Thursday, 1 March 2012

:: insan bernama kekasih ::



Seusia sekarang , memang tak pelik pikir pasal CHINTA~ kuang2.. maksudnya cinta manusia.. tapi alhamdulillah , Allah masih tetap kan hati untuk selalu pegang pada cintaNYA... dan xlupa cinta pada Rasulullah ... cinta yang paling indah ialah cinta keranaNYA... masyaAllah , mana nak cari ni ! (hehe gatal).. xperlu semua tu lagi ..ish ishhh... ~~~

sebenarnya , tajuk "insan bernama kekasih " bukan ditujukan pada siapa-siapa  .. tapiii insaan yang sungguh mulia, sungguh hensem budi pekerti nya...peribadinya dijadikan contoh ,kisah hidupnya jadi panduan... dialah insan yang bernama kekasih hati ku~ ya RASULULLAH ....;-)



hidup kita sangat bertuah kerana dikurniakan seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sampai hari ni , kita masih menikmati indahnya sunnah baginda. ~ALHAMDULILLAH~

banyak kisah-kisah zaman Rasulullah yang patut kita jadikan teladan .. *sebenarnya , maluuu , bukan semua kisahnya yang  kita tahu berbanding cerita-cerita di TV , dlm novel ...berapa banyak kisah baginda yang lagi mengguris hati ..yang lagi best nak banding dengan cerita palsu dunia.. insyaAllah kita ubah skarg ye ;-).. jom dekatkan hati dekatkan jiwa dengan sunnah Rasulullah dan kisah2 baginda..

kalau cerita kat TV , macam noraelena ke...vanilla coklat kee... (layan jugk skitskit) ..ada partpart romantik kann.. tapi tu sume palsu ..hanya lakonann semata mata! yang paling romantis yang paling indah sebenarnya bukan dalam cerita tu , tapi cintanya Rasulullah ..macammana romantiknya Rasulullah .. ? jom bace lagi sikit kat bwh.. ;-p

~RASULULLAH THE GREATEST~


Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu

kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".

Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.

Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.






Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:

"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka"

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.






Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa. INSYAALLAH~

Tiada kekasih lain yang dapat tanding Rasulullah ... insyaAllah moga Allah tetapkan jodoh yang terbaik , yang melabuhkan cintanya pada Allah dan Rasul untuk kita sebagai hambaNYA... aminn~



"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..." ilovemuhammad~

*sebelum tu ..layan dulu lagu ni ..hihik .. favourate song. (insan bernama kekasih :UNIC)


No comments:

Post a Comment