Thursday, 10 November 2011

::Hatib Ibnu Balta'ah r.a mengkhianati Rasulullah saw::


Assalamualaikum ... kali ni nak kongsikan mengenai seorang sahabat Rasulullah iaitu Hatib Ibnu Balta'ah ra...di Mekah beliau tidak mempunyai kedudukan yang tinggi kerana dia bukanlah dari keluarga bangsawan , juga bukan dari keluarga pembesar , bukan hartawan dan pedagang ... Tujuan hidupnya yang utama adalah mencintai Allah dan RasulNya ...beliau telah diberi kemulian dan kehormatan ,antaranya Rasulullah telah mengutus ia agar datang kepada Al-Muqauqis , seorang pembesar suku Qibti di Mesir untuk menyampaikan surat Rasulullah yang isinya menyeru pada Al-Muqaiqis ke dalam Islam ....

Setelah Al-Muqauqis membaca surat baginda tersebut dengan cermat , dia memandang Hatib dan bertanya " Bukankah sahabatmu itu seorang nabi ?.." jawab Hatib " benar , baginda adalah utusan Allah "....mendengar jawapan Hatib , Al- Muqauqis mengirimkan beberapa hadiah kepada Rasulullah di antara hadiah itu seorang hamba wanita yang bernama Mariyah Al-Qibtiyah ...

.Hatib adalah seorang penduduk Yaman , dan sahabat Zubair bin Awwam .. ketika dia berhijrah ke Madinah , beliau telah meninggalkan anak dan saudaranya ..dia juga merupakan seorang penunggang kuda yang berani dan penyair yang ulung .. Beliau memeluk islam ketika masih muda belia ...Hatib sangat tekun mempelajari syariat dan ajaran islam ...Selain itu , dalam perang Badar beliau juga turut bergabung dalam jihad fisabilillah dan turut bersama Rasulullah saw ke Al-Hudaibiyah dan menyaksikan " Baiatur Ridwan ".

Jadi apakah di sebalik kisah yang dikatakan Hatib mengkhianti Rasulullah ??? .. kisahnya , pada tahun 8hijrah ketika Rasulullah sedang sibuk mempersiapkan penaklukan kota Makkah sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah , ketika itu fikiran Hatib gundah gulana ( serabut ) ... dia sedih memikirkan anak-anaknya dan keluarganya yang tidak aman daripada penganiyaan kaum Quraisy , kerana di Mekkah mereka tidak mempunyai pelindung yang melindungi dan menjaga mereka daripada musuh-musuh Islam ... Bisikan syaitan selalu menggoda fikirannya hingga Hatib merasa kalut ... dan fikirannya buntu ...Maka dia memutuskan akan mendekati kaum musyrikin Quraisy dengan memberitahu pada mereka mengenai rahsia-rahsia kekuatan senjata yang telah dipersiapkan oleh Rasulullah untuk penaklukan atas kota Makkah ....

Tidak pernah terfikir olehnya , bahawa perbuatan itu merupakan pengkhiantan terhadap Allah dan RasulNya ...dan rahsia tentera adalah amanat yang ada dibahu para parajurit ..Bila salah satu rahsia dibocorkan , maka perajurit tersebut akan mendapat amarah daripada Allah , malaikat Nya dan semua kaum muslimin .. kerana membocorkan rahsia kekuatan laskar yang akan menghadapkan pasukannya pada bahaya dan kebinasaan ... 

Cahaya iman telah padam di hatinya ....Maka dengan tangan yang gementar beliau mulai menulis surat kepada pembesar2 Quraisy .... membuka rahsia laskar islam yang mempersiapkan secara matang oleh Rasulullah ke Makkah , agar mereka mempunyai gambaran atas keadaan kaum muslimin Madinah.......Surat itu diserahkan kepada seorang wanita .... dia menyuruh wanita itu merahsiakan surat itu di sanggul rambutnya sehingga jika ada orang yang menghadang kenderaannya , maka surat itu tidak diketahui .... Hatib berjanji akan memberi hadiah bila surat itu sampai di tangan pembesar Quraisy .....

Baru saja wanita tersebut meninggalkan Madinah , malaikat Jibril segera memberitahu Rasulullah tentang apa yang telah dilakukan Hatib .. Maka Rasulullah cepat2 memanggil Ali dan Zubair ....Baginda berkata " kejarlah wanita itu , dia memberitahu surat Hatib untuk pembesar Quraisy  yang isinya menerangkan tentang persiapan yang telah kita himpun dalam menaklukan mereka ".....Ali dan Zubair bergegas keluar mencari wanita itu ... dan menemukan wanita itu di daera Raudhah Khah , 7 batu dari Madinah .....Ketika Ali menyuruh wanita itu supaya mengeluarkan surat itu ... wanita itu tidak mengaku ...maka Ali memeriksa kenderaannya tapi tidak menemukan surat itu ....

