sedikit menyedarkan kita semua dan pastinya iktibar dari golongan -golongan yang sedemikian kita peroleh bersama ... insyaAllah moga Allah tetapkan hati kita untuk sentiasa berada dijalanNya .. Aminn...

Sunday, 23 October 2011

:: Siti Hajar ::


Assalamualaikum ....^_^ ... terpanggil untuk menulis serba ringkas mengenai Siti Hajar .. kerana baru-baru ini terbaca satu blog sahabat ..mengenai pengorbanan Siti Hajar ..Ya Allah , sangat kuat hatinya , bagaimana dia mengharungi kehidupan tanpa suami disisi , hanya ditemani anaknya, Ismail yang ketika itu masih kecil ...marilah sama-sama hayati dan renungi kisah nya ... terharu dan sedih sekali ...

Umumnya , apabila sebut je Makkah ,pasti seluruh umat islam rasa sangat teruja dengan kota suci ..Sepanjang masa Makkah dirindui oleh seluruh umat islam kann ?...terutamanya ketika musim haji ..Setiap waktu menunaikan solat pulakita rasa hampir dengan kedudukan Makkah yang dijadikan arah kiblat ..insyaAllah semua pasti berkesempatan merasai nya... sebelum itu , ada kisah sebenarnya di sebalik pembukaan Makkah ni .. sejarah mula-mula ia dibuka oleh Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Hajar, dan tidak lupa anak mereka Nabi Ismail ... Disebalik kisah pembukaan penempatan Makkah ni , terselit pula kisah pengorbanan Siti Hajar ....pengorbanannya sebagai isteri solehah yang amat dikagumi oleh diri ini , dan rasanya harus dijadikan contoh pada muslimah semua ..^_^

Siti Hajar ini merupakan isteri kedua Nabi Ibrahim .Perkahwinan mereka direstui oleh isteri pertama Nabi Ibrahim iaitu Siti Sarah , kerana salah satunya sebagai usaha untuk melahirkan zuriat Nabi Ibrahim bagi meneruskan tugas menyebarkan agama Allah..Lagi pula , Siti Sarah tidak mampu melahirkan anak disebabkan usianya mencecah 70tahun ...namun , perasaan Siti Sarah tidak lama berubah menjadi cemburu pada Siti Hajar setelah dia melahirkan Nabi Ismail ...dan tidak mahu tinggal bersama dengan madunya .. Oleh itu , Nabi Ibrahim terpaksa mengambil keputusan untuk memisahkan antara kedua isterinya untuk mengelak persengketaan ...apapun sebenarnya peristiwa ni banyak menyimpan hikmah yang telah ditentukan Allah ...Nabi Ibrahim mendapat wahyu agar membawa Siti Hajardan anaknya yang baru dilahirkan menuju ke satu tempat yang jauh dari kampung halaman mereka di palestin ....

Sampailah mereka di satu tempat yang kering kontang dan ditinggalkan Nabi Ibrahim isteri dan anak mereka,Nabi Ismail dengan berbekalkan hanya sedikit makanan dan minuman ...Mereka hanya berserah pada Allah kerana mengetahui ini adalah satu perintah Allah ....Siti Hajar tahu , pasti Allah tidak mensia-siakan hambaNya yang taat ..namun hatinya tertanya-tanya apa hikmah disebalik perintah Allah itu...Bayangkanlah bagaimana perasaan Siti Hajar ditinggalkan berdua dengan anaknya di satu tempat yang tak berpenghuni ,pada siapa dia harus minta tolong jika sesuatu yang buruk berlaku ?....hatinya sering tertanya-tanya sama ada dirinya masih berpeluang bertemu suaminya..sedangkan dia tahu jarak perjalanan antara Palestin dengan Makkah mengambil masa 6bulan untuk sampai...

Tidak lama selepas tinggal disitu , bekalan makanan dan minuman yang dibawa telah habis ..Lebih merunsingkan ,susu badan Siti Hajar sendiri tidak keluar disebabkan keadaan badannya yang tidak bertenaga..dia mula resah dan tidak sanggup melihat tangisan Nabi Ismail lalu diletakkan anaknya di satu tempat dan dia terus keluar mencari air..Siti Hajar mendaki bukit melihat kalau-kalau ada tempat takungan air ..dia ternampakdi puncak bukit itu seperti ada air bertakung lalu dia berlari sekuat hatinya ,namun setelah sampai, semuanya hanyalah fatamorgana ...dilihatnya sekali lagi seperti air bertakung dan terusberlari tanpa mengenal penat semata-mata untuk puteranya... kuat dan tabah nya hatinya ....sehinggalah diasendiri tidak sedar badannya semakin tidak berdaya lagi untuk bergerak ..

Tanpa disedari , dia sebenarnya telah berulang alik antara dua bukit , iaitu Bukit Safa dan Bukit Marwah untuk mencari sumber air .. Sebagai mengingati dan menjadikan kisah ini untuk seluruh umat islam ,perbuatan Siti Hajar berlari ulang alik antara dua bukit itu , dizahirkan ketika melakukan ibadat hajiii....Berlari atau berjalan bermula dari Bukit Safa dan berakhir diBukit Marwah adalah antara rukun haji yang menentukan sah atau batalnya ibadat haji kita kan...ia dipanggil saie yang dilakukan selepas melakukan tawaf...

Kembali pada kisah Siti Hajar ,selepas dirinya tidak lagi berdaya bergerak ,dia rasa sangat hampa dan kembali ketempat anaknya ditinggalkan ...Nabi Ismail yang kehausan menghentak-hentak kakinya kebumi..Dengan rahmat Allah , tempat hentakan Nabi Ismail itu terpancut mata air...Siti Hajar gembira bukan kepalang ,lalu dia terus menadah air itu kemulut anaknya ..sambil mengucap "zammi...zammi....zammi"...yang bermaksud berkumpullah....dari perkataan itulah lahir perkataan air zam-zam...sehingga Nabi Ismail hilang tangisnya setelah hilang hausnya...dapatlah Siti Hajar pua menikmati air itu untuk mengembalikan tenaganya ...kemudian tempat air terpancut itu dibuat takungan bagi mengumpul lebih banyak air...

Sehinggalah takungan yang dibinanya bukan sahaja menjadi sumber pada mereka..malahan burung-burung yang beterbangan juga silih berganti minum dan berehat dikawasan itu ...pergerakan burung-burung itudapat dikesan oleh satu kabilah yang melalui kawasan itu ...Mereka mengagak bahawatempat itu ada sumber air lalu mereka mencari-cari dan terjumpalah sumber air yang tidak disangka-sangka itu ...sejak itu ..kali pertama Siti Hajar menemui orang dikawasan itu ....mereka menawarkan untuk membawa Siti Hajar meninggalkan tempat itu .. namun dia tetap setia berpegang pada perintah suami tercinta supaya tetap tinggal di tempat itu ....

Selepas peristiwa itu ...kabilah2 telah menjadikan kawasan Makkah sebagai laluan perjalanan untuk mendapatkan air ... Setiap kalu air dicedok,air keluar semakin banyak...Lebih menakjubkan rasa,khasiat air zam-zam amat istimewa berbanding air biasa......Memandangkan ada bekalan air yang terjamin .. adasatu kabilah yang terus menetap dikawasan itu ...mereka yakin tempat itu penuh barakah dan tidak hairanlah dalam tempoh masa terdekat ...penduduk semakin bertambah ....

