Allahu Rabbana... Sungguh kami tiada daya dan upaya tanpa pertolongan-Mu, lindungilah kami pada hari ini, dari segala mara bahaya dan dari orang-orang yang berniat jahat pada kami...
Friday, 25 November 2011
:: Rabiatul Adawiyah Wali Allah ::
Assalamualaikum .... kali ini nak ceritakan tentang seorang wanita islam yang sangat tinggi peribadinya , iaitu RABIATUL ADAWIYAH ...beliau adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah ..Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini ... Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah , akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup ....
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelubungi masyarakat arab kebanyak sekolah agama telah ditutup ...Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan ...Untuk menarik minat orang menaiki sampannya , dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan nya ..Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia, dia akan menggantikan tempat ayahnya sebagai pendayung dan mendendangkan lagu yang merdu .. Mendengarkan suara nya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja ...Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada dan tetamu raja...
Suatu hari timbul kesedaran dihatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama .. Dan hari itu , Rabiatul adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak ..Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah ..Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat ... Pernah satu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking kedalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia berzikir ....tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja ..Rabiatul Adawiyah tetap tenang ..walaupun dia tidak diberi makan , dia tetap mampu menjalani ibadat kepada Allah ...Apabila raja mengintai nya didalam bilik kelihatan dia sedang bermunajat memohon doa kepada Allah ... didalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya ..
Pada satu malam , raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyeksanya ...kemudian raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit ..Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada dia masih ada atau sudah pergi..kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa....
Sampai habis tempoh masa Rabiatul Adawiyah berkhidmat dengan raja ..akhirnya dia dilepaskan oleh raja ..Rabiatul berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa2 daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi .. Apabila dia pulang ke kampungnya , rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga telah ramai yang telah berpindah ...Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya..Pada suatu malam seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri disitu ....Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat ...Dia tidak menjumpai apa2 didalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan .lalu merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adaawiyah ...
Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba2 dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh ....Rabiatul Adawiyah terkejut ...Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya ...Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wuduk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan ..Lalu pencuri itu bersolat dan meminta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi ...
Pada masa yang sama .. diluar, kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah ..Raja menghantar orang untuk memberi kepada Rabiatul Adawiyah harta yang banyak .Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu , Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya ...Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah ..
Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalm sekelip mata ...Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu ..Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah ...dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah untuk menemuinya ...Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak ...dan akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya ....MasyaAllah begitu mulianya hati seorang wali Allah ...
Saturday, 12 November 2011
::Khalid Al-Walid pedang Allah ::
Assalamualaikum ... kisah kali ini mengenai Khalid Al-Walid yang dikenali juga sebagai pedang Allah ... ada dua peperangan yang membezakan siapakah Khalid Al-Walid yang sebenar ...dalam perang Uhud , beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid islam tetapi dalam perang Muktah menyaksikan penampilan Khalid alWalid yang berbeza sekali ..beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera islam , kerana itulah , beliau layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera iaitu " Pedang Allah ".....
Sebelum memeluk islam , beliau adalah musuh islam yang paling di geruni di medan perang kerana strategi perangnya yang begitu hebat dimana umat islam mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud ...Khalid al Walid telah memeluk islam bersama2 Uthman bin Thalib dan Amru Bin Al-As..setelah itu , beliau adalah pahlawan yang menentang musuh2 islam ...
Dalam perang Muktah , tentera islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom .. dalam pertempuran tersebut , tentera islam telah mendapat tentangan yang cukup dasyat nyaris2 menerima kekalahan ... Bendera islam telah dipegang oleh Zaid bin Harithah yang kemudiannya gugur syahid ..di ambil alih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib .. beliau turut syahid , maka bendera tadi dipegang oleh Abdulllah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'...lantas bendera bertukar tangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerah kepada Khalid Al-Walid ..Atas persetujuan ramai , maka Khalid al -Walid pun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi...
Di zaman khalifah Abu Bakar , Khalid ditugaskan menghapuskan golongan murtad ... Saidina Abu Bakar telah memberi kata-kata semangat kepada tentera islam .." aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : " sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid al-Walid , Saifullah yang pedangnya akan di hayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik "...
Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Khazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya.. dalam peperangan tersebut ( perang Yamamah)...ramai tentera Islam yang terkorban ..Khalid al walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma ...Beliau berteriak kepada tenteranya "begembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing "...
Dalam peperangan Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan ....yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera islam ...Mahan berkata " aku tahu .kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan ... jika kamu semua setuju , berikan setiap seorang tentera kamu 10 dinar beserta dengan pakaian dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan di hantar ke Madinah "....
Khalid Al-Walid dengan tegasnya menjawab.." kami tidak akan keluar dari negeri kamu kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan ..tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi ...sebab itulah kami ke mari !!"....Setelah itu Khalid Al- Walid selaku komanden perang berteriak dengan kuatnya sambil bertakbir .....ALLAHUAKBAR....ALLHUAKBAR " marilah kita berebut-rebut mencium bau syurga "....Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat ...anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan ...
Tiba-tiba seorang tentera islam menghampiri Abu Ubaidah bin Jarrah r.a sambil berkata "...sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid , adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah saw , kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya ( di syurga )....Jawab Abu Ubaidah ..." ya! katakan padanya : wahai Rasulullah sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Allah adalah benar .." lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'...
Dalam suasana perang tersebut Khalid al Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara mereka ...
George bertanya : " wahai Khalid , hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong ..Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah "..lalu Khalid menjawab .." tidak "..
Ditanya lagi .." Mengapa kamu di panggil pedang Allah ?.."...Khalid terus menjawab .." Bahawa Allah telah mengutuskan kami seorang Rasul dari bangsa kami , tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustakannya ...aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada islam ...lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk islam dan janji setia kepadanya ...Rasulullah terus mengatakan " Engkau adalah pedang Allah "...
George bertanya lagi " apa yang kamu dakwahkan kepada manusia ?... Khalid menjawab ..." supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam "...George seterusnya berkata .." jika seseorang memeluk islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu , adakah dia akan mendapat ganjaran ?...."
Khalid berkata .." ya..itulah lebih utama "...lelaki itu berkata .." bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum islam ?"...
Khalid terus menjawab .." kami hidup bersama Rasul lalu kami kihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya ..kami benar-benar melihat dan mendengarnya , lalu kami memeluk islam dengan mudah ..tetapi kamu tidak pernah melihat dan memandangnya , kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan , maka ganjaranmu lebih besar jika kamu beriman pada Allah dengan jiwamu "...
Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid , belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat .. kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk ...dan islam telah berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 24000 orang ...Ramai di kalangan tentera islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit , luka dan cedera parah .. apabila seorang diberikan air , lantas dia berkata rakan nya disebelah memerlukan..lalu diberikan kepada rakannya ..tiba -tiba orang yang kedua pun bersikap serupa , lebih mementingkan rakan yang lain ..
Begitulah seterusnya sehinggakan orang yang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya ..Maka kesemua mereka mati syahid di medan perang tersebut ... ini membuktikan betapa mujudnya perasaan kasih sayang kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang di tarbiyahkan oleh Rasulullah saw...WALLAHUALAM ~
Friday, 11 November 2011
:: Sa'ad bin Abi Waqqas R.a difitnah ::
Assalamualaikum .. alhamdulillah ... Allah masih memberi nikmat kesihatan dan masa lapang pada saya untuk meringankan jari dan kuku hehe ... taip satu lagi kisah ringkas mengenai Sa'ad bin Abi Waqqas r.a... pada zaman Rasululllah saw... Umar al Khattab telah melantik Sa'ad Abi Waqqas r.a yang juga merupakan seorang sahabat besar nabi Muhammad sebagai gabenor di Kufah , Iraq ...
Namun terdapat beberapa kumpulan munafiq yang amat benci kan Sa'ad r.a ...lalu membuat aduan palsu kononnya Sa'ad tidak adil dalam pembahagian dan tidak memimpin ketika peperangan ... Sedangkan ketika itu , kerajaan islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menuju ke Nahawand...Amat difahami kumpulan ini ingin mengganggu kelancaran perancangan kerajaan islam ....
Walaupun aduan ini sememangnya telah diketahui palsu oleh Umar Al-Khattab r.a tetapi beliau sengaja secara serta merta menghantar wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah..Umar r.a seorang yang amat sensitif dan serius dengan segala laporan gabenor lantikannya .. tatkala proses siasatan terbuka dijalankan , semua wakil ketua yang berada di Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakadilan Sa'ad lalu semuanya mengkhabarkan kebaikan Sa'ad .....
Tiba-tiba muncul Usamah bin Qatadah mendakwa Sa'ad tidak adil dan tidak memimpin perang ... Sa'ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan buta - mata , kurang zuriat , dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya .. hasil doa individu yang soleh seperti Sa'ad , kesemua kumpulan yang memfitnahnya mati .. Usamah pula menjadi buta , kurang zuriat dan di timpa nafsu syahwat yang luar biasa ...
Walaupun Sa'ad terbukti selepas itu tidak bersalah , demi mengelakkan perpecahan dan menjaga status Sa'ad bin Abi Waqqas, Umar al Khattab meminta Sa'ad untuk menamakan penggantinya , lalu dilantik Abdullah bin Abdullah bin Uthban yang merupakan timbalan kepada Sa'ad sebelum ini ... Manakala Sa'ad di bawa ke Madinah menyertai ahli majlis Syura Khalifah di Madinah ....
MasyaAllah .. mudahan jauhlah kita dari fitnah dunia .. sesungguhnya fitnah itu lebih kejam daripada melakukan zina ... wallahualam ~
Thursday, 10 November 2011
::Hatib Ibnu Balta'ah r.a mengkhianati Rasulullah saw::
Assalamualaikum ... kali ni nak kongsikan mengenai seorang sahabat Rasulullah iaitu Hatib Ibnu Balta'ah ra...di Mekah beliau tidak mempunyai kedudukan yang tinggi kerana dia bukanlah dari keluarga bangsawan , juga bukan dari keluarga pembesar , bukan hartawan dan pedagang ... Tujuan hidupnya yang utama adalah mencintai Allah dan RasulNya ...beliau telah diberi kemulian dan kehormatan ,antaranya Rasulullah telah mengutus ia agar datang kepada Al-Muqauqis , seorang pembesar suku Qibti di Mesir untuk menyampaikan surat Rasulullah yang isinya menyeru pada Al-Muqaiqis ke dalam Islam ....