Akhirnya Ali  dengan marah berkata " aku bersumpah dengan nama Allah bahawa  Rasulullah tidak pernah berdusta .. sekarang kamu harus pilih apakah kamu mahu menyerahkan surat itu kepadaku atau aku harus menelanjangi kamu !!!!! "....setelah Ali berkasar dan memberi dua pilihan . akhirnya wanita itu berkata " berpalinglah " .. setelah itu Ali membalikkan badan kemudian wanita itu membuka ikatan rambutnya dan mengeluarkan surat darinya lalu menyerahkan kepada Ali .......

Ali dan Zubair segera kembali kepada Rasulullah dengan membawa surat Hatib..Rasulullah menghadirkan Hatib dan bertanya " wahai Hatib, apa yang mendorong kamu berbuat demikian ? " maka Hatib menjawab " wahai Rasulullah , janganlah tergesa-gesa menghukum diriku ... semua itu kulakukan kerana aku bukan dari golongan Quraisy ...di Makkah aku masih mempunyai sanak saudara .. maka aku ingin kaum Quraisy menjaga keluargaku di Makkah .dan sungguh itu aku lakukan bukan kerana aku telah murtad dari islam dan bukan pula aku rela kekufuran sesudah iman "....Rasulullah memandang semua sahabat yang hadir dengan wajah bersinar dan baginda berkata kepada mereka " bagaimana pun juga , ia telah berkata jujur "...suasana majlis menjadi hening sejenak ... tiba-tiba Umar berkata " wahai Rasulullah , izinkan aku memenggal leher orang munafik ini "....

Umar berpandangan bahawa membocorkan rahsia laskar islam merupakan pengkhianatan terhadap Allah dan Rasulnya .maka balasannya adalah harus dibunuh ... orang yang mengadakan hubungan dengan musuh maka balasanya adalah dijatuhi hukuman mati ..sementara itu Rasulullah telah memaafkan Hatib kerana ia telah mengakui dosanya  dan baginda mengingat perjuangan Hatib dimasa lalu kerana dia berjuang di medan perang Badar ...sehingga banyak pasukan musyrikin mati di bawah tebasan pedangnya ...

Atas dasar itu , maka baginda memandang Umar dan berkata "wahai Umar bagaimana pendapatmu , jika Allah telah memberi kelonggaran pada pejuang Badar ?? " Allah berfirman dalam Al Quran surah Al Mumtahanah ayat 1 yang bermaksud .... hai orang2 beriman , janganlah kamu menjadikan musuh Ku dan musuhmu sebagai teman setia (sehingga ) kamu menyampai kan kepada mereka (berita2 ) Muhammad , dikeranakan kasih sayang padahal sesungguhnya mereka ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu , mereka mengusir Rasulullah dan mengusir kamu kerana kamu beriman kepada Allah ...Jika kamu benar2 keluar untuk berjihad dijalan Ku , kamu memberitahu secara rahsia berita2 Muhammad kepada mereka ...kerana kasih sayang ..Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan ..barangsiapa di antara kamu yang melakukan , maka sesungguhnya ia telah tersesat dari jalan yang lurus "..

Hal lain yang menguatkan diterimanya taubat Hatib , pada suatu hari salah seorang pelayan Hatib datang kepada Rasulullah untuk mengadukan perlakuan Hatib kepadanya ..kemudian pelayan itu berkata " wahai Rasulullah , kelak sungguh Hatib akan masuk neraka ".. tetapi Rasulullah berkata " tidak , kerana dia mengikut berperang pada peristiwa Badar dan juga ikut dalam perjanjian Hudaibiyah ".....

Sejak saat itu , Hatib menangis menyesali perbuatannya ..siang dan malam dilakukan dengan selalu memohon ampunan kepada Allah atas kesesatannya hingga ia meninggal dunia pada usia 53 tahun tepatnya pada tahun 30 H.. iaitu pada masa pemerintahan Usman Ibn Affan .. ia menghadapi kematian dengan jiwa yang redha kerana dia tahu bahawa Rasulullah telah memaafkannya meskipun ia telah mengkhianati hak Allah , Rasulullah dan kaum mukminin .....Wallahuallam ..








No comments:

Post a Comment