Begitu besar pengorbanan wanita bernama Siti Hajar yang wajar dicontohi pada para muslimah dalam menghadapi cabaran hidup masing-masing ...Yang paling penting jangan mudah merasa kecewa dan hilang keyakinan diri apabila berdepan dengan suatu masalah ...wallahualam..mudahan kisah ini dapat membuka hati kita untuk serba sedikit menjadi lebih kuat dan tabah seperti Siti Hajar ....InsyaAllah ....amin







Friday, 21 October 2011

::Cermin muslimah::


Assalamualaikum .... ^_^ ..  kali ni nak kongsikan kisah tentang Siti Fatimah Azzahra ....pasti semua sudah tahu siapa dia kann ? ... itulah puteri kesayangan Rasulullah yang sangat disayanginya .. terpanggil nak kisahkan tentang Fatimah kerana kagum sangat pada keperibadiannya .... sebagai anak , sebagai isteri dan sebagai ibu ..paling penting sebagai hamba Allah yang taat perintahNya...... ini lah antara contoh terbaik buat kita bergelar muslimah .... dialah cermin muslimah ^_^.....let's watchout ! ..hihi

Semua tahukan... dialah puteri bongsu kesayangan Rasulullah dan merupakan teladan kita ...ketaatan dan kesetiaannya pada ayah dan bondanya perlu dicontohi terutama nya yang bergelar muslimah ....Fatimah telah mengorbankan seluruh hayatnya untuk kepentingan islam dan ummatnya ...Sebagai isteri , Fatimah dengan setianya mendampingi suaminya Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib dalam apa jua keadaan sekali pun samada suka atau duka ....dia juga berhasil mendidik kedua anaknya Hasan dan Husain dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia ....

Tidak lupa , Fatimah juga sentiasa berusaha membantu fakir miskin dan mereka yang sangat mengharapkan pertolongan ....Dia dibesarkan dalam asuhan dan didikan ayahnya yang tercinta Rasulullah s.a.w ..kasih sayang dan kecintaan Nabi pada Fatimah terutamanya disebabkan tingkah laku dan tabiatnya banyak mirip dengan ayahandanya .... Hidup zuhud dan tekun beribadah adalah antara sifat Fatimah Azzahra ...Beliau menghayati hubungan nya dengan Allah .... sifatnya yang mulia telah diceritakan oleh Asma' binti Umais ...

Diceritakan .." pada suatu hari aku berada di rumah Fatimah ...tiba-tiba ketika itu Rasulullah datang kerumahnya dan waktu itu Fatimah memakai seuntai kalung emas pemberian suaminya Ali ...Ketika Rasulullah melihat kalung itu , lalu nabi bersabda ," wahai anakku , apakah engkau bangga disebut orang sedangkan engkau sendiri memakai jaababirah ( perhiasan yang biasa dipakai putri bangsawan ) ? ".... lalu setelah mendengar kata-kata Rasulullah .. Fatimah terus melepaskan kalungnya itu , dan menjualnya ... Hasil dari  jualan kalung itu dia gunakan dengan membeli seorang hamba dan hamba tersebut dimerdekakan....Ketika Rasulullah mendengar berita tersebut ..baginda sangat gembira dan mendoakan Fatimah sekeluarga ....

Dalam peristiwa lainnya , diriwayatkan oleh Thuban , ia berkata " ketika Rasulullah pulang dari suatu peperangan , seperti biasa baginda akan singgah ke rumah Fatimah ...ketika itu Nabi melihat kedua cucunya Hasan dan Husain memakai gelang perak ....Nabi pun tidak jadi singgah dan terus pulang kerumahnya ...  Fatimah menyedari bahawa nabi tidak jadi singgah disebabkan perhiasan yang dipakai oleh kedua anaknya ...lalu dia dengan tidak ragu lagi membuka perhiasan yang dipakai anaknya dan dihancurkan sehingga berkeping-keping .... Hal tersebut menyebabkan Hasan dan Husain menangis , meskipun dipungut kembali kepingan gelang perak itu dan diserahkan pada Hasan dan Husain yang ketika itu tidak tahu apa-apa ...


Kedua mereka menangis sambil mendatangi datuknya , Rasulullah ...lalu baginda menyuruh Thuban pergi membelikan gantian untuk Fatimah sebuah kalung ashab (sejenis benang yang dipilin ) dan dua gelang yang dibuat dari gading untuk cucunya ....Sambil Rasulullah bersabda " mereka itu Ahlul -Baiytku , aku tidak ingin mereka kehilangan kebajikan kerana masalah duniawi ini ! ..."

Siti Fatimah Azzahra meningkat dewasa seiring dengan pertumbuhan islam  ... disaat menghadapi berbagai rintangan dan halangan daripada musuh islam ...Siti Fatimah dilahirkan pada Jumaat 20 jamadil akhir tahun kelima nabi menjadi Rasul ...Ketika itu kaum Quraish sedang memperbaiki dan membangun kembali ka'abah disebabkan banyak kerosakan pada bangunan tersebut ...

Siti Fatimah putri kesayangan nabi ini mendapat banyak gelaran ..antaranya ...Assidiqiah ( wanita terpercaya ) , Athahirah ( wanita suci ) , al -mubarakah ( wanita diberkahi Allah ) dan yang paling sering disebut adalah Fatimah Azzahra ( bunga yang mekar semerbak ...) ...sehinggakan  jutaan muslimat umat nabi menamakan puteri mereka dengan nama Fatimah Azzahra ....Siti Fatimah Azzahra ...dilahirkan di bawah naungan wahyu Ilahi yang di terima oleh ayahndanya Muhammad s.a.w... Fatimah dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga yang suci ... beliau menyaksikan sendiri bagaimana halangan dan rintangan yang di lalui oleh ayahnya dalam memperjuangkan Agama Allah ....Pernah ketika Nabi dihina , di maki hamun , malah diletakkan najis binatang ketika Nabi sedang solat menyembah Allah ....dengan tangisan Fatimah membersihkan tubuh Rasulullah dari kotoran yang ditaburkan oleh kaum Quraish ....

Begitu mulianya hati seorang anak .... Fatimah sangat sayang kan ayahnya .. sehingga di waktu kewafatan Rasululllah dialah yang bersama nabi .... sangat memilukan ... mudahan  keperibadian Fatimah menjadi contoh terbaik umat islam terutama muslimah .... insyaAllah .... ^_^





Wednesday, 19 October 2011

:: Lima perkara aneh ::




Assalamualaikum ... kisah lima perkara aneh ini bukan lah terjadi pada sebarangan orang .. ia terjadi pada seorang nabi yang bukan Rasul ...  kisahnya diceritakan oleh ayah kepada seorang ahli fiqh yang terkenal iaitu Abu Laits as-Samarqani ....diceritakan . antara nabi -nabi yang bukan rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara ..

Maka salah seorang nabi yang menerima wahyu dalam bentuk mimpi ini ... bermimpi pada suatu malam diperintahkan oleh Allah , " Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi dan menghala ke barat ..Engkau dikehendaki melakukan lima perkara ini ... pertama : apa yang engkau lihat maka makanlah ... kedua : engkau sembunyikan ... ketiga : engkau terimalah .... keempat : jangan engkau putuskan harapan ... dan kelima : larilah engkau daripadanya .....