Setelah Al-Muqauqis membaca surat baginda tersebut dengan cermat , dia memandang Hatib dan bertanya " Bukankah sahabatmu itu seorang nabi ?.." jawab Hatib " benar , baginda adalah utusan Allah "....mendengar jawapan Hatib , Al- Muqauqis mengirimkan beberapa hadiah kepada Rasulullah di antara hadiah itu seorang hamba wanita yang bernama Mariyah Al-Qibtiyah ...
.Hatib adalah seorang penduduk Yaman , dan sahabat Zubair bin Awwam .. ketika dia berhijrah ke Madinah , beliau telah meninggalkan anak dan saudaranya ..dia juga merupakan seorang penunggang kuda yang berani dan penyair yang ulung .. Beliau memeluk islam ketika masih muda belia ...Hatib sangat tekun mempelajari syariat dan ajaran islam ...Selain itu , dalam perang Badar beliau juga turut bergabung dalam jihad fisabilillah dan turut bersama Rasulullah saw ke Al-Hudaibiyah dan menyaksikan " Baiatur Ridwan ".
Jadi apakah di sebalik kisah yang dikatakan Hatib mengkhianti Rasulullah ??? .. kisahnya , pada tahun 8hijrah ketika Rasulullah sedang sibuk mempersiapkan penaklukan kota Makkah sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah , ketika itu fikiran Hatib gundah gulana ( serabut ) ... dia sedih memikirkan anak-anaknya dan keluarganya yang tidak aman daripada penganiyaan kaum Quraisy , kerana di Mekkah mereka tidak mempunyai pelindung yang melindungi dan menjaga mereka daripada musuh-musuh Islam ... Bisikan syaitan selalu menggoda fikirannya hingga Hatib merasa kalut ... dan fikirannya buntu ...Maka dia memutuskan akan mendekati kaum musyrikin Quraisy dengan memberitahu pada mereka mengenai rahsia-rahsia kekuatan senjata yang telah dipersiapkan oleh Rasulullah untuk penaklukan atas kota Makkah ....
Tidak pernah terfikir olehnya , bahawa perbuatan itu merupakan pengkhiantan terhadap Allah dan RasulNya ...dan rahsia tentera adalah amanat yang ada dibahu para parajurit ..Bila salah satu rahsia dibocorkan , maka perajurit tersebut akan mendapat amarah daripada Allah , malaikat Nya dan semua kaum muslimin .. kerana membocorkan rahsia kekuatan laskar yang akan menghadapkan pasukannya pada bahaya dan kebinasaan ...
Cahaya iman telah padam di hatinya ....Maka dengan tangan yang gementar beliau mulai menulis surat kepada pembesar2 Quraisy .... membuka rahsia laskar islam yang mempersiapkan secara matang oleh Rasulullah ke Makkah , agar mereka mempunyai gambaran atas keadaan kaum muslimin Madinah.......Surat itu diserahkan kepada seorang wanita .... dia menyuruh wanita itu merahsiakan surat itu di sanggul rambutnya sehingga jika ada orang yang menghadang kenderaannya , maka surat itu tidak diketahui .... Hatib berjanji akan memberi hadiah bila surat itu sampai di tangan pembesar Quraisy .....
Baru saja wanita tersebut meninggalkan Madinah , malaikat Jibril segera memberitahu Rasulullah tentang apa yang telah dilakukan Hatib .. Maka Rasulullah cepat2 memanggil Ali dan Zubair ....Baginda berkata " kejarlah wanita itu , dia memberitahu surat Hatib untuk pembesar Quraisy yang isinya menerangkan tentang persiapan yang telah kita himpun dalam menaklukan mereka ".....Ali dan Zubair bergegas keluar mencari wanita itu ... dan menemukan wanita itu di daera Raudhah Khah , 7 batu dari Madinah .....Ketika Ali menyuruh wanita itu supaya mengeluarkan surat itu ... wanita itu tidak mengaku ...maka Ali memeriksa kenderaannya tapi tidak menemukan surat itu ....
Akhirnya Ali dengan marah berkata " aku bersumpah dengan nama Allah bahawa Rasulullah tidak pernah berdusta .. sekarang kamu harus pilih apakah kamu mahu menyerahkan surat itu kepadaku atau aku harus menelanjangi kamu !!!!! "....setelah Ali berkasar dan memberi dua pilihan . akhirnya wanita itu berkata " berpalinglah " .. setelah itu Ali membalikkan badan kemudian wanita itu membuka ikatan rambutnya dan mengeluarkan surat darinya lalu menyerahkan kepada Ali .......
Ali dan Zubair segera kembali kepada Rasulullah dengan membawa surat Hatib..Rasulullah menghadirkan Hatib dan bertanya " wahai Hatib, apa yang mendorong kamu berbuat demikian ? " maka Hatib menjawab " wahai Rasulullah , janganlah tergesa-gesa menghukum diriku ... semua itu kulakukan kerana aku bukan dari golongan Quraisy ...di Makkah aku masih mempunyai sanak saudara .. maka aku ingin kaum Quraisy menjaga keluargaku di Makkah .dan sungguh itu aku lakukan bukan kerana aku telah murtad dari islam dan bukan pula aku rela kekufuran sesudah iman "....Rasulullah memandang semua sahabat yang hadir dengan wajah bersinar dan baginda berkata kepada mereka " bagaimana pun juga , ia telah berkata jujur "...suasana majlis menjadi hening sejenak ... tiba-tiba Umar berkata " wahai Rasulullah , izinkan aku memenggal leher orang munafik ini "....
Umar berpandangan bahawa membocorkan rahsia laskar islam merupakan pengkhianatan terhadap Allah dan Rasulnya .maka balasannya adalah harus dibunuh ... orang yang mengadakan hubungan dengan musuh maka balasanya adalah dijatuhi hukuman mati ..sementara itu Rasulullah telah memaafkan Hatib kerana ia telah mengakui dosanya dan baginda mengingat perjuangan Hatib dimasa lalu kerana dia berjuang di medan perang Badar ...sehingga banyak pasukan musyrikin mati di bawah tebasan pedangnya ...
Atas dasar itu , maka baginda memandang Umar dan berkata "wahai Umar bagaimana pendapatmu , jika Allah telah memberi kelonggaran pada pejuang Badar ?? " Allah berfirman dalam Al Quran surah Al Mumtahanah ayat 1 yang bermaksud .... hai orang2 beriman , janganlah kamu menjadikan musuh Ku dan musuhmu sebagai teman setia (sehingga ) kamu menyampai kan kepada mereka (berita2 ) Muhammad , dikeranakan kasih sayang padahal sesungguhnya mereka ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu , mereka mengusir Rasulullah dan mengusir kamu kerana kamu beriman kepada Allah ...Jika kamu benar2 keluar untuk berjihad dijalan Ku , kamu memberitahu secara rahsia berita2 Muhammad kepada mereka ...kerana kasih sayang ..Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan ..barangsiapa di antara kamu yang melakukan , maka sesungguhnya ia telah tersesat dari jalan yang lurus "..
Hal lain yang menguatkan diterimanya taubat Hatib , pada suatu hari salah seorang pelayan Hatib datang kepada Rasulullah untuk mengadukan perlakuan Hatib kepadanya ..kemudian pelayan itu berkata " wahai Rasulullah , kelak sungguh Hatib akan masuk neraka ".. tetapi Rasulullah berkata " tidak , kerana dia mengikut berperang pada peristiwa Badar dan juga ikut dalam perjanjian Hudaibiyah ".....
Sejak saat itu , Hatib menangis menyesali perbuatannya ..siang dan malam dilakukan dengan selalu memohon ampunan kepada Allah atas kesesatannya hingga ia meninggal dunia pada usia 53 tahun tepatnya pada tahun 30 H.. iaitu pada masa pemerintahan Usman Ibn Affan .. ia menghadapi kematian dengan jiwa yang redha kerana dia tahu bahawa Rasulullah telah memaafkannya meskipun ia telah mengkhianati hak Allah , Rasulullah dan kaum mukminin .....Wallahuallam ..
Wednesday, 9 November 2011
:: Antara sabar dan mengeluh ::
Assalamualaikum... sebenarnya ada kisah di sebalik " antara sabar dan mengeluh " .. iaitu , pada zaman dahulu , ada seorang pemuda yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitu Haram... Diwaktu tawaf , tiba - tiba dia melihat ada seorang wanita yang bersinar dan berseri sekali wajahnya ... "Demi Allah , belum pernah aku lihat wajah secantik dan secerah wanita itu ,pasti dia tidak pernah risau dan bersedih hati "....
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hasan lalu dia bertanya ..." Apakah yang kamu katakan wahai saudaraku ? Demi Allah , aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita yang luka hati yang teramat kerana risau ..... " lalu Abul Hasan bertanya .." apakah yang merisaukan mu ? "...
Wanita itu menjawab " Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban , dan ketika itu aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu ...Ketika aku bangun untuk membuat makanan , tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya .." wahai adikku , sukakah kamu jika aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ? "...jawab adiknya " baiklah kalau begitu "....lalu disuruh adiknya berbaring dan disembelihkannya leher adiknya itu ... Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah yang memancut2 keluar ...lalu dia lari ke bukit sehinggalah dia dimakan serigala ....
Lalu ayahnya pergi mencari anakknya itu sehingga mati kehausan..." dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku ....tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas ..ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya .. berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain ..maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya .. dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua ".......
Lalu Abul Hasan bertanya lagi " Bagaimanakah kesabaran mu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?.... Wanita itu menjawab " tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan antara keduanya ada jalan yang berbeza .. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir , maka hal itu baik dan terpuji akibatnya ... Dan adapun mengeluh , maka orang nya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka ".....
Demikianlah kisah di atas , satu cerita yang dapat di jadikan tauladan dimana kesabaran sangat digalakkan dalam islam dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah terutama dalam menghadapi musibah dan dugaan dari Allah ....
Kerana itulah Rasulullah saw.. bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi ..." Tiada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian dia sabar , melainkan syurga baginya.." subhanallah ... betapa besar ganjaran bagi orang yang sabar .. ALLAH maha pemurah .
Begitu juga mengeluh .. perbuatan ini sangat dilarang oleh Islam... kerana itu Rasulullah saw.. bersabda.. " tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah , merobek baju , mengeluh dan menghina nasab orang "....dan sabda nya pula " mengeluh itu termasuk kebiasaan jahiliyah dan orang yang mengeluh jika ia mati sebelum taubat maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka " riwayat oleh imam majah ) ...MASYAALLAH ...semoga kita dijadikan sebagai hamba Allah yang sabar dalam menghadapi segala musibah ... insyaAllah..
