Thursday, 28 November 2013

-Manisnya Ukhuwah kerana Allah-

Assalamualaikum . .Alhamdulilah syukur berkesempatan singgah di blog. Selama hampir setahun tak update post, bermacam-macam kejadian Allah yang berlaku di sekeliling. .Semuanya berhikmah . . :)


Berkaitan dengan tajuk entry kali ni, tentang ukhuwah kerana Allah. .Berbunga-bunga hati rasanya kalau teringatkan sahabat-sahabat tercinta yg ana kenal setelah beberapa tahun ini. .^_^


Mereka semua baik-baik dan paling baik !! Dalam kemanisan bergurau senda, ada saja yang akan mengingatkan ana pada kebesaran Allah. Tiada yang sia-sia. :)


Allah.Allah.. Seusai hampir 6-7 bulan terlibat menjadi sebahagian warga Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Tok Jiring, rindu pula dengan suasananya. Banyak ! Banyak memori indah tercipta bersama warga guru, dan paling sweet adalah bersama pelajar2 di sana. Alhamdulillah tidak sia2 mengenali mereka.


Ini students ana tingkatan 1 imam ibnu khathir (2013) , mereka sangat sweet dan sentiasa buat ana senyum ! Uhibukkum fillah ^^. 


Adapun, mengenali dan mencipta ukhuwah bersama para asatizah di sana juga antara kenangan yang sungguh indah dan membuatkan ana tersenyum sorang2 bila  teringat mereka. Pelbagai gelagat ! ^^



Barisan guru muslimat Maahad Tahfiz Tok Jiring , Terengganu . **masa hari guru mei 2013


Walaupun kadang-kadang / selalu juga diri ini rasa tidak layak bersama orang baik-baik seperti mereka tapi layanan yg sangat mesra dan penuh kasih sayang membuatkan