Kemudian pada keesokannya .. nabi itu pun keluar rumah dan menghala ke barat dan kebetulan dihadapannya ada sebuah bukit yang besar ... tapi aneh sesuatu yang mustahil untuk memakan bukit itu ...beliau bingung lalu berkata .." Aku diperintahkan memakan pertama yang aku hadapi .... tapi aneh sesuatu yang mustahil dilaksanakan.." .....maka nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu ....ketika menghampiri bukit itu , tiba-tiba bukit itu mengecil kan diri sehingga menjadi sekecil buku roti .... lalu diambilnya dan dimakan ke mulutnya ... dia pun mengucapkan Alhamdulillah ... setelah itu dia meneruskan perjalanan lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas ... dan teringat arahan mimpinya supaya disembunyikan .... lantas nabi itu menggali tanah dan menanam mangkuk itu ...namun ia terkeluar semula dari tanah ... sehingga tiga kali berturut-turut ...lalu dia berkata " Aku telah melaksanakan perintah mu " ...

Lalu diteruskan lagi perjalanan tanpa disedari mangkuk emas itu keluar lagi .....dan ketika dia sedang berjalan , tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil .....Kemudian burung itu berkata " wahai nabi Allah , tolong la aku ....." .. mendengar rayuan itu .. hatinya merasa sangat kasihan ... lalu dimasukkan burung itu kedalam bajunya ...Melihat keadaan itu burung helang pun datang menghampiri nabi itu lalu berkata " wahai nabi Allah , aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi . Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku ..." nabi itu teringat arahan didalam mimpinya iaitu tidak boleh putuskan harapan ... lalu dia memotong sedikit daging pehanya dan diberikan pada helang itu ....setelah itu ... helang pun beredar dan burung kecil dilepaskan ....

Nabi itu  kemudian meneruskanlagi perjalanannya ...dan menemui dengan satu bangkai yang amat busuk , maka dia pun lari dari situ kerana tidak tahan baunya ...Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu maka kembalilah nabi ke rumahnya ... Pada malam itu ..dai pun berdoa ..."yaAllah , aku telah pun melaksanakan perintahmu sebagaimana yang diberitahu didalam mimpiku ..maka jelaskanlah padaku erti semuanya .."....

Dan dalam mimpi beliau .. Allah memberitahu semuanya " yang pertama engkau makan itu adalah marah ..Pada mulanya nampak besar seperti bukit tapi akhirnya jika bersabar dan dapat mengawalnya ,maka marah itu akan menjadi kecil lebih manis daripada madu ....Kedua semua amal kebaikan , walaupun disembunyikan ,maka ia tetap akan nampak jua ... Ketiga .. jika sudah menerima amanah seseorang ,maka janganlah kamu khianati kepadanya ..Keempat ...jika orang meminta kepadamu ..maka usahakanlaghdemi membantu kepadanya meskipun engkau sendiri berhajat ...Dan kelima .. bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang ) ... .Maka larilah orang-orang yang membuat ghibah pada saudara mereka .." ..demikianlah erti kelima-lima peristiwa tersebut ...

Sahabatku sekalian .. marilah kita ambil iktibar daripada kelima-lima peristiwa ini .... kerana ia sentiasa berlaku dalam kehidupan kita samada sedar atau tidak ....Perkara yang tak dapat kita elak setiap hari ialah ... mengata orang . kann ? .. biarpun kita tidak mengata ... jauhlah kita daripada orang-orang yang melakukan itu .... mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan mereka ... insyaAllah ....sama-sama beringat lah yea .. .... ^_^






:: Bidadari Syurga ::



Assalamualaikum ^_^ .. kali ni nak kongsikan mengenai "bidadari syurga" ...  Bidadari adalah anugerah daripada Allah kepada seorang lelaki yang  memasuki syurga ... bukan pada lelaki je ^_^ .. malahan wanita yang solehah akan jadi  ketua kepada bidadari- bidadari suaminya .... Pastinya antum pernah dengar tentang Ainul Mardhiah ... beliau merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari lain ... tak dapat bayangkan rasanya kan ? ... cantiknya Ainul Mardhiah ialah dari matanya  yang di redhai Allah ....Jom ikuti kisahnya ....:)


Pada suatu pagi ... di bulan puasa , ketika itu Rasulullah sedang memberi taghrib ( berita-berita semangat dikalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah )... katanya "siapa-siapa yang keluar di jalan Allah dan  tiba-tiba syahid , maka dia akan di anugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari syurga " .... Mendengar khabar itu , seorang sahabat yang masih muda .. teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut ... tapi dia malu nak tanya pada Rasulullah kerana malu dengan sahabat lain .... sehinggalah .. sebelum masuknya waktu Zohor , sunnah nabi akan tidur sebentar ( khailulah ) , dan sahabat lain juga turut bersama jemaah termasuklah sahabat muda tadi .. Dan dalam tidur itu , sahabat muda itu bermimpi berada di satu tempat yang sangat indah ... dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri .. lalu ditanyanya dimanakah dia berada .... lalu lelaki itu menjawab .. "inilah syurga "... di satu pohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dilihat kecantikan nya  yang begitu ... tak pernah dilihat didunia kecantikkannya seperti itu .... lalu beliau memberi salam dan bertanyakan .." adakah kamu Ainul Mardhiah ?" ... wanita itu menjawab " tidak .. saya khadamnya Ainul Mardiyah ... dia ada di singgahsana sana ".....

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang indah sekali dan mendapati ada seorang lagi wanita yang sangat-sangat cantik dari yang pertama tadi ...lalu diberi salam dan bertanya "adakah kamu Ainul Mardhiah ..... ? " ... namun jawapan yang sama " tidak , saya hanyalah khadam Ainul Mardhiah " ... lalu dinaiki lagi anak - anak tangga mahligai permata itu ....dan sampainya disana mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan kedua tadi ....dan tak pernah dilihat di dunia ....lalu wanita itu berkata " akulah Ainul Mardhiah , aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku ... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu kemudian menjawab ..." Akulah Ainul Mardhiah , aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku .... " ... tersentak pemuda itu dari tidurnya lalu diceritakan pada seorang sahabat lain namun dia berpesan supaya tidak menceritakan pada Rasulullah sehinggga dia syahid ....

Petang itu pemuda itu bersama dengan jemaah termasuklah nabi .. keluar berperang dan ditakdirkan Allah .. pemuda itu syahid.... ketika semua jemaah telah pulang ke masjid di waktu hendak menunggu makanan , maka sahabat pemuda itu bangun dan merapati Rasulullah .. lalu menceritakan tentang perihal sahabat syahid didalam mimpinya ....dan Rasulullah hanya menjawab "benar..benar..benar" .. sepanjang diceritakan padanya ...

Dan akhirnya nabi berkata .. " memang benar cerita sahabat kamu itu .. sekarang dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga ... "....