::Ikramah bin Abu Jahal ::
Assalamualaikum ... kisah kali ini mengenai seorang sahabat yang pada mulanya , sangat menentang agama Islam , namun akhirnya beliau menjadi pejuang dan pembela islam yang tegar , dialah IKRAMAH BIN ABU JAHAL .. Beliau merupakan anak kepada Abu Jahal yang sangat menentang Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw...
Ikramah merupakan seorang pemuda Quraisy yang gagah berani ... Beliau lahir dari keturunan Quraisy ...dan dia sangat di hormati dan di pandang mulia oleh penduduk Mekah pada waktu itu ...Beliau juga merupakan seorang penunggang kuda yang sangat mahir..
Ikramah menolak ajaran islam kerana terpengaruh dengan sikap ayahnya , Abu Jahal yang menentang Islam .... Oleh kerana dorongan yang begitu kuat dari ayahnya , beliau sangat memusuhi Rasulullah saw dan menyeksa umat islam yang lain ...
Didalam perang Badar , Ikramah menjadi sayap kanan kepada ayahnya ..Namun Abu Jahal terbunuh dalam peperangan tersebut..lebih-lebih lagi Ikramah menyaksikan sendiri kematian bapanya ...Namun , dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana mahu menyelamatkan diri ...
Sejak kematian ayahnya , kebenciannya pada islam semakin membuak-buak ... Kali ini bukan kerana benci terhadap islam , tapi kerana mahu membalas dendam atas kematian Abu Jahal ....Dalam beberapa peperangan melawan kaum muslimin , beliau antara yang berada di barisan hadapan ....
Dalam perang Uhud , telah menyaksikan Ikramah menjadi sayap kiri pasukan Quraisy manakala Khalid Alwalid menjadi sayap kanan memimpin pasukan berkuda ...Kedua panglima ini gagah memecah belahkan tentera Islam ...Manakala , dalam perang Khandak pula , menyaksikan beliau antara yang semangat ingin memecah belahkan benteng pertahanan tentera islam Madinah pada masa itu ...Setiap hari berpusing sekitar parit untuk mencari jalan hendak memasuki Madinah ....
Ketika pembukaan kota Mekah berlangsung , Ikramah mengambil keputusan melawan tentera islam yang hendak masuk ke Mekah ...Ikramah mengumpulkan pengikutnya untuk menyerbu tentera islam yang masuk ke Mekah .... Namun...beliau sangat terkejut melihat Khalid Alwalid yang menyerbunya ketika itu ....Apapun , beliau tetap nekad melawan Islam ...Akhirnya , tenteranya tewas ..Ikramah sempat melarikan diri dari dibunuh ....
Beliau merasa sangat menyesal pada masa itu ...Mekah tidak lagi aman baginya ..Beliau akhirnya menuju ke Yaman ...Ummu Hakim, iaitu isteri Ikramah sangat bimbang akan keadaan suaminya ..Beliau kemudian mendapat tahu kedudukan suaminya di Yaman .... lalu dia ditemani seorang pembantu yang berbangsa Rom , pergi ke Yaman ....
Semasa dalam perjalanan , pembantunya berkelakuan aneh , merayu padanya untuk melakukan perbuatan maksiat .. walaubagaimana pun , Ummu Hakim tetap setia pada suaminya , dia menangani pembantunya dengan bijaksana, dia memberi harapan dengan melewat-lewatkan masa sambil meneruskan perjalanan...
Sampai saja di sebuah perkampungan Arab, beliau segera meminta tolong penduduk disitu dan menyatakan niat jahat pembantunya itu ...Pembantunya itu akhirnya ditangkap dan dapatlah Ummu Hakim meneruskan perjalanannnya dengan aman....
Akhirnya Ummu Hakim bertemu dengan suaminya...alangkah gembiranya hati seorang osteri yang rindukan suaminya ...Mereka berpeluk kegembiraan ...Ummu Hakim meminta suaminya untuk pulang bersamanya ke Mekah ..Sambil menyatakan Rasulullah sudah mengampunkan kesalahannya itu.....Ikramah dengan senang hati mengikut isterinya pulang ke Mekah ...Dalam perjalanan pulang , Ummu Hakim menceritakan perihal pembantunya kepada Ikramah...Mereka kemudian singgah di perkampungan Arab tersebut ...kerana terlalu marahkan pembantunya itu , Ikramah mengambil keputusan membunuh pembantunya itu..setelah itu , mereka meneruskan perjalanan ke Mekah ...
Ketibaan Ikramah dan isterinya disambut oleh Rasulullah dan para sahabat ..mereka seolah-olah sudah menduga kedatangan Ikramah ke Mekah ...Baginda disambut gembira dengan kedatangan tersebut....Lantas , dihadapan baginda , Ikramah mengucap dua kalimah Syahadah...Ikramah berjanji akan mengubah perangainya dan bersedia membela islam dengan tangannya...Ikramah mahu bertaubat dan menebus kesilapannya yang dulu ....
Ternyata beliau menepati kata-katanya itu ...Kalau dahulu hidup dan matinya melawan islam , kini beliau berjuang habis-habisan mempertahankan kalimah tauhid Islam...dalam Perang Yarmuk , menyaksikan tentera islam diserang bertubi-tubi oleh tentera Rom ...Ikramah kemudian mara kehadapan menyerang tentera Rom yang sedang menggila..Beliau menghalau pasukan musuh yang sedang mara kehadapan....Akhirnya beliau gugur terkorban dalam peperangan tersebut ..Meskipun sedemikian , tentera Islam berjaya mendapat kemenangan yang gemilang ....Alhamdulillah ..
Begitulah kisah Ikramah bin Abu Jahal ... Seorang pahlawan yang menentang islam pada mulanya .. namun akhirnya menjadi pahlawan yang berani mempertahankan Islam ..Allahuakbar !!!!..
Monday, 7 November 2011
:: Kisah Khubaib bin Adi syahid di tiang salib::
Assalamualaikum wbt .. kali ni nak kongsikan kisah tentang sahabat Rasulullah yang bernama Khubaib bin Adi... bagaimana beliau syahid.. sangat menyeksakan.. sedih dan menggerikan .. masyaAllah.. tapi apapun.. sungguh kuat iman di dada.. tidak pernah goyah malah makin bertambah...
Pada tahun ke 3 hijriah , beberapa utusan dari kabilah Udal dan Qarah mendatangi Rasulullah saw...memberitahu bahawa mereka telah mendengar tentang islam...Untuk itu , mereka meminta Rasulullah agar mengirim utusan agar dapat mengajarkan islam kepada mereka....Maka Rasulullah pun mengutuskan 10 orang sahabat untuk memenuhi permintaan tersebut...Rasulullah menunjuk Ashim bin Tsabit sebagai amir ( ketua ) ...Namun di satu tempat diantara Usfan dan Makkah, kelompok kecil ini di hidu oleh sekitar 100 pemanah dari Bani Lihyan...Mengetahui hal tersebut, Ashim segera memerintahkan teman-temannya agar segera berlindung ke sebuah bukit kecil di sekitar daerah tersebut ....
Sebenarnya , Ashim dan kawan2 nya berhasil mengaburkan mata pasukan pemanah musyrik tersebut ..Namun Allah berkehendak lain...Biji-biji kurma yang mereka bawa sebagai bekal dari Madinah , tercicir sepanjang jalan, memberi petunjuk kepada musuh .... Akhirnya mereka (10 sahabat ) dikejar...
" Kami berjanji tidak akan membunuh seorang pun di antara kalian jika kalian menyerah "...teriak salah seorang musyrik yang mengepung mereka...lalu Ashim menjawab " Kami tidak akan menerima perlindungan orang kafir ..Ya Allah , sampaikan berita kami kepada nabiMu..."
Maka rombongan musyrik itu meyerang dan berhasil membunuh Ashim dan enam sahabat lain , hingga tinggallah Khubaib bin Adi , Zaid bin Datsinah dan seorang sahabat ...Orang2 musyrik itu kemudian menangkap dan mengikat ketiga mereka ..Namun sahabat yang tidak diketahui nama itu memberontak sambil berteriak " ini adalah pengkhianatan pertama !!!"... serunya sambil berusaha melawan ... akhirnya ..dia pun syahid ...
Selanjutnya Khubaib dan Zaid dibawa ke Makkah dan dijual sebagai budak ...Sementara itu , Bani Harits yang selama ini menyimpan dendam kesumat terhadap Khubaib kerana Khubaib lah yang membunuh arits bin Amir , seorang pemuka Makkah dalam perang Badar ... Maka Khubaib pun dibeli oleh mereka....
Maka jadilah Khubaib bulan-bulanan seluruh anggota Al-Harith ...setiap hari sahabat yang dikenali bersifat bersih , pemaaf , teguh keimanannya dan taat beribadah ini harus menerima seksaan ...Hingga satu hari , salah seorang puteri keluarga tersebut berteriak terkejut...memberitakan bahawa budak sekaligus tawanan mereka sedang santai dan tenang-tenang memakan buah anggur....Padahal buah tersebut bukan musim di Makkah ketika itu ... akhirnya , Khubaib diikat tangannya dengan rantai besi ...
Keluarga Al-Harits menakut-nakutkan Khubaib , bahawa saudara / sahabatnya , Zaid dibeli keluarga Makkah yang lain ...dia telah di bunuh dengan cara di tusuk tombak dari lubang dubur hingga tembus ke dadanya !!!! MasyaAllah , tak dapat di bayangkan.. jika ia benar ..Namun berita kejam ini ternyata tidak berhasil membuat hati Khubaib takut apalagi berpaling dari keimanannya..Sebaliknya , hal ini membuatkan dirinya lebih pasrah terhadap ketentuan Illahi ..Akhirnya keluarga Al-Harits pun berputus asa....Mereka memutuskan untuk segera membunuh Khubaib...
Namun sebelum di bunuh ,Khubaib memohon agar di bolehkan melakukan Solat terlebih dahulu ...Maka Khubaib mendirikan solat dua rakaat , Usai solat Khubaib menoleh kepada para algojo yang mengawasinya sambil berkata " seandainya , bukan kerana dikira takut mati , maka aku akan menambah jumlah rakaat solatku "...
Dan inilah solat sunnah pertama yang dilakukan seorang muslim ketika akan menghadapi kematian ..Kemudian Khubaib melantunkan sebuah syair...
Mati bagiku tidak menjadi masalah ,
Asalkan dalam redha dan rahmat Allah,
Dengan jalan apa pun kematian itu terjadi,
Asalkan kerinduan kepadaNya terpenuhi ,
Kuberserah kepadanya ,
Sesuai dengan takdir dan kehendak Nya...
