Assalamualaikum
entry yang diberi tajuk "sahabat" sebenarnya
dituju khas buat semua sahabat
tak kira dekat , jauh , dari kecil sehingga sekarang
sama ada yang baru kenal tak kiralah dimana2 saja
memang tak dapat dinafikan
mengenali kalian semua adalah anugerah yang sangat
berharga oleh-NYA
Alhamdulillah
Dari Nu’man bin Basyir r.a.. Rasulullah SAW bersabda :
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)
memang banyak kenangan indah antara kita sahabatku ;-)
Beruntung nya ada sahabat
walaupun kadang-kadang angin kita tak sama
sampai tak bertegur sapa ..
tapi kita gaduh tak lama sebab kita tahu syaitan tu selalu
ada nak jauhkan kita ... nauzubillah semoga persahabatan
kita sentiasa dilindungi NYA
Aminn
.....................................................................
Macam spongebob ngan Patrick
diorang tak sama jenis , cara hidup pun lain-lain
tapi nilai persahabatan mereka sangat erat..
dan mereka tetap comel . ^_^
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)
Sesungguhnya kita semua mengharapkan agar Allah memandang kepada kita semua dan berharap agar persahabatan kita selama ini bukanlah dengan sia-sia tetapi mendapat redha Allah SWT.
ada satu kisah sungguh menyayat hati
~kisah Abu Bakar dan Rasulullah~
Sahabat baik Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar As- Siddiq..
Cerita sewaktu di awal penghijrahan Rasulullah, begitu jauh
mereka berjalan, panas dan bahang hanya Allah sahaja yang
Maha Mengetahui, untuk sahabat-sahabat yang pernah ke
padang pasir sudah pasti air mata akan tumpah bila
mengenangkan bagaimana Nabi kita berjalan menahan terik
mentari untuk menyebarkan agama Islam. Perit bukan?
Setelah penat menapak, Abu Bakar dan Baginda SAW
berehat di dalam Gua Thur, Abu Bakar tidak membenarkan
Rasulullah SAW memasuki gua tersebut dahulu kerana
bimbang ada binatang berbisa yang akan mematuk
Rasulullah. Lihat bagaimana pengorbanan seorang sahabat
buat sahabatnya, biar diri sendiri berhadapan risiko asalkan
sahabat yang amat dicintainya selamat. Mampukah kita?..;-)
Akibat keletihan berjalan, Rasulullah lantas meletakkan
kepalanya di peha Abu Bakar. Seperti anak kecil yang mahu
bermanja di pangkuan ibu bapanya. Perasaan apakah yang
hadir dalam hati kecil Abu Bakar? Sudah tentunya rasa
sayang dan kasih melihat wajah kekasih Allah yang sedang
lena di pangkuannya. Lantas disapunya peluh yang bersisa di
dahi Rasulullah. Tidak merungut di hati Abu Bakar sakit atau
penat atas kelakuan Baginda kerana rasa cinta seorang
sahabat yang membuak-buak dalam sanubarinya.
Sedang Abu Bakar merehatkan dirinya, datang seekor kala
jengking lalu menyengat beliau, Abu Bakar rela disengat
daripada membangunkan Rasulullah daripada lenanya.
Namun kerana menahan bisa kala jengking itu, air mata Abu
Bakar akhirnya jatuh di pipi Rasulullah SAW.
Rasulullah terjaga lalu bertanya kepada Abu Bakar kenapa
beliau menangis, bila sahaja Rasulullah mengetahui Abu
Bakar disengat kala jengking kerana tidak mahu menggangu
lenanya, air mata bergenang di mata Rasulullah. Betapa
beertinya pengorbanan Abu Bakar sehingga Rasulullah
berkata :
“Sungguh bahagia, aku memiliki seorang sepertimu wahai putera Abu Quhafah. Sesungguh Allah sebaik-baik pemberi balasan”.
Itulah cinta seorang sahabat bernama Abu Bakar As-Siddiq
dan Muhammad bin Abdullah.
Telah berkata Rasulullah SAW kepada Abu Bakar :
“Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkan ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah"
pasti kita mengimpikan persahabatan seperti mereka
insyaAllah sama-sama kita doakan ;-)
Imam Ghazali menyatakan 12 ciri sahabat sejati :
1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan
melindungimu.
2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya,
maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia
akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya.
4. Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka
ia akan menyambut dengan baik.
5. Jika ia memproleh suatu kebaikan atau bantuan darimu,
maka ia akan menghargai kebaikan itu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka
akan berupaya menutupinya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia
akan mengusahakannya dengan sungguh-sungguh.
8. Jika engkau berdiam diri (sebab malu untuk meminta),
maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi.
9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan
berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu.
10. Jika engkau berkata benar kepadanya, niscaya ia akan
membenarkanmu.
11. Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka
dengan senang hati ia akan membantu rencana itu.
12. Jika engkau berdua sedang berbeza pendapat atau
berselisih faham, niscaya ia akan lebih senang mengalah
demi menjaga persahabatan.
Salam rindu buat semua sahabat
tak pernah lupa kenangan bersamamu
semoga berpanjangan dunia akhirat
insyaAllah
anda semua adalah sahabat yang terbaik !!!
No comments:
Post a Comment