Begitulah gambaran indah dan cantiknya bidadari di syurga .... dan Allah telah menjadikan setiap seorang bidadari yang sdemikian cantiknya ... kepada siapa yang beriman padanya ....Mudahan kita di antara nya ..Aminn .. ^_^


Sunday, 16 October 2011

::Pengorbanan dan keberanian cintanya::


Assalamualaikum ....  hari ni nak cerita tentang cinta .... haa mesti antum sume sukee kannn ? hihi ... tapi cerita cinta ni bukan sebarang cinta .. cintanya penuh pengorbanan dan keberanian .... iaitu la cinta Saidina Ali r.a kepada Fatimah , puteri Rasulullah .... suka ana kongsi kan saat - saat bagaimana Ali ingin melamar Fatimah ... sehingga menitis kan air mata rasanya .. sangat terharu ... ^_^

Tertariknya pada seorang gadis.. dipendamnya dalam hati ..tidak diceritakan pada siapapun .... Gadis itu  punyai peribadi yang tinggi , rupa paras yang cantik , sangat cekal .... apatah lagi ibadahnya ..itulah Fatimah Az-zahrah  (contoh terbaik buat muslimah ^_^ ) ..puteri kesayangan Rasulullah ...Dia sedar dirinya tidak punya apa- apa untuk melamar Fatimah ... Hanya usaha dengan bekerja keras yang dapat merealisasikan cintanya ... Dialah Ali , sepupu baginda ... Ada satu hari .. beliau sangat terkejut mendengar khabar .. sahabat mulia nabi , Abu Bakar As-siddiq datang memar Fatimah ....

" Rupanya Allah mahu mengujiku "hati Ali merasa dia diuji kerana merasakan apalah dia hendak dibandingkan dengan Abu Bakar ... Abu Bakar lebih utama kedudukannya disisi nabi ....mungkin dia bukanlah kerabat dekat nabi seperti Ali ..namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan Rasulnya tidak dapat ditandingi .... Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi sahabat seperjuangan dan seperjalanan nabi dalam hijrah .. sementara Ali bertugas ,menggantikan baginda di tempat tidur nabi ....
"inilah persaudaraan dan cinta " kata Ali ... " aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku , mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku " ....

Tidak lama kemudian .. Ali mendapat berita bahawa lamaran Abu Bakar di tolak oleh Nabi ... Ali semakin semangat berusaha untuk mempersiapkan dirinya ...namun ... ujian bukanlah setakat itu saja ... kali ini ..Ali mendapat perkhabaran ... Umar Alkhatab , seorang gagah perkasa , yang menggerunkan musuh islam ...Umar pula cuba meminang Fatimah .... Ali redha kerana dia tahu ..siapalah dia nak dibandingkan dengan Umar dan Abu Bakar ... Nabi pernah berkata " Aku datang bersama Abu Bakar dan Umar , aku keluar bersama Abu Bakar dan Umar , aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar " .... betapa tinggi nya kedudukan mereka disisi ayah Fatimah .... tiadalah layak baginya untuk melamar Fatimah ..

Dan ketika itu ... sekali lagi Ali mendapat perkhabaran , bahawa pinangan Umar juga ditolak ..... Bagaimanakah pilihan Rasulullah sehinggakan dua sahabat baginda turut ditolak pemingannya ??..
Pada satu hari .. Abu Bakar , Umar dan Sa'ad bin Muaz ..bersama-sama Rasulullah s.a.w duduk di dlm masjid... mereka membincangkan tentang puteri Rasulullah .. nabi bertanya pada Abu Bakar ." adakah engkau bersedia memberitahu persoalan Fatimah itu pada Ali ?"... Abu Bakar menyatakan kesediaannya ...lalu berjumpa dengan  Ali ....sewaktu Ali melihat Abu Bakar datang .. tergopoh gapah dan terperanjat beliau lalu menyambut nya " Kamu datang membawa berita apa ?"...

Setelah itu ..Abu Bakar menyatakan hajatnya ... " wahai Ali .. kau adalah orang pertama yang beriman pada Allah dan Rasulnya ..serta mempunyai keutamaan lebih berbanding orang lain ....Semua sifat ada padamu ... lagipula kau adalah kerabat Rasulullah ...Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran pada baginda untuk Fatimah ... semuanya ditolak .. akan tetapi , mengapa sehingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut  puteri baginda dan mengapa tidak melamarnya ..? kuharap mudahan Allah dan Rasulnya akan menahan puteri nya untuk mu ".....

Mendengar khabaran Abu Bakar .. mata Ali berlinangan air mata ..sungguh sedih ... lalu berkata " wahai Abu Bakar . kau telah membuatkan hati ku bergoncang kembali tenang ... kau telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan .demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tapi yang menghalang bagiku adalah kerana aku tidak punya apa-apa "....terharu Abu Bakar mendengar jawapan itu ... lalu berkata Abu Bakar... " Jangan lah kau berkata begitu Ali ,bagi  Allah dan Rasulnya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan semuanya ".... akhirnya Ali  bersetuju intuk meminang Fatimah ...

Pergilah Ali menghadap Rasulullah .. yang ketika itu berada di kediaman Ummu Salmah ... Mendengar ketukan pintu .. ummu salmah bertanya " siapakah itu ?.. lalu Rasulullah menjawab " itulah dia orang yang dicintai Allah dan Rasulnya dan dia pun mencintai Allah dan Rasulnya "...namu Ummu tetap tidak tahu siapa " ya tapi siapakah dia ?"... nabi menjawab " dia saudara kesayangan ku "...

Rasulullah mendahulukan kata "hai Ali .. nampaknya engkau mempunyai satu keperluan ..katakanlah apa yang ada di fikiranmu ...apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku   "Mendengar kata-kata Rasulullah yang demikian lahirlah keberanian Ali bin Abi Talib ....lantas berkata "..maaflah Rasulullah ... kau tentu ingat saat kau telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah Binti Asad di kala aku masih kecil ... Sesungguhnya Allah telah memberi hidayah padaku melaluimu ya Rasulullah ...Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga ... sekarang aku datang untuk melamar puterimu , Fatimah ... apakah kau berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah ?".....

Ummu Salmah ketika itu melihat wajah Rasulullah berseri-seri .. sambil tersenyum Rasulullah berkata " hai Ali .. apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kawin ? "....Ali menjawab " Demi Allah .... kau sendiri tahu bagaimana keadaanku yang tidak mempunyai apa-apa selain baju besi , sebilah pedang dan seekor unta "...Rasulullah bersuara " tentang pedangmu itu ....engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah ....untamu engkau perlukan untuk keperluan mengambil air bagi keluargamu dan untuk perjalanan jauh ....Oleh kerana itu .. aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kawin sebuah baju besi saja ... hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah telah menikahkah engkau terlebih dahulu di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi "...

Setelah segalanya selesai ... perasaan puas hati dan gembira disaksikan para sahabat ....Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya ..maka berkahwinlah Ali dan Fatimah dan sah menjadi suami isteri ..^_^ ....

Ya Allah ..inilah sebenar-benar  cinta sejati para pejuang ... Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan atas dasar tanggungjawab ...ketahuilah sahabat-sahabat ku ..cinta tak pernah meminta untuk menanti .. sepertimana Ali ..ia mempersilakan dan mengambill kesempatan ... itulah PENGORBANAN dan KEBERANIAN .....begitu juga Fatimah ...berkata pada Ali " maafkan aku kerana sebelum menikahi mu .aku pernah sekali jatuh cinta pada seorang pemuda .. " terkejut Ali .. " siapakah pemuda itu ?..mengapa engkau mahu menikahi ku ?  "...sambil tersenyum Fatimah menjawab ..." ya ..kerana pemuda itu adalah dirimu .." ........... ^_^ ....