Setelah itu , Khubaib pun disalib pada sebuah tiang..Lalu tanpa sedikit pun rasa belas kasihan ,pasukan pemanah menghujani dengan anak panah ...MasyaAllah kejam sekali..Dalam keadaan demikian , seorang pemuka Quraisy menghampirinya dan berkata , " sukakah engkau bila Muhammad menggantikanmu sementara kau sihat wal afiat bersama keluargamu ?..." lalu dijawab Khubaib .." Demi Allah !! , tidak sudi aku bersama anak isteri ku selamat menikmati kesenangan dunia , sementara Rasulullah terkena musibah walau oleh sepotong duri !!"...
"Demi Allah , belum pernah aku melihat manusia lain , seperti halnya sahabat-sahabat Muhammad terhadap Muhammad .." kata Abu Sufyan satu hari mengenai para sahabat Rasulullah ...
Maka tanpa ampun lagi , pedang algojo pun menghabisi Khubaib...Namun sebelum rohnya meninggalkan raga , Khubaib sempat berucap , " ya Allah , kami telah menyampaikan tugas dari mu Rasul Mu, maka mohon disampaikan pula kepadanya esok ...tindakan orang2 itu terhadap kami "...
Setelah itu , orang2 musyrik meninggalkan tubuh Khubaib dalam keadaan tetap tersalib di tiangnya ..Sentara burung2 nazar yang sejak tadi berputar menanti mangsanya , tiba2 juga meninggalkan nya...Rupanya Allah tidak redha hambaNya yang taat itu menjadi mangsa burung2 pemakan bangkai ...
Demikian pula doa yang dipanjatkan seorang hamba kepada sang pemilik dalam keadaan pasrahdan redha pada keteapanNya...begitu jelas sekali bahawa sang pencipta tidak rela menolaknya...Sebab itulah , Rasulullah tang ketika itu berada di Madinah secara mendadak mengutus Miqdad bin Amar dan Zubair bin Awwam untuk segera menyusul ke tempat Khubaib disalib..padahal ketika itu tak seorang pun orang Madinah yang mengetahui peristiwa kejam itu ....
Setiba di tempat yang dimaksud, Khubaib telah tiada.....Senyum kedamaian di wajahnya ..dengan menahan kedukaan yang mendalam , kedua utusan tadi kemudian melepaskan sang mujahid dari tiang salib kemudian membawa dan memakamkannya di satu tempat yang sehingga detik ini , tiada seorang pun yang mengetahuinya....
MasyaAllah , Subhanallah ..begitu perit sekali seksaan yang di hadapi Khubaib.. kerananya cintanya pada Allah dan Rasulnya... dia tetap pasrah dan redha... begitu kuat hati nya.. Subhanallah !!
Sunday, 6 November 2011
::10 sahabat yang dijamin syurga::
Assalamualaikum... alhamdulillah dengan kuasa Allah , Dia masih memberi kesempatan dan peluang untuk saya rajinkan jari ini create satu entry mengenai 10 sahabat yang dijamin syurga ^_^.... insyaAllah .. suka saya mulakan dengan sepotong ayat alQuran yang bermaksud :
"Dan orang-orang yeng terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik , Allah redha kepada mereka dengan mereka redha kepada Allah , Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..Mereka kekal didalamnya selama-lamanya..Itulah kemenangan yang agung"....(Qs At-Taubah:100)
Berikut ini adalah 10 orang sahabat yang dijamin masuk Syurga ( Asratul Kiraam )....
1) ABU BAKAR SIDDIQ R.A
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah saw..Selain itu Abu Bakar juga merupakan laki-laki pertama yang memeluk agama islam , pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah , bahkan juga dalam Al Quran ...
Surah At-Taubah ayat ke 40 :.." jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua , diwaktu dia berkata kepada temannya .." Janganlah berduka cita sesungguhnya Allah ada bersama kita ..." Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya , dan Allah menjadikan seruanorang-orang kafir itulah yang rendah ..Dan kalimat Allah itulah yang tinggi..Allah Maha perkasa lagi maha bijaksana " Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umurnya 63 tahun , dari beliau diriwayatkan 142 hadis...
2) UMAR BIN KHATAB R.A
Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar , dan termasuklah salah seorang yang sangat dikasihi Rasulullah semasa hidupnya..Sebelum memeluk islam , beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin..Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul ( tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah ) ..ia menjadi salah satu benteng islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraisy terhadap diri nabi dan sahabat..
Dizaman pemerintahannya , islam berkembang seluas-luasnya dari timur hingga ke barat , kerajaan Parsia dan Romawi timur dapat ditakluki dalam waktu hanya satu tahun ... Subhanallah..Beliau meninggal dalam umur 64 tahun kerana dibunuh , dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah di bekas rumah Aisyah yang sekarang terletak di dalam masjid nabawi di Madinah...
3)UTHMAN BIN AFFAN R.A
Khalifh ketiga setelah wafatnya Umar , pada pemerintahan nyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan , kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw...sehingga menjadi sebuah kitab suci sebagaimana yang kita dapati sekarang...Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88tahun) ...dan dikuburkan di Baqi....
4)ALI BIN ABI THALIB R.A
Merupakan khalifah keempat , beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi ..Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan .Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya... Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah , Irak sekarang ....
5) THALHAH BIN ABDULLAH R.A
Masuk islam dengan perantaraan Abu Bakar siddiq r.a, selalu aktif di setiap peperangan selain Perang Badar..Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah saw, sehingga terhindar dari mata pedang musuh , sehingga putus jari-jari beliau...Thalhah bin Abdullah gugur dalam perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Talib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah...
6) ZUBAIR BIN AWAAM
Memeluk islam juga kerana Abu Bakar assidiq r.a, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah dan mengikuti semua peperangan ...Beliau pun gugur dalam peperangan Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun ...
7) SA'AD BIN ABI WAQQAS
Mengikuti islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan , pernah ditawan musuh lalu ditebus Rasulullah dengan ke dua ibubapanya sendiri sewaktu perang Uhud...Meninggal dunia dalam usia 70 tahun ( ada yang meriwayatkan 82tahun) dan dikuburkan di Baqi'...
8) SA'ID BIN ZAID
Sudah islam sejaj kecilnya, megikuti semua peperangan kecuali Perang Badar...Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh Rasul untuk menjejaki gerakan musuh ( Quraisy ) .Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi'....
9) ABDULRRAHMAN BIN AUF
Memeluk islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar assidiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul..Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2kali..Meninggal pada umur 72 tahun ( ada yang meriwayatkan 75tahun) , dimakamkan di Baqi'...
10) ABU UBAIDILLAH BIN JARRAH
Masuk islam bersama Usman Bin Math'uun, turut berhijrah ke Habasyah pada kali ke dua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah saw...Meninggal pada tahun 18hijrah di Urdun ( syam ) kerana penyakit pes ...dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini sering diziarahi oleh kaum Muslimin....
~WALLAHUALAM~ ^_^
Saturday, 5 November 2011
::Pengorbanan Khabab bin Arats ::
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah ya Rabbialamin.... salam eidul adha :) pada tarikh ini , insyaAllah banyak sekali korban binatang di adakan di rumah2 kan.. huhu pasti meriah sekali , apa pun jangan kita lupa .. pengorbanan Nabi Ibrahim a.s ... mudahan dilanjutkan pada kita semua insyaAllah ..... kali ini , ana ingin kongsikan kisah tentang Khabab bin Arats .. di akhir kisah ini pasti antum akan tahu betapa peritnya ujian yang Allah turunkan pada nya.. masyaAllah ... itula pengorbanan Khabab , iaitu seorang yang pandai besi dan ahli dalam membuat alat-alat senjata, terutama pedang ..Senjata dan pedang buatannya dijual kepada penduduk Mekah dan dikirimkannya ke pasar-pasar ...
Sejak Khabab beriman kepada Allah dan Rasulnya ... dia pun mendapat kedudukan yang tinggi di antara orang-orang yang di aniya dan di seksa... Dia mendapat kedudukan di antara orang-orang yang miskin tidak berdaya , tetapi berani dan tegak menghadapi kesombongan , kemewahan dan kegilaan kaum Quraish...Dan dengan keberanian nya yang luar biasa , Khabab memikul tanggung jawab semuanya sebagai seorang perintis...
Sya'bi berkata " khabab menunjukkan ketabahannya , hingga tak sedikit pun hatinya terpengaruh oleh tindakan biadab orang-orang kafir ..Mereka menindihkan batu membara ke punggungnya , hingga terbakar dagingnya .." ..YaaAllah .. begitu seksa rasanya.. sekuat2 imannya ..dia masih boleh bertahan ..Kafir Quraisyh telah merubah semua besi yang terdapat di rumah Khabab yang dijadikannya sebagai bahan baku untuk membuat pedang , menjadi belenggu dan rantai besi...Lalu mereka masukkan besi2 ke dalam api hingga menyala dan merah membara , kemudian mereka lilitkan ke tubuh , pada kedua tangan dan kedua kaki Khabab...
Pernah satu hari Khabab pergi bersama kawan-kawannya sependeritaan menemui Rasulullah saw , bukan kerana kecewa dan kesal atas pengorbanan yang dilalui, malahan hanya kerana ingin dan mengharapkan keselamatan ....Mereka berkata " Wahai Rasulullah , tidakkah kamu hendak memintakan pertolongan kami ??.." Rasulullah hanya duduk , mukanya menjadi merah lalu bersabda " Dulu sebelum kalian , ada seorang laki-laki yang diseksa , tubuhnya dikubur kecuali lehernya ke atas..Lalu di ambil sebuah gergaji untuk menggergaji kepalanya... tetapi seksaan demikian itu tidak sedikit pun memalingkannya dari agama nya..Ada pula yang disikat antara daging dan tulang-tulangnya dengan sikat besi...juga tidak menggoyahkan keimanannya..Sungguh Allah akan menyempurnakan hal tersebut hingga setiap pengembara yang pergi dari Shana'a ke Hadralmaut , tiada tahut kecuali pada Azza wajalla.." MasyaAlllah... begitu ngeri dan seksa sekali ....
Khabab dan kawan2nya mendengarkan kata-kata itu , bertambahlah keimanan dan keteguhan hati mereka ..Dan masing-masing berikrar akan membuktikan kepada Allah dan Rasulnya hal yang diharapkan dari mereka , ialah ketabahan , kesabaran dan pengorbanan..Demikianlah , Khabab menanggung penderitaan dengan sabar , tabah dan tawakkal...Orang-orang Quraish terpakksa meminta bantuan Ummi Anmar , yakni bekas majikan Khababb yang telah membebaskannya dari perbudakan.. Wanita tersebut akhirnya turun tangan dan turut meyeksa dan menderanya....