Sangat romantik kannn.? hihi .. tapi inilah cinta yang patut dicontohi .. sesungguhnya Allah telah tetapkan yang terbaik untuk hambanya .. hanya kita berdoa dan tawakkal .....insyaAllah sama-sama kita doakan jodoh yang terbaik untuk kita nanti yea ?...^_^







Saturday, 15 October 2011

:: Siapa itu wanita ?::

Bismillahirahmanirahim..... Assalamualaikum semua ^_^ ...

Kaifahalukum ? mudahan sihat semuanya =) ...Entry kali ini bertajuk  "siapa itu wanita?" .... menarik kan ?... hehe ...terpanggil malam ni nak "new post" kan tajuk nie.. ^_^ .. tengah ronda-ronda dalam facebook tadi .. sahabat ana .. share pasal wanita .. rasa tertarik sangat ... begitu kagum dengan ciptaan Allah ini ... maybe ramai dah tahu kan ? .. tapi xpe .. nak kongsi jugak ! hehe .... hayya hayya sohabati .. nak start citer dah ni ..^_^

Suka ana mulakan dengan satu ayat ni  "wanita solehah  itu lebih baik daripada 70 laki2 soleh " ^_^ ... untungla kan .. tapi bukan senang nak jadi solehah .. perlu hadapi banyak ujian Nya ...  lihat la perjuangan para shuhada' zaman Rasulullah dahulu kan ... insyaAllah mudahan usaha nak jadi solehah tetap ada kan ? ..

.. wanita ?.. kenapa Allah mengambil masa yang lama untuk mencipta wanita ? .. itu lah pertanyaan malaikat pada Allah .... lantas Allah menjawab " sudahkah kau melihat setiap perincian yang telah aku ciptakan untuk wanita ? Lihatlah pada dua tangannya ... mampu menjaga banyak anak pada waktu yang sama , mempunyai pelukan yang bisa menyembuhkan sakit hati dan kerisauan .. lihat lah .. semuanya dengan hanya dua tangan "..... malaikat sangat terkejut " dengan hanya dua tangan ?! tidak mungkin .."

Lalu Allah menjawab ... " Tidakkah engkau tahu , dia juga mampu menyembuhkan diri sendiri dan boleh bekerja selama lapan belas jam sehari " .....lantas malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya , " Tuhan , mengapa wanita terlalu lelah dan lemah seolah-olah terlalu banyak beban yang dipikul ...?"... jawab Allah " itu tidak seperti yang kau bayangkan , itula air mata .." ..malaikay tanya lagi .." untuk apa ?" ...lanjut Allah menjawab " air matanya adalah cara dia menunjukkan kegembiraan , kerisauan , kesepian , penderitaan dan kebanggaan .. malahan wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki , inilah kemampuan wanita ".....

Justeru dia dapat mengatasi beban lebih daripada lelaki , mampu menyimpan kebahagian... mampu tersenyum tika hati menjerit kesedihan .. mampu menyanyi saat terharu bahkan ketawa dalam ketakutan ...bekorban demi orang yang di cintai ..mampu berdiri melawan ketidakadilan ..., menangis melihat anaknya menjadi pemenang , gembira saat kawannya tertawa bahagia ..begitu bahagia mendengar suara kelahiran ...

Wanita ini lah ..... apabila mendengar berita kesakitan dan kematian .. dia mampu mengatasinya .. tabah nya hati wanita ... dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka ...
Allah befirman : " Ketika Aku menciptakan seorang wanita .. ia diharuskan menjadi seorang yang istimewa ..Aku membuat bahunya cukup kuat untuk mendukung dunia .. namun ... cukup lembut untuk memberi kenyamanan ....." Aku memberikan kekuatan dari dalam untuk melahirkan anak dan meneima penolakan yang seringkali datang dari anak-anak " .....

"Aku memberikan kekerasan untuk membuatnya tetap tegar tika orang lain menyerah .. dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan tanpa mengeluh " ....kemudian " Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan .. bahkan ketika anaknya menyakiti hatinya " ...." Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalan dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " ....

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isterinya .. tapi menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disamping suami tanpa ragu "............"Dan akhirnya ... Aku memberinya air mata untuk dititiskan ....Khusus miliknya untuk diguna di saat memerlukan " ....

Ingatlah ... kecantikan seorang wanita bukanlah pada rupa paras ..bukan pada  pakaiannya .... bahkan pada mata nya .. kerana itulah pintu hatinya ..tempat dimana cinta itu ada "....^_^....apapun ... inilah WANITA ..... Allah telah memberitahu bagaimana terciptanya wanita ... begitu agung ciptaanNya kan ?...namun ... bimbangnya.... ramai wanita yang tidak sedar ....dari mana mereka datang ...Subhanallah MasyaAllah .... marilah sama-sama kita ambil detikan ini... suka ana kongsikan pada siapapun .. tidak kiralah laki2 atau perempuan .... sama2 kita beringat yea .... Wasalam ^_^



Friday, 14 October 2011

::Bagaimana Sakit disisi Allah::


Assalamualaikum .... alhamdulillah sehingga hari ini .. Allah masih memberi nikmat kesihatan pada hamba situkang taip .... nikmat sihat ni sebenar nya satu peluang pada hamba2 Nya untuk berlumba-lumba mencari redhaNya... haaa .. bercakap pasal sihat sakit sume tu .. ana nak kongsikan satu  kisah tentang Nabi Musa.. .... jOm terjun ke bawah ..^_^

Suatu ketika dahulu , ketika dikejar oleh pasukan Firaun , Nabi Musa  dan tenteranya berhenti rehat di sebuah lembah ... Di tengah rasa takut akibat dikejar , tiba-tiba Nabi Musa didatangi sakit perut yang teramat sangat  ... segera  dia mengadu pada Allah tentang sakitnya ...." Ya Allah , saat dikejar-kejar Firaun seperti ini Engkau malah memberiku sakit perut . aku mohon sembuhkkanlah sakit perutku ini Ya Allah. "Lalu Allah langsung menjawab .... " Kamu pergi ke atas bukit sana dan ambil daun di pohon yang ada disitu ,  kemudian kamu makan .. maka sakit perutmu nanti akan sembuh " ....

Nabi Musa terus berlari ke atas bukit untuk mengambil daun tersebut .. dan pada saat itu tangannya baru menyentuh daun tersebut... sakit perutnya sudah hilang ....Nabi Musa kemudian berterima kasih pada Allah ... dan segera turun dari bukit ... Lalu menyiapkan pasukannya untuk berangkat ... tiba-tiba , sakit perutnya datang lagi .... nabi musa terus ke atas bukit untuk mengambil daun untuk dimakan ...sehelai demi sehelai dimakannya ....hairannya Nabi Musa ..sakitnya tidak hilang juga ....

Kemudian Nabi Musa terus mengadu lagi pada Allah " Ya Allah , aku sudah makan sekian daun ... tapi perutku tidak sembuh juga ..tadi engkau katakan jika aku makan daun di pohon atas bukit ..maka sembuhlah sakit perutku ini ..."....Tuhan lalu membalas " yang menyembuhkan sakit perutmu itu siapa ? tadi waktu sakit perut yang pertama kau minta tolong padaku .... kali kedua kau ditimpa sakit perut kau terus ke atas bukit tanpa minta tolong padaku ....Tidak seperti itu Musa... daun yang kau makan tidak bisa menyembuhkan sakit perutmu .. yang menyembuhkan mu adalah aku .... jadi sembuhnya perutmu itu bukan kerana daun .. itu atas perkenanKU" ....