Wanita itu mengambil besi panas yang menyala, lalu menaruhnya di atas kepala dan ubun-ubun Khabab..sementara Khabab menggeliat kesakitan..Tetapi nafasnya ditahan hingga tidak keluar keluhan yang akan menyebabkan algojo-algojo tersebut merasa puas hati.. Subahanalllahh .. begitu tabah sekali pengorbanan nya....
Pada suatu hari , Rasulullah lewat di hadapannya, sedang besi yang membara di atas kepalanya membakar dan menghanguskannya .. Hingga kalbu Rasulullah pun bagaikan terangkat kerana pilu dan hiba hati ...Rasulullah kemudian berdoa .." Ya Allah , limpahkanlah pertolongan Mu kepada Khabbab....Dan dengan kuasa Allah , selang beberapa hari , Ummi Anmar menerima hukuman qishas.... Seolah -olah hendak dijadikan peringatan oleh Yang Maha Kuasa baik bagi dirinya mahupun bagi algojo-algojo lainnya...mereka diserang oleh semacam penyakit panas yang aneh dan mengerikan ..Menurut keterangan ahli sejarah ia melolong seperti anjing...
Dan orang ramai mengatakan , ubat yang boleh menyembuhkannya ialah dengan menyeterika kepalanya dengan besi menyala....Demikianlah , kepalanya yang angkuh itu menjadi sasaran besi panas , yang diseterikakan orang kepadanya tiap pagi dan petang ....Jika orang2 Quraisy hendak mematahkan keimanan dengan menyeksa , maka orang-orang beriman mengatasi seksaan itu dengan pengorbanan...Dan Khabbab adalah salah seorang yang dipilih oleh takdir untuk menjadi guru besar dalam ilmu tebusan dan pengorbanan..Boleh dikatakan seluruh waktu dan masa digunakannya untuk agama ....
Dimasa-masa dakwah pertama, Khabbab tidak merasa cukup dengan hanya ibadah dan solat semata-mata ..tetapi ia juga memanfaatkan kemampuannya dalam mengajar...Didatangi rumahnya sahabat2 yang beriman dan menyembunyikan keislaman mereka takut kekejaman Quraisy...lalu dibacakan kepada mereka ayat2 Alquran dan diajarkannya...Ia mencapai kemahiran dalam belajar Al Quran yang diturunkan ayat demi ayat dan surat demi surat...
Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan mengenai dirnya , bahawa Rasulullah pernah bersabda "Barangsiapa ingin membaca Al Quran tepat sebagaimana diturunkan , hendaklah ia meniru bacaan ibnu Ummi Abdin ( Khabbab bin Arats )! .." Hingga Abdulullah bin Mas'ud menganggap Khabbab sebagai tempat bertanya mengenai soal-soal yang bersangkut paut dengan Al Quran , baik tentang hafalan mahupun pelajarannya ...Khabbab juga yang mengajarkan Alquran kepada Fatimah binti Khatabb dan suaminya Sa'id bin Zaid ketika mereka didatangi oleh Umar bin Khatab dengan pedang di pinggang untuk membuat perhitungan dengan agama islam dan Rasulullah saw...
Khabab menyertai Rasulullah dalam semua peperangan dan pertempurannya , dan selama hayatnya ia tetap membela keimanan dan keyakinannya. Dan ketika Baitul Mal melimpah ruah dengan harta kekayaan di masa pemerintahan Umar dan Uthman r.a....maka Khabab beroleh gaji yang besar , kerana termasuk dalam golongan Muhajirin yang pertama masuk islam...Penghasilannya yang cukup ini memungkinkannya untuk membangun sebuah rumah di Kufah , dan harta kekayaannya disimpan pada suatu tempat di rumah itu yang dikenal oleh sahabat2 dan tamu2 yang memerlukannya...Hingga bila di antara mereka ada sesuatu keperluan ia dapat mengambil wang yang diperlukannya dari tempat itu .....
Walaupun demikian , Khabab tidak pernah tidur nyenyak dan tidak pernah kering air matanya setiap kali teringat akan Rasulullah saw... dan para sahabatnya yang telah membaktikan hidupnya kepada Allah... Mereka beruntung telah menemuiNya sebelum pintu dunia dibukakan bagi kaum Muslimin dan sebelum harta kekayaan diserahkan ke tangan mereka ....Ketika para sahabat datang menjenguk Khabab ketika dia sakit , mereka berkata " Senangkanlah hati kamu wahai Abu Abdillah , kerana kamu akan menjumpai teman2 sejawat kamu"....
Khabab berkata sambil menangis " sungguh , aku tidak merasa kesal atau kecewa , tetapi kalian telah mengingatkanku kepada para sahabat dan sanak saudara yang telah pergi mendahului kita dengan membawa semua amal bakti mereka ....sebelum mereka mendapatkan ganjaran di dunia sedikit pun....Sedang kita masih tetap hidup beroleh kekayaan dunia . hingga tiada tempat untuk menyimpannya lagi kecuali tanah "....
Kemudian Khabbab menunjuk rumah sederhana yang telah di bangunkan itu .. lalu ditunjukkan pula tempat menaruh harta kekayaannya .." Demi Allah , tak pernah saya menutupnya walau dengan sehelai benang ..dan tak pernah saya menghalangi siapapun yang meminta" .. ujarnya ...Dan setelah itu ia menoleh kepada kain kafan yang telah disediakan orang untuknya..Maka ketika dilihatnya mewah dan berlebih-lebihan ...air matanya mengalir .." Lihatlah ini kain afanku ..Bukankah kain kafan Hamzah paman Rasulullah saw ketika gugur sebagai salah seorang shuhada....hanyalah burdah berwarna abu-abu..yang jika ditutupka ke kepalanya terbukalah kedua ujung kakinya ..Sebaliknya bila ditutup ke ujung kakinya , terbuka kepalanya ?"....
Khabbab wafat pada tahun 37 Hijriyah .. dengan demikian , si pembuat pedang di masa jahiliah telah tiada lagi .. Demikian halnya guru besar dalam pengabdian dan pengorbanan dalam islam telah berpulang......
WALLAHUA'LAM...begitulah kisah beliau yang penuh dengan pengorbanan .... Subhanallah .. hanya tuhan yang tahu betapa peritnya ujian yang di lalui nya ....mudahan ... Allah juga memberi peluang kepada kita semua untuk terus berada di jalannya walau apapu ujian yang datang INSYAALLAH...
Friday, 4 November 2011
::Kisah Mukmin sejati ::
Assalamualaikum .... kisah mukmin sejati ini adalah satu kisah dari zaman Sahabat dahulu ...Semasa pemerintahan Saidina Umar Al -Khatabb r.a .. terdapat seorang pemuda yang bernama Hassan .... Pada suatu hari , dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh..Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur....
Tidak lama kemudian , setelah sedar dari tidurnya dia dapati untanya tidak ada..Dia terburu-buru mencari untanya itu ..Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati ...Alangkah terkejutnya Hassan....
"Pakcik yang membunuhnya.." kata seorang tua yang berada di situ.." Tetapi bukan sengaja..Unta ini memakan tanaman pakcik , jadi pakcik lontar dengan batu kecil..Kena betul-betul di kepalanya..Tiba-tiba unta ini rebah lalu mati "... Hassan begitu bingung kerana terkejut dari tidurnya, tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang itu dan terpenggallah leher orang tua itu dari badannya ....
Hassan seakan-akan baru tersedar dari mimpi dan menyesal yang amat sangat ..lalu dia mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya ... Dua orang anak si mati itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga ...Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan ...Dengan dihadiri beberapa sahabat , pembicaraan pun dijalankan...
"Demi Allah , saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di akhirat..Tapi, wahai Amirul Mukminin , saya minta ditangguhkan hukuman itu beberapa hari kerana saya hendak pulang memberitahu keluarga saya tentang perkara ini...Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tidak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya"...
Saidina Umar tidak dapat memperkenankan kalau tiada penjamin...Walaupun Hassan merayu, tetapi Saidina Umar tetap bertegas...Akhirnya seorang sahabat bernama Abu Zar bangun dan berkata .." Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan , namun atas nama sahabat Rasulullah ,saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan ... Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman , maka biarlah saya yang dihukum " ... Dengan jaminan itu , maka Hassan pun dibenarkan pulang kekampungnya..Sesampai di rumah , Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata.." biarlah saya jalani hukuman di dunia ini dari hukuman di akhirat "...
Menangislah ibubapa dan anak isterinya...Tetapi Hassan tidak lemah semangat ...terus dipacukannya kuda menuju ke tempat pengadilan ...Dia lebih takut kepada Allah dan cintakan Akhirat lebih daripada anak isterinya...Dipertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus ... Hassan cemas , bagaimanapun dengan susah payah , Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya, tetapi sudah lewat .....
Dipadang tempat hukuman hendak dijatuhkan ..kerana kelewatan Hassan semua yang menanti sangat cemas ..kerana Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan ....Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari menuju ke tempat itu ..setelah yakin Hassan yang datang mereka bertempik " ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR !...Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu..Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang ...
Sebaik sahaja turun dari kudanya , Hassan mengadap tuan hakim dan berkata " Demi Allah , saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini...tali kuda saya putus ditengah padang pasir..puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya..Alhamdulillah saya dapat dan selamat tiba ke sini ,tuan hakim "..Kemudian katanya lagi " sebelum saya dibunuh , izinkan saya bersembahyang dua rakaat "..Saidina Umar pun membenarkannya dan dalam doa akhirnya Hassan berdoa " YaAllah , ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di akhirat "...
Selesai menyapu muka , Hassan mengadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh...Tetapi pada saat genting itu ..tiba-tiba kedua-dua beradik anak si mati mengadap tuan hakim dan berkata " Kami telah saksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar...Juga kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Allah ...Hasilnya , kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan ...lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman , wahai Amirul Mukminin..."
Mendengar itu , sekali lagi padang itu bergema dengan laungan "ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !...Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka daripada hukuman didunia dan di akhirat insyaALLAH....Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini ..iaitu ,
dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga bertemu kematian , kemudian Hassan yang lebih berani mengaku kesalahnnya dan menyerahkan diri untuk dibunuh , kemudia Abu Zar yang berjiwa sahabat dan sanggup mati kerananya..,Tuan hakim yang tegas dan adil ..Akhir sekali , dua beradik yang berhati mulia merela dan memaafkan pembunuh ayah mereka...
MASYAALLAH... dengan hati yang beriman dan kasih sayang , manusia pada zaman sahabat telah menempa satu sejarah yang agung ...dan dengan hati yang beriman , mereka telah berjaya mengangkat islam setinggi-tingginya sesuai dengan sifatnya ....sekarang Allah takdirkan kita untuk menentukan nasib dan maruah diri ..semoga kita menggunakan peluang ini sebaik-baiknya menuruti jejak langkah yang mulia lagi diredhai....ALLAHUAKBAR !
Tuesday, 1 November 2011
::Kisah Nabi Zulkifli yang Penyabar::
Assalamualaikum... Alhamdulillah syukur pada Allah ..dah masuk bulan 11 yeaa ~ kali ni nak kongsikan kisah tentang Nabi Zulkifli... Zulkifli A.s adalah salah seorang nabi Allah..dan dalam AlQuran ada disebutkan tentang baginda dalam dua petikan ayat yang bermaksud :
" Dan ingatlah kisah Ismail, Idris dan Zulkifli..Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar...Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat kami..Sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang soleh"..(Al-Anbiya :21, 85-86)...
"Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa', dan Zulkifli..Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik "..( SHAAD, 38 : 48 )
Baginda dikenali Ezekiel dalam kitab injil..yang telah dibawa ke Babylon selepas kemusnahan Jurusalem..Baginda dirantai dan dipenjarakan...Baginda menghadapi segala kepayahan dengan sabar dan mencela perbuatan mungkar Bani Israel...
Ibn Jarir telah meriwayatkan satu peristiwa yang memberi cahaya kepada hidup Nabi Zulkifli..Apabila ilyasa' a.s meningkat tua...dia ingin memberikan tugas untuk memimpin bangsa israel kepada yang sesuai..dan hanya orang yang dipertimbangkan olehnya iaitu orang yang berpuasa pada siang hari , mengingati Allah pada malam hari dan menahan dari sifat marah....Setelah mengumumkannya, salah seorang daripada mereka berdiri dan berkata ..."Aku akan patuhi pada syarat-syarat tersebut."...dan mengulanginya sebanyak tiga kali...dan lelaki itu berjanji dengan bersungguh-sungguh akan memenuhi syarat-syarat tersebut..Maka dia dilantik untuk membawa tugas tersebut....
Selepas beberapa lama, dia telah di beri ujian...Pada satu hari...syaitan dalam jelmaan lelaki tua mengetuk pintu rumahnya..Lelaki tua itu dibenarkan masuk dan membuat aduan tentang kekejaman orang ramai terhadap dirinya..Dia menyuruh lelaki tua itu datang semula pada waktu petang dan berjanji akan membetulkan kesilapantersebut...Lelaki tua itu berjanji tetapi tidak kembali semula pada waktu yang ditetapkan....Keesokan harinya lelaki tua itu datang lagi dan mengadu perkara yang sama...maka disuruh lelaki tersebut datang pada sebelah petang...Lelaki tua itu berjanji bersungguh-sungguh untuk datang pada sebelah petang ...tapi tetap memungkirinya...
Pada hari ketiga, lelaki tua itu datang semula mengetuk pintu rumahnya sekali lagi...Pada kali ini, pintu tidak lagi dibuka...Maka syaitan tersebut menyelinap masuk pintu biliknya dan menunjukkan diri nya yang sebenar pada lelaki itu...Dia sangat terkejut melihat jelmaan syaitan tersebut lalu menyoalnya...Lalu dia mendapati lelaki tua itu adalah syaitan yang cuba membuatnya marah namun syaitan itu gagal..Akhirnya lelaki tersebut dikenali sebagai ZULKIFLI kerana berjaya menunaikan janjinya dengan Nabi Ilyasa'.....Dia menahan marahnya walaupun dikacau oleh syaitan tadi..Tidak lama selepas itu dia diangkat sebagai nabi....
Baginda memerintahkan kaum israel untuk berperang dengan sesiapa yang melakukan kerosakan di bumi dan sesiapa yang menentang agama Allah..Para pengikutnya enggan menurut perintahnya kerana mereka takut mati..Sebagai balasan , kebanyakan mereka akhirnya ditimpa dengan malapetaka..Sejenis wabak telah menular dan menyebabkan kematian yang menyedihkan...Mereka lantas lari meninggalkan tempat tersebut untuk menyelamatkan diri ..Tiada siapa yang tinggal untuk mengebumikan mayat penduduk yang mati..Mayat-mayat membusuk dibawah sinaran cahaya matahari..Nabi Zulkifli keluar dari tempat persembunyian selepas tujuh hari..Baginda sangat sedih melihat keadaan yang dasyat yang dialami pengikutnya dan merayu...: "..Ya Allah, Engkau telah membinasakan pengikutku..Kasihanilah mereka dan kurniakanlah kehidupan baru pada mereka"...lalu Allah memakbulkan doa nabi, maka diberikan kembali kehidupan kepada mereka....Alhamdulillah...
Sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran...
:Setelah itu Kami bangkitkan kamu sesudah mati, supaya kamu bersyukur." (Al-Baqarah , 2: 56 )
Kemudian , Nabi Zulkifli a.s, meninggalkan pengikutnya dan berhijrah ke Babylon dan wafat di sana...Begitula kisah kesabaran seorang Nabi...dan sentiasa la bersyukur dengan nikmat Allah...berjihad lah di jalan nya walau seperit mana pun ujiannya... InsyaAllah...pasti ada hikmah nya..Allah itu maha pemurah dan mengasihani hamba-hamba nya...Subhanallah.. ^_^
Monday, 31 October 2011
::Kesetiaan dan pengorbanan Bilal bin Rabah::
Assalamualaikum... ^_^ alhamdulilllah pada Allahu Rabb kerana memberi kesempatan pada saya untuk kongsi satu lagi kisah ...iaitu tentang Bilal bin Rabah .. pasti semua pernah dengar namanya kan? ..sejak sekolah rendah lagi , ustazah2 pun ade cerita kan ..tapi sehingga sekarang mungkin kita belum mendapat penghayatan yang penuh ..begitu juga diri ni, lepas baca satu blog sahabat ... baru terasa bagaimana peritnya pengorbanan bilal bin Rabah ni .. begitu sedih sekali perjalanan hidup nya...
Bilal bin Rabah dilahirkan di daerah Al-Sarah yang terletak di pinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum Hijrah..Ayahnya bernama Rabah dan ibunya bernama Hamamah, seorang wanita berkulit hitam...kerna itulah Bilal selalu disebut dan diejek dengan gelaran Ibnus Sauda' yang bermaksud "Putera wanita hitam"...Ibu bapanya adalah hamba dan Bilal dilahirkan sebagai seorang hamba kepada keluarga Bani Abdul Dar..Kedua ibu bapanya dipaksa bekerja siang malam dan dilayan dengan kejam oleh majikannya..Mereka tidak diberi makan dan rehat yang cukup ..Pernah satu hari , abang kepada bilal menangis kerana terlalu lapar, lalu ibunya mengambil sekeping sisa roti dari rumah tuannya , namun bila ternampak oleh tuannya, ibu Bilal dipukul dan roti tersebut disentap dari tangan abangnya lalu dilemparkan kepada seekor anjing , pada majikannya..Bilal dan keluarganya lebih hina dan jijik dari seekor anjing...MasyaAllah..sungguh kejam layanan yang diberikan..
Setelah abangnya Sahib dan Bilal meningkat remaja , abangnya telah dijual sebagai hamba di yaman , namun abangnya bernasib baik , kerana dia telah dibeli oleh sepasang suami isteri yang kaya tapi tidak mempunyai anak , lalu dijadikan Sahib sebagai anak angkat mereka...Begitu pilu hati ibu yang terpaksa berpisah dengan anaknya Sahib...Akhirnya si ibu meninggal dunia akibat kerinduan yang teramat sangat pada anaknya Sahib....dan akibat sellau dipukul teruk oleh majikannya..Selepas ibunya meninggal , ayahnya pula meninggal dunia kerana sakit tenat....lihatlah bagaimana peritnya ujian pada keluarga mereka..
Setelah ayahnya meninggal dunia , bilal diserahkan pada tuan yang baru...iaitu Umaiyah Bin Khalaf..Walaupun Bilal seorang hamba yang kuat , rajin jujur dan amat mematuhi arahan tuannya..tetapi bila saja Umaiyah dapat tahu Bilal memeluk islam , dia mula menyeksa Bilal tanpa belas kasihan supaya bilal kembali semula pada agama asal mereka..Namun Bilal enggan tunduk dan patuh kemahuan tuannya itu kerana hatimya telah diserikan dengan bunga-bunga iman ..MasyaAllah..Dia berfirman pada Allah dan Rasulnya Muhammad.s.a.w ..Bagi dirnya dunia dan segala isinya sudah tidak bermakna lagi jika dibandingkan dengan nikmat islam dan manisnya iman yang dikecapi dalam hatinya ...
Pada mulanya , Bilal dipukul , kemudian di arak keliling Kota Mekah .. Selepas itu , Bilal di jemur di atas padang pasir yang panas dibawah terik matahari , dia diseksa dan tidak diberikan makan minum ... Ketika matahari berada tegak di atas kepala , bilal dipakaikan pula baju besi dan dan di jemur...YaAllah ..tak dapat bayangkan rasanya peritnya ... sungguh kuat hati bilal ...Tubuh bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu besar..Sudah berbagai bentuk penyeksaan dan taktik yang dilakukan oleh Umaiyah , namun keimanan bilal tidak pernah luntur malah lebih menghairankan Umaiyah keimanan bilal semakin bertambah .....
Bila Umaiyah memaksa bilal menyebut nama tuhan mereka al -Atta dan al -Uzza, bilal tetap dengan iman dan takwanya mempertahankan dan menyebut kalimah "ALLAH..ALLAH...ALLAH..AHAD..AHAD..AHAD.." berita penyeksaan yang begitu kejam itu akhirnya sampai kepada pengetahuan Abu Bakar Assidiq , lalu Abu Bakar pun pergilah menemui Umaiyah untuk membeli dan menebus Bilal tanpa tawar menawar dengan harga 9 uqiyah emas....Umaiyah berkata , jika Abu Bakar meminta untuk dikurangkan harga bilal kepada 1 uqiyah emas pun dia sanggup menjualnya...lalu Abu Bakar berkata lagi ...jika Umaiyah meletakkan harga bilal sehingga 100 uqiyah emas pun dia sanggup membelinya.... Abu Bakar pun mengambil Bilal lalu memerdekakannya ..Bagi Abu Bakar ,bilal adalah seorang manusia hebat dan kukuh imannya....Bila kisah ini diceritakan pada Rasulullah ..maka Rasulullah pun terus menyampaikan hasratnya untuk berkongsi wang tebusan bilal tetapi Abu Bakar mengatakan bahawa dia telah menyelesaikan bayaran itu dengan wangnya sendiri...Inilah kisah pengorbanan yang sangat hebat sekali.. !! masyaAllah ..