Rasanya antum semua tahu apa pengajarannya kan ..? huhu ... ya lah ... sesungguhnya sakit itu penghapus dosa...tapi jangan pula kita jadikan alasan sakit tu untuk menangguh-nangguhkan amalan wajib .... jadi, moral of the story nya ? hehe .. pertamanya .. walau sakit sihat macamana sekali pun... ingatlah hanya Allah tempat kita kembali ... minta lah padanya ... Dia itu maha menolong mengasihani penyayang....  ada lagi beberapa kisah tentang sakit di sisi Allah ni ... tapi apa pun... mudahan iktibar nya sama-sama  kita peroleh ...Aminnn.. ^_^  wassalam...



::sibuta yang celik hatinya ::



Assalamualaikum sahabat .... entry kali  diberi tajuk " si buta yang celik hatinya" .... bagaimana jika kita gambarkan seseorang yang buta , tidak dapat melihat segala benda dihadapan .. hanya bisa mendengar..bagaimana pergerakan ke sana sini nya ? ..syukurlah hari ni  Allah tidak menarik lagi nikmat melihat ini..namun pada hati sibuta ini ... tidaklah menjadi satu bebanan hayatnya kerna butanya mata.... ini lah kisah yang sangat memberi pengajaran ...suka ana mulakan dengan satu persoalan ... 'di malaysia khususnya .. merata tempat kita lihat ramai yang bertongkat (buta) ..merata -rata mencari rezeki halal.. namun apakah kita yang masih mempunyai nikmat melihat ini merasa bersyukur dan lebih gigih berusaha menuju ke jalan Allah ...? ' jadi itulah ye teman2 sume .. fikirkan yea..^_^ ..jadi jom kita turun ke bawah sikit ..bagaimana sibuta ini dikatakan celik hatinya ? ..meh ana cerita..

Sibuta ini bukan seorang pembesar dan bukanlah seorang yang dikenali ... namun beliau begitu rapat dengan nabi .. terbaris namanya sebagai generasi al Quran yang unik ...kerana bumi Allah ini pernah dibasahi ayat-ayat al Quran sebanyak dua kali kerananya....

Pada zaman Rasulullah dulu .. ada seorang tua namanya Abdullah Ibn Umm Maktum ... beliau ini seorang tua yang pada zahirnya tidak berdaya dan sering sakit2.... dia sentiasa ke masjid untuk berjemaah lima waktu ... dan tidk pernah dia tertinggal pun solat berjemaah bersama sahabat dan Rasulullah .. namun pada satu hari ..dia datang pada Rasulullah dan berkata " wahai Rasulullah , saya seorang yang buta dan rumahku pula jauh dari masjid .. Penunjuk jalan saya tidak serasi dengan diri saya. Adakah keringanan untuk saya bersolat dirumah ? Lalu Rasulullah berkata " adakah engkau mendengar azan ?.." jawabnya " ya Rasulullah " lantas Rasulullah berkata kamu tidak mendapat keringan ...

Banyak sebab kenapa beliau bertanya kan pada Rasulullah soalan itu . antaranya..rumahnya yang jauh dari masjid , lagipula dia seorang tua badn pun tidak kuat dan anggota badan semakin lemah ...matanya buta ...beliau terpaksa meredahi ladang tamar dan sarang labah -labah terutamanya pada waktu subuh....

Walaupun terpaksa berhadapan dengan semua ini , beliau masih tetap terus bersolat lima waktu sehari semalam secra berjemaah di atas arahan Rasulullah ... Beliau ke masjid dengan panduan tali yang diikat oleh para sahabat yang lain daripada rumahnya ke pohon pohon tamar di sepanjang perjalanan sehinggalah ke masjid ... Begitulah iltizamnya beliau dengan amalan -amalan islam..^_^

Setelah wafatnya baginda Rasulullah , Abdullah ibn umm maktum terus tinggal di madinah sehingga la tercetusnya perang Qaadisiyah iaitu peperangan yang akan menentukan jatuh bangunnya empayar islam bagi menamatkan kezaliman parsi ketika itu ...

Beliau memohon pada Umar al Khatab untuk berjihad bersama " wahai Umar , tentera islam memerlukan seseorang yang memegang janjinya .. berilah tanggungjawab ini padaku ...aku ini buta dan aku redhai apapun di hadapanku ...Engkau akan memerlukan orang yang tidak menjatuhkan atau membuatkan panji islam tegelincir.. Akulah orangnya.... Aku akan mara ketika orang lain mengelak tikaman ..aku tidak mengelak tikaman dan engkau memerlukan orang sepertiku ".....

Umar pun memberikan keizinan ini setelah beliau berfikir panjang .. apa tidaknya .. Abdullah ibn umm maktum terlebih dahulu memeluk islam daripadanya ...dan akhirnya cita-cita tertinggi Abdullah Ibn Umm Maktum tercapai apabila beliau menemui syahid di jalan Allah setelah berjuang bersama ribuan tentera yang dipimpin Saad Ibn Abi Waqas....

Begitulah serba ringkas .. perjalanan seorang buta sehingga syahid.... ikhlas dan mulianya hati nya menuju ke jalan Allah ....Subhanallah ..antara pengajaran yang ana ingin kongsikan ...pertamanya kekurangan diri sebenarnya tidak menghalang seseorang untuk menjadi pencinta dan pendukung perubahan yang besar...kerna perubahan dan kejayaan yang hebat tidak akan berlaku tanpa kesungguhan dan pengorbanan seseorang .....wallahualamm mudah mudahan kehebatan sahabat yang buta ini mampu kita warisi .. aminnn ..^_^




::Terkenal dilangit tak terkenal di bumi::






Entry kali ni .. bertajuk " terkenal dilangit tak terkenal di bumi " .. sapa tu  ? cube teka ... dialah yang bernama Uwais al-Qarni ... jarang di dengar kan ? tapi hakikatnya beliau sangat terkenal di daerah langit .... kisahnya memang sangat pahit dan banyak pengorbanan dilakukan .. sekarang pun ada di youtube kisah mengenai Uwais al Qarni . yang dilakonkan semula .. suka ana kongsikan serba ringkas kisah beliau ... jom turun ke bawah ^_^...


Dikisahkan pada zaman Rasulullah saw.. ada seorang pemuda bermata biru , rambutnya merah , berpenampilan tampan , kulitnya kemerahan ,dagunya menempel di dada .. selalu melihat pada tempat sujudnya , tangan kanannya menumpang di tangan kirinya .. tika membaca Alquran dia menangis , hanya berpakaiankan dua helai yang satu untuk menutup badan satu lagi sebagai selendangan , namun tiada orang yang menghiraukan , itulah dia tak dikenal oleh penduduk bumi malahan sangat terkenal di langit ...


Beliau , jika berdoa atau memohon sesuatu pada Allah , pasti terkabul . tika kesemua ahli ibadah dipanggil masuk ke syurga ,dia justeru dipanggil Allah supaya memberi syafaat ... Bagaimana hayatnya sehinggakan Allah sangat sayang padanya ?... biarpun orang suka mentertawakan , menipu dan menuduhnya sebagai tukang mencuri serta berbagai penghinaan lain ... penuda dari Yaman ini telah lama yatim ... tidak punya sesiapa selain ibunya ...ibunya yang sudah tua dan lumpuh ..yang tinggal hanya penglihatan yang kabur .. Uwais menyara keluarganya dengan bekerja sebagai penggembala kambing ... upahnya sudah cukup untuk makan minum dia dan ibu ..malahan jika ada rezeki lebih .. ibunya gunakan untuk membantu tetangga ... mulia nya sifat mereka ..^_^ dalam kesibukan bekerja .. Uwais tidak pernah lupakan kewajipannya sebagai seorang islam ... gigih nya dia beribadah sehingga tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam hari ...