Dari seorang hamba abdi , Bilal diangkat darjatnya disisi Allah berkat kesabaran dan kegigihannya mempertahankan kalimah Allah ... kalimah iman yang sangat disayanginya..Dia dilantik menjadi tukang azan Rasulullah s.a.w sehingga laungan azannya bergema 5kali sehari di seluruh penjuru Kota Mekah dan Madinah malah melepasi langit ke 7 lalu bergema di Arasyh Rabbul... SUBHANALLAH...Seluruh para malaikat dilangit menanti-nantikan suara Bilal melaungkan azan setiap hari ...
Bilal menyertai semua peperangan di jalan Allah pada zaman Rasulullah ..Kewafatan Nabi memberikan kesan yang cukup mendalam bagi bilal, betapa sayangnya bilal pada Rasululllah..tak dapat bayangkan dan digambarkan dengan kata-kata...Sehinggakan bilal tidak mampu lagi melaungkan azan , kerana bila tiba pada perkataan Muhammad , hatinya terus sebak dan air matanya terus mengalir...sangat sedih...Selepas itu bilal tidak mahu lagi menjadi bilal walaupun puas dipujuk oleh sahabat lain...bukann dia tidak mahu...tapi tidak mampu....Pada zaman Khalifah Umar, bilal memohon untuk menyertai angkatan perang islam menetang tentera Rom lalu diizinkan Saidina Umar..Kesempatan itu digunakan oleh bilal secukupnya, beliau telah membawa isterinya bersama-sama berperang sehingga menakluki Baitulmaqdis..Namun apa yang diharapkan bilal tidak dimakbulkan Tuhan lagi ....Dia berpindah dari Mekah ke Madinah dan orang ramai sentiasa memujuk dan menyuruhnya menjadi tukang azan, namun beliau menolak dengan baik walaupun dipujuk oleh Saidinan Umar dan Ali..dia masih menolak...
Kata Saidina Umar..."Bilal, adakah kamu seorang saja yang merasa sedih dengan kehilangan Rasulullah ? Air mata saya juga sudah kering kerana menangis..Jika boleh , saya mahu serahkan nyawa saya ini sebagai gantinya "....lalu bilal menjawab "..Wahai Amirul Mukminin , kesedihan saya melebihi kesedihan tuan ...Tuan lahir sebagai seorang yang merdeka..Berbanding saya seorang hamba..Tuan tidak pernah merasai bagaimana gembiranya seorang hamba apabila dimerdekakan..Sesungguhnya Rasulullah membebaskan kami dari perhambaan.Dia memuliakan saya ketika orang lain menghina saya..Kemudian Rasulullah s.a.w.. melantik saya sebagai tukang azan..Rasulullah juga pernah mengatakan terdengar hentakan sepatu saya didalam syurga"...kata bilal dengan nada yang begitu sedih dan hiba...
Selepas itu Bilal berpindah ke Syam...penduduk Syam juga meminta beliau menjadi tukang azan tetapi beliau menolak ...lalu mereka pun memulaukan bilal...Akhirnya bilal membawa isterinya berpindah ke Damsyik ...setelah penduduk Syam memarahinya...Bilal akhirnya wafat pada tahun 20 hijrah /641 Masehi di Damsyik dan dikebumikan di Damsyik ketika berumur 63 tahun...
Begitula ,betapa kuat nya pengorbanan Bilal...sangat menyedihkan....Mudahan sebagaimana kuat dan tebalnya iman dan cinta bilal pada Allah dan Rasulnya ... begitu juga lah kita nanti insyaALLAH....
Sunday, 30 October 2011
::Kisah Nabi Idris melihat syurga dan neraka::
Assalamualaikum ... syukur alhamdulillah sehingga hari ini Allah masih lagi memberi nikmat kesihatan dan waktu lapang untuk diri ini menulis satu lagi tajuk ..memang banyak sangat masa lapang cuti ni .hehe :). insyaAllah disinilah sedikit masa lapang saya..^_^ ... InsyaAllah ..tajuk kali ni mengenai kisah " Nabi Idris a.s melihat syurga dan neraka "...pastinya bila dengar je tentang neraka , ada yang menangis, takut dan bimbang sekali .... kerana sungguh dahsyat keadaan di dalam nya...bagaimana dengan syurga ??... inilah seindah-indah kediaman bagi orang-orang yang taat pada perintahNya.. dan hanya Allah yang berhak menentukan semuanya.. INSYAALLAH.....
Saya mulakan kisah ini dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang ..Bismillahirahmanirahim.. ..
Setiap hari Malaikat Izrael dan Nabi Idris beribadah bersama-sama...Pada satu ketika ..Nabi Idris membuat satu permintaan pada Malaikat .." Boleh kah kamu bawa saya untuk melihat syurga dan neraka?.."
Kata malaikat Izrael.." wahai nabi Allah , sungguh aneh permintaanmu .."...lalu Malaikat memohon izin pada Allah dan setelah itu , dibawanya Nabi Idris ke tempat yang ingin dilihatnya ....iaitu syurga dan neraka...
Malaikat Izrael bertanya .." ya nabi Allah , mengapa kamu ingin melihat neraka ??..bahkan para Malaikat pun takut untuk melihatnya .."....lalu Nabi Idris menjawab .."Terus terang , saya amat takut akan azab Allah itu , tapi mudah-mudahan iman saya menjadi tebal setelah melihatnya ..." baginda menjelaskan alasannya...
Sewaktu mereka sampai hampir ke neraka , Nabi Idris langsung pengsan ....Penjaga neraka adalah Malaikat yang sangat menakutkan ....Ia menyeret dan menyeksa manusia-manusia yang derhaka pada Allah semasa hidupnya .. MasyaAllah ..Nabi Idris tidak sanggup menyaksikan berbagai seksaan yang mengerikan itu ... Api neraka yang berkobar dasyatnya..bunyinya yang bergemuruh menakutkan ..tak ada permandangan yang mengerikan dibandingkan di neraka yang dilihatnya .... ( MasyaAllah .. tak dapat bayangkan rasanya..)
Dengan tubuh yang lemas , Nabi Idris meninggalkan tempat yang sangat mengerikan itu ...Kemudian Izrael membawa Nabi Idris ke satu tempat yang sangat indah iaitu Syurga..." Assalamualaikum.." Kata Izrael pada Malaikat Ridhwan , Malaikat penjaga pintu syurga yang rupanya sangat tampan...Wajah Malaikat Ridhwan selalu berseri-seri dan dihiasi dengan senyuman yang ramah....Siapapun akan senang melihatnya....Sikapnya yang sopan , dengan lemah lembut dia mempersilakan para penghuni syurga memasuki tempat yang mulia itu...
Ketika melihat isi syurga , Nabi Idris kembali nyaris pengsan kerana terpegun dan terpesona ...Semua yang ada di dalamnya begitu indah dan menakjubkan...Nabi Idris terpukau tanpa bisa berkata apa-apa melihat pemandangan indah di depannya...MasyaALLAH, tidak dapat bayangkan rasanya keindahannya....sambil mulutnya menyebut.." SUBHANALLAH, SUBHANALLAH, SUBHANALLAH..."...ucap Nabi Idris berulang-ulang....
Nabi Idris melihat sungai-sungai yang airnya bening seperti kaca...Dipinggir sungai terdapat pohon-pohon yang batangnya terbuat daripada emas dan perak....Ada juga istana-istana pualam bagi penghuni syurga...Pohon-pohon buahan ada di setiap penjuru...Buahnya segar , ranum dan harum...Subhanallah ..Sewaktu bersiar-siar di sana, Nabi Idris diiringi pelayan syurga..Mereka adalah para bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang tampan wajahnya...Mereka bertingkah laku dan berbicara dengan sopan ....
Nabi Idris ketika itu mahu meminum air sungai syurga.." Bolehkah saya meminumnya..?.Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali..." lalu Izrael menjawab.." silakan minum , inilah minuman untuk penghuni syurga..." .Pelayan syurga datang membawakan gelas minuman berupa piala yang terbuat dari emas dan perak...Nabi Idris pun meminum air itu dengan begitu nikmat sekali....Dia amat bersyukur dapat menikmati air itu yang begitu segar dan luar biasa enaknya....Tidak pernah terbayangkan olehnya ada minuman selazat itu..." ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH..".berulang-ulang diucapnya...
Setelah puas hati melihat keadaan syurga, tibalah waktunya Nabi Idris pergi untuk kembali ke bumi ...Tapi dia tidak mahu kembali ke bumi..hatinya sudah terpikat pada keindahan dan kenikmatan syurga Allah...
"Saya tidak mahu keluar dari tempat ini...saya ingin beribadah pada Allah sampai hari kiamat nanti ." kata Nabi Idris...lalu Izrael menjawab " Tuan boleh tinggal disini setelah kiamat nanti, setelah semua amal dihisab oleh Allah , baru tuan boleh menghuni di syurga bersama para Nabi dan orang yang beriman lainnya..."..
"Tapi Allah itu maha pengasih, terutama kepada NabiNya..Akhirnya Allah mengurniakan sebuah tempat yang mulia di langit...dan Nabi Idris menjadi satu-satunya Nabi yang menghuni syurga tanpa mengalami kematian..Waktu di angkat ke tempat itu, usianya 82 tahun...
FIRMAN ALLAH...
"Dan ceritakanlah Idris didalam Alquran. Sesungguhnya ia adalah ornag yang sangat membenarkan dan seorang nabi., dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi..."(QS Al-anbiya' : 85-86 )
Pada saat Nabi Muhammad sedang melakukan perjalanan ke Isra' Mikraj ke langit ...bagunda bertemu dengan Nabi Idris..." Siapakah orang ini ?" tanya Rasulullah pada malaikat Jibril yang mendampinginya waktu itu ...." inillah Idris.." jawab Jibril..Nabi Muhammad mendapat penjelasan Allah tentang Idris dalam Al-Quran Surah Al-Anbiya' ayat 85 dan 86 , serta Surah Maryam ayat 56 dan 57...
...........................
"..Wahai Tuahan ku tak layak ke syurga Mu..namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu..ampunkan dosaku ..terimalah taubat ku..sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar...Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai...Dengan rahmat Mu ampunkan daku oh tuhanku ..Wahai Tuhan , selamatkan kami ini...dari segala kejahatan dan kecekalaan ..kami takut ,kami harap kepada Mu suburkanlah cinta kami kepada Mu...Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu YAALLAH....".....ia bukanlah sekadar lirik . lihatlah betapa kerdil nya rasa menjadi hamba Allah yang terlalu banyak dosa... mudahan Allah mengurniakan hidayah dan petunjuk kepada kita insyAllah..aminn..
Friday, 28 October 2011
:: Zikir ::
Assalamualaikum w.b.t ... tajuk kali ni mengenai "zikir"... apa yang antum tahu tentang zikir?? .. mesti pelbagai pendapat dan maksud yang ada dalam kepala masing2 kann ?? .... ^_^ ... Zikir ni adalah berasal dari perkataan arab 'zikr'....yang membawa maksud peringatan... secara istilah nya .. Zikir ni ialah mengingati Allah ...Adakalanya kita tahu , tapi tidak mengamalkannya , adakalanya kita tahu dan kita amalkannya , tapi tidak tahu apa kelebihannya... Allah menyediakan bagi hamba Nya , ganjaran bagi setiap yang dikerjakan oleh hambaNya...Alllah itu pemurah...sebenarnya banyak kelebihan -kelebihan berzikir yang dijanjikan Allah .... InsyaAllah saya akan kongsikan kelebihan berzikir melalui firman Allah dan hadis-hadis Rasulullah ...
1. Dari Abu Said berkata bahawa Rasulullah s.a.w membaca hadis Qudsi : Allah berfirman : barangsiapa yang menyibukkan dirinya dengan Al-Quran dari mengingatiku ( dan berdoa kepadaku ) Aku memberinya lebih baik daripada apa yang diberikan kepada seorang yang berdoa , ketinggian perkataanku ( Al-Quran ). keatas semua perkataan -perkataan lain adalah seperti ketinggian Allah (pencipta) ke atas semua ciptaan Nya..(HR Tirmizi )....
2.Dari Abu Zar Al-Ghifari meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : Tiada sesuatu pun yang lebih mendekatkan diri pada Allah , kecuali dari perkataan yang asal yang keluarnya daripada Allah , yakni Al-Quran ( HR Mustadrak Hakim )
Membaca Al-Quran juga adalah zikir , setiap perkataan yang di baca pasti mengingatkan kita pada yang Esa ... walhal membaca doa-doa harian seperti doa makan, masuk / keluar tandas , naik kenderaan dan lain-lain .... itu juga dikira zikir... setiap yang di ucap mengingatkan kita pada Allah kan?.. perasaan Allah itu sentiasa ada di sisi kita , memberi perlindungan pada kita bila baca ayat2 Nya... insyaAllah menjadi amalan kita nanti yea...^_^
Banyak zikir-zikir yang ringkas dan sangat ringan di lidah yang masih belum basah dimulut kita kan? .. walhal kita tahu ayat2 nya ... sebenarnya ia sangat ringan di lidah dan mudah disebut , tetapi ganjaran dan timbangannya sangat berat disisi Allah .... SUBHANALLAH ...
3."Ada kalimah yang ringan ( diucapkan ) oleh lisan tetapi berat dalam timbangan disisi Allah : SUBHANALLAH WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL AZIM "....
4.Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda :" Siapa yang membaca seratus ayat (dari AlQuran ) pada suatu malam ,maka akan dicatat pahalanya seperti pahala sembahyang semalam"...(Riwayat Ahmad dari Tamin r.a)
5."SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH WALLAHUAKHBAR., (adalah kalimah yang dengan membacanya ) akan ditanam bagimu sebatang pohon didalam syurga ..."( shahih Ibnu Majah )...MasyaAllah ... begitu besar ganjarannya..
Tanam pokok dan binalah rumah di syurga ... bahan-bahan binaannya ?? .. zikirlah bahan binaannya ... jika diperbanyakkan zikirnya , makin suburlah tanaman kita di syurga kelak ....insyAllah..Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan daripada Hakin al-Ahmasi : "Aku mendengar bahawa syurga dibangunkan dengan zikir....Apabila zikir itu terhenti maka terhenti jugalah malaikat yang bekerja membangunkannya..Apabila ditanyakan " Mengapa kamu berhenti bekerja ??? "...mereka menjawab"...Kami sedang menunggu bahan-bahannya "..
Mudah-mudahan Allah sentiasa meringankan lidah kita untuk berzikir dan menyebut nama-nama Allah ,agar semakin subur menghijau indah kediaman kita di syurga kelak... InsyaAllah ....aminnn
6.Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda : Barangsiapa banyak berzikir kepada Allah, sesungguhnya dia akan terhindar dari sifat munafik ( HR Tabrani , Jami' Saghir )
7. Dari Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi bersabda : Perumpamaan bagi orang yang sentiasa mengingati Allah dan orang yang tidak mengingati Allah ialah seumpama orang yang hidup dan orang yang mati ..Dalam hadis yang lain diriwayatkan bahawa :Perumpamaan rumah yang disebut nama Allah didalamnya dan rumah yang tidak disebut nama Allah didalamnyaadalah seumpama orang yang hidup dan orang yang mati ...( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)....
Hidupkanlah rumah kita dengan nama-nama Allah... cahayakannya dengan kalimah Allah ..tenang rasanya apabila hati sentiasa dekat denganNya.... ^_^.....Saya andaikan seorang mat motor , nak naik motor dia .......( baru beli ) ,tapi tak ada tayar belakang ( pelik baru beli xde tayar ..hehe ).. tak ada lampu depan belakang ... rasanya dia boleh bawa tak motor tu ??? ... hehe .. memang tak la kann.. macam tu juga lah di ibaratkan zikir sebagai tayar belakang , dan lampu motor tu sebagai ilmu ....pentingnya mengingati Allah dan mencari ilmu Allah .... ^_^ ...
Saya akhiri dengan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Allah akan berfirman pada hari kiamat dikalangan orang-orang yang berkumpul ,nanti akan mengetahui siapakah yang paling mulia .....Ditanyakan : Wahai Rasulullah , siapakah orang-orang yang paling mulia itu ?...Baginda menjawab : Mereka itu yang sentiasa berkumpul di masjid-masjid untuk berzikir kepada Allah ..(HR Musnad Ahmad , Abu Ya'la , Majma uz Zawaaid ).....
Thursday, 27 October 2011
::Cinta Zulaikha dan Yusuf::
Sebelum mengenali Yusuf , Zulaikha merupakan isteri kepada Al - Aziz , seorang pembesar Mesir ... Zulaikha seorang yang cantik , baik ,berbudi pekerti ....namun dia tidak mempunyai anak ....Satu hari suaminya , mendapatkan seorang budak yang dibelinya dari seorang saudagar yang menemukan budak itu di dalam sebuah perigi ...Zulaikha terpandang sahaja budak itu , beliau sangat terkejut dan gembira .. kerana..pernah suatu ketika dahulu sebelum menikah dengan Al-Aziz , dia bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang tampan ..dan wajah lelaki itu sama dengan budak yang dibawa pulang suaminya ....iaitu Yusuf...Hidup mereka bahagia dengan kehadiran anak angkat mereka Yusuf ...
Yusuf membesar dengan wajah yang tampan , bertubuh sasa dan berbudi pekerti ... Bertambah-tambah rasa kasih Zulaikha pada Yusuf bukan setakat sebagai ibu angkat malahan bertukar menjadi CINTA ... Satu malam Zulaikha mengenakannya pakaian yang indah dan menawan bertujuan untuk memikat hati Yusuf ...waktu itu , suaminya tiada dirumah kerana ada urusan rasmi di luar...Zulaikha menuju ke bilik Yusuf ... namun Yusuf berkali-kali menolak pelawaan Zulaikha dengan mengingatkan tentang dosa .... " Sungguh cantik mata kamu " ..kata Zulaikha pada lelaki tampan itu .... lalu dijawab Yusuf.." mataku ini akan pertama terkeluar setelah badanku dimamah tanah "...Maka terjadilah peristiwa yang didalam ada menceritakan ...Yusuf berlari dan Zulaikha menyentap baju Yusuf dengan kuat dan terkoyak ...Tiba-tiba ...suaminya ,Al-Azizi pulang dan terlihat apa yang sudah terjadi ....Memang Zulaikha didapati bersalah tetapi suaminya meminta perkara itu di rahsiakan ....
Tetapi , kejadian itu tersebar luas di bumi Mesir sehingga para wanita sibuk menceritakan hal itu ...Zulaikha berasa marah lalu menjemput ramai kaum wanita ke kediaman mereka dan menjamu mereka ...Ketika itulah Yusuf disuruh keluar, dan terpandang sahaja wajah Yusuf...sehinggakan mereka (kaum wanita itu) tidak terasa memotong jari jemari sendiri melihat ketampanan si Yusuf ....Namun Yusuf enggan menyahut seruan Zulaikha ....lalu Zulaikha meminta suaminya memenjarakan Yusuf...Sebenarnya Zulaikha sedih dan berduka cita setelah Yusuf dipenjarakan kerana rasacintanya terhadap Yusuf begitu mendalam ...Menangislah Zulaikha sepanjang Yusuf dipenjarakan ....
Diringkaskan cerita... setelah lama masa berlalu .. Yusuf dilantik menjadi raja Mesir kerana kebijaksanaannya menguruskan masalah ekonomi negara itu ..dan beliau juga dilantik sebagai seorang Rasul ...waktu itu ...Zulaikha menjadi seorang wanita tua, buta dan ada riwayat mengatakan beliau telah hilang fikiran...Ada juga syair yang menulis Zulaikha sentiasa mengharapkan walaupun debu-debu beterbangan dari Yusuf singgah padanya ...dan sentiasa menyebut-nyebut nama Yusuf ...Nabi Yusuf tidak mengenalinya dan merasa malu kerana namanya disebut-sebut begitu...Tapi, malaikat Jibril memberitahu, dia sendiri menyintai wanita itu kerana dalam diri wanita itu terdapat cinta yang amat besar kepada Nabi yang dicintai Jibril ...Kerana cinta Zulaikha yang agung itu malaikat juga mengasihi Zulaikha...Dengan mukjizat Nabi Yusuf , Zulaikha menjadi muda kembali dan baginda mengahwini Zulaikhaa ^_^.....
Sangat syahdu kisah mereka kan.. serba ringkas saya ceritakan , mungkin antum semua boleh baca dari sumber lain dengan lebih detail lagi...^_^ ...
Carilah kebahagian sehingga kehujung nyawa sekalipun . , lihat lah Zulaikha ....sehingga tua sekalipun dia masih mengharapkan cintanya Yusuf...bermacam dugaan dilalui .....apa pun .. insyaAllah ...ambillah yang manis dari kisah ini yeaa !! ..^_^......
Subscribe to:
Posts (Atom)