Uwais telah memeluk islam pada masa Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad saw yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah .... sejak itu  Uwais sangat rindu pada datangnya kebenaran ...


Diceritakan ketika perang Uhud Rasulullah SAW cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuh... khabar ini di ketahui Uwais lalu segera dia memukul giginya dengan batu hingga patah , kerananya cintanya pada Rasulullah sekali pun dia tak pernah melihat Rasulullah ...satu hari Uwais termenung bertanya dalam hati " bilakah aku dapat menziarahi Nabi dan menatap wajah baginda dari dekat ?" .. sehingga satu saat Uwais meluahkan isi hatinya pada ibunya ...dan meminta izin untuk bertemu Rasulullah ... sayu hati seorang ibu melihat anak yang sangat teringin bertemu nabi...."pergilah wahai anakku , bertemula nabi dan segerala kau pulang "..gembiranya Uwais ..segera berkemas dan menyiapkan segala persiapan ibunya sepanjang dia pergi ...
Setibanya di madinah .. terus Uwais ke rumah nabi s.a.w .... kemudian dia mengetuk pintu dan memberi salam ....lalu segera Aisyah membuka pintunya ..namun. hampanya hati sang perindu ...bila Aisyah r.a memberitahu nabi tiada di rumah ...baginda ketika itu keluar berperang ....usai nabi pulang dari berperang ..terus menanyakan tentang Uwais ... dan memberitahu Aisyah .. "dialah anak yang taat pada ibunya , dia penghuni yang terkenal di langit .." ...lalu Aisyah memberitahu ...dia pulang kerana tidak boleh lama kerana ibunya sakit... Rasulullah berkata .. jika mahu berjumpa dengannya .lihatlah pada tapak tangan nya terdapat tanda putih ...Rasulullah lalu memandang pada Saidina Ali dan Umar .. dan berkata " jika kalian bertemu dengan nya , mintalah doa dan istifar kerana dialah penghuni syurga bukan penghuni bumi " .....


Tidak lama selepas kewafatan nabi , Saidina Ali dan Umar teringat akan pesan Rasulullah tentang Uwais .. lalu mereka bercadang untuk mencari Uwais untuk meminta doa dan istifar ... Sampainya mereka di rumah Uwais , tika itu dia sedang solat ..dan selesai solat berjumpalah mereka ... lalu Ali dan Umar memberitahu akan hajatnya datang kepada Uwais ... lalu menawarkan wang dari baitul mal untuk disalurkan pada Uwais untuk menampung hidupnya .... namun kata Uwais "hamba mohon supaya hari ni saja hamba diketahui orang .Untuk hari selanjutya biarlah tidak diketahui orang lagi "..sejak itu ..nama Uwais tidak lagi didengar dan tenggelam ....


Sehinggalah .... penduduk digemparkan berita kewafatan Uwais .... meninggalnya Uwais sangat menggemparkan Yaman...begitu ramai orang asing (yang xkenali) ..datang untuk menguruskan jenazah beliau ...penduduk tercengang... bukankah Uwais seorang fakir dan hanya seorang penggembala domba ..tapi di hari wafat mu ..engkau telah menggemparkan penduduk yaman ...dengan jadirnya manusia2 asing yang banyak yang tidak pernah kami kenal ....Di saat itu , barulah penduduk tahu ...siapa sebenarnya UWAIS AL-QARNI ..ternyata beliau tidak terkenal di bumi tapi terkenal di langit ....


Begitula secara ringkas kisah mengenai uwais al qarni .... begitu hebat .. banyak pengajarannya kann ? ...taat pada ibu itu wajib...kerna syurga itu dibawah tapak kaki ibu ....tapi jangan cek kaki ibu plk :P ....hehe ..apa pon ... sama2 jadikan kisah beliau sebagai satu pedoman ... mudahan amalan kita hari ini bukanlah semata-mata untuk mendapat nama ... untuk menjadi terkenal di mata orang ... ikhlas nya hati uwais bgitu juga kita nanti insyAllah ... ^_^ 










::: Saat pemergiannmu :::



Assalamualaikum.. ketemu lagi kita .. haa... entry kali ni bertajuk " saat pemergianmu " ..agak-agak pemergiann sape ? hehe ... mestilah kekasih hati ku ...sedih sangat rasanya... sebak hati ..tiap-tiap malam terkenang kan perjalanan hidupnya ... rindu yang teramat sangat pada nya .. tak siapa yang tahu betapaa riiiiinnnnduunyaaaa hati si tukang taip ni pada kekasih hati ... hehe .. ya lahhh .. sape lagi kalau bukan pada Nabi Muhammad s.a.w ....

Saat pemergiannya adalah sangat menyedihkan ... membuatkan hati rasa sangat pilu ... sebab apa pilu .. meh ana cerita kan saat- saat kepergian baginda ... sama-sama kita hayati ye ^_^ ..

Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w ..

Saat- saat Rasulullah SAW menghadapi sakaratul maut terselit sebuah kisah cinta yang benar benar menyentuh hati ... iaitu cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasulullah .. Pagi itu , langit masih menguning namun burung -burung tetap mengibaskan sayapnya ... tika itu , Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah .. dengan berkata ." wahai umatku , kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya .. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya .. Ku tinggalkan dua perkara pada kalian ... yakni Alquran dan sunnahku ... Barang siapa yang mencintai sunnahku , beerti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mana mencintai aku ... akan masuk syurga bersama ku ... Ya Allah .. mudahan kita semua masih berpeluang mendapat fadhilat ini .. aminnn... Kemudian , khutbah tersebut diakhiri dengan pandangan Rasulullah yang tenang dan penuh sayu sambil menatap wajah sahabat satu persatu .... ( andai ku berpeluang di tatap oleh Rasulullah .. hmmm ) ...

Ketika itu , Abu Bakar menatap wajah Rasulullah dengan mata berkaca... begitu juga Umar , dadanya sebak menahan nafas dan tangisnya .. Uthman pula menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya diam diam ... kerana mereka dapat rasakan ... inilah isyarat ..saat nya sudah tiba ....keluh sahabat " Rasulullah akan meninggalkan kita semua "... tidak tahan sebak sahabat semua .. hanya mampu menangis dan menangis.. tidak rela rasanya melepaskan Rasulullah yang dicintai ...Di saat itu , tanda -tanda semakin kuat , Ali dan Fadhal dengan terburu menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah sewaktu turun dari mimbar ..kalau mampu , seluruh sahabat yang ada di situ pasti menahan detik-detik berlalu ....

Matahari kian memuncak ,  tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup ... kelihatan Rasulullah terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya ... Lalu tiba-tiba datang seorang yang bersuara memberi salam .." Bolehkah saya masuk ?" tanya nya .. namun Fatimah tidak mengizinkan masuk , katanya " Maaf , ayahku sedang sakit demam , " lalu ditutup pintu oleh Fatimah ... kembali menemani ayahnya yang sedang sakit lalu bertanya Rasulullah kepada Fatimah " siapakah itu wahai anakku ?" ... balas Fatimah " tidak tahu ayahku , sepertinya baru kali ini aku melihatnya ..." lembut Fatimah menjawab ....

Saat itu , Rasulullah menatap wajah puterinya dengan pandangan yang memilukan ..Seolah -olah seluruhnya hendak dikenang ..lalu berkata pada Fatimah ... "Ketahuilah , dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara dialah yang memisahkan pertemuan didunia ..dialah malaikat maut .." Fatimah terus tidak tahan ledakan tangisnya .. Malaikat maut datang menghapiri , tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya ... Kemudian di panggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini ...

"Jibril , katakan apa hakku nanti di hadapan Allah ?" tanya Rasulullah dengan lemahnya ... kata jibril " pintu -pintu langit telah terbuka , para malaikat telah menanti rohmu .. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu ," namun Rasulullah tidaklah merasa lega malahan matanya penuh kecemasan ...Lalu jibril bertanya lagi " engkau tidak senang dengan berita ini ?" .... " khabarkan padaku jjibril , bagaimana nasib UMATKU  kelak ?" lihat lah betapanya kasih Rasulullah akan umat nya ... Jibri berkata " janganlah kau bimbang , wahai Rasul Allah , aku pernah mendengar Allah berfirman kepada ku :

    " kuharamkan syurga bagi siapa saja , kecuali umat Muhammad telah berada di dalam nya "

Detik-detik semakin dekat , saat nya Izrail melaksanakan tugas .. Perlahan roh Muhammad ditarik .. Tubuh Rasulullah berpeluh dengan banyak sekali , urat -urat lehernya menegang ...
"Jibril , betapa sakitnya sakaratul maut ini " perlahan Rasulullah mengaduh ... tika itu Fatimah terpejam ..Ali yang disamping nya menunduk semakin dalam ...
jibril memalingkan muka ... " jijikkah kau melihat ku , sehingga kau palingkan wajahmu jibril " tanya Rasulullah pada malaikat pengantar wahyu itu .. " Siapakah yang sanggup , melihat kekasih Allah di renggut ajal " kata jibril .....

Kemudian ... terdengar Rasulullah memekik , sakitnya yang tidak tertahan lagi ... " ya Allah , dasyatnya sakaratul maut .. timpakan saja seksa maut ini padaku , jangan pada umat ku .." pilu nya itu la permintaan kepada Allah untuk umat nya .... Subhanallah ... Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi .. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu ... lalu Ali segera mendekati telinganya ...." uushikum bis shalati , wa maa malakat aimanukum , peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang yang lemah di antara mu ." Di luar pintu tangis mulai bersahutan sahabat saling berpelukan .... Fatimah menutup tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan .... " UMMATI , UMMATI , UMMATI"......
dan berakhirlah hidup seorang insan mulia yang memberi cahaya kepada dunia ...

Betapa sayang nya Rasulullah pada umatnya kann ? ... mampu tak kita mencintai sepertinya ... Allahummasolli alaa muhammad wa baarik wasallim .. Sehingga sekarang .. tidak pernah ku lupa dan tidak pernah hilang rindu ku pada  mu ya Rasulullah ....

kalau boleh kita sume nak jumpa Rasulullah kan ? ... alhamduliilah Nabi kan tinggalkan pada kita dua perkara kan ... Al-quran dan sunnahnya .. sekurangnya itulah yang paling berharga .. mudahan detikan ini mampu membuat kita sedar sahabat semua .... tiada yang lain melainkan Allah , Muhammad itu pesuruh nya ... wallahualam ....

salam ^_^ ....





Thursday, 13 October 2011

::Sirah Rasulullah:::





Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani....Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Assalamualaikum .^_^  pada detik ini, suka ana kongsikan serba sedikit mengenai sirah Rasulullah s.a.w ... pastinya ramai yang dah tahu perjalanan hidup nabi Muhammad sejak baginda lahir sehingga lah kewafatan baginda .. ya lah ..di sekolah pon ustazah ada cerita kan ? .. begitu banyak pengajaran yang patut dicontohi ..okaylah ^_^ jom kita mulakan ....


Nabi Muhammad berasal dari kabilah Quraisy iaitu keturunan Hasyim .. bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib iaitu cucu hasyim ... ibunya bernama Aminah bt Wahab yang berasal dari keturunan bani Zuhrah ... iaitu salah satu daripada kabilah Quraisy ... Setelah mereka berkahwin , Abdullah pergi ke syam .. dalam perjalanan pulang .. bapa nabi wafat di madinah dan di kuburkan disitu .. sangat pilu dan sedih waktu itu ... dalam keadaan Aminah mengandungkan Muhammad .. suaminya pula meninggal dunia ...begitu tabah hati seorang isteri..


Kemudian setelah beberapa bulan wafatnya Abdullah , lahirlah seorang bayi yang bernama Muhammad di bulan Rabiul Awal , tahun gajah 571 masihi di Makkah .... lahirnya Muhammad dunia seolah olah menjadi terang ..seperti ibu- ibu lain yang tingal di makkah , mereka menghantar anak2 kepada pengasuh .. begitu juga Aminah .. menyerahkan Muhammad kepada Halimatul Sa'diah iaitu dari kabilah Bani Sa'ad untuk disusui ... Setelah empat tahun Muhammad disusui dan dijaga oleh Halimatul Sa'diah , Aminah mengambil kembali Muhammad dan menjaga nya dengan penh kasih sayang...


Pada satu hari , Aminah berkunjung ke Madinah bersama anaknya Muhammad .. dalam perjalanan pulang ke Makkah , Aminah wafat dan dikebumikan di Abwa' , iaitu sebuah daerah yang terletak antara Makkah dan Madinah .. Setelah ibu Muhammad meninggal , silih berganti baginda dijaga oleh datuknya , abdul mutalib dan bapa saudaranya abu thalib .. sehinggalah pada usianya 25 tahun ... baginda berkahwin dengan Khadijah yang berusia 40 tahun .. betul la kan .. cinta tak mengenal usia ... maka hidup bahagia lah mereka selama 25tahun sehingga la Khadijah wafat pada usia enam puluh enam tahun .. pada saat pemergian Khadijah .. nabi sangat sedih .. ini lah cinta sejati yang perlu dicontohi .. 


Kemudian pada usia 40tahun , baginda di utus menjadi nabi Allah .. Allah mewahyukan kepada baginda Al-quran yang tidak mampu ditandingi oleh siapapun termasuklah seluruh manusia dan jin ... Perjalanan baginda sebagai Rasulullah tidak lah mudah kerana pelbagai ujian dan halangan yang dihadapi .. ada yang tidak suka kepada baginda  dan pelbagai rancangan dilakukan untuk menjatuhkan nabi ...namun nabi tetap sabar dan sentiasa bersikap baik walaupun dengan musuh sekalipun  .. 


Begitulah secara ringkasnya riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w ... sehinggalah baginda wafat pada usia enam puluh tiga tahun .. pada isnin 11 hijrah di madinah .. saat -saat pemergiannya adalah sangat ditangisi seluruh alam ...  luahan hati yang sangat rindukan mu ...


'' Ya Rasulullah , sangat rindu hati ini padamu .. umat mu tika ini masih memerlukan mu .. andai kau masih lagi ada di sisi .. ingin aku katakan pada mu ya Rasulullah ... aku cintakan mu (T_T)..."


Sehingga bertemu di episode akan datang ... maasalamah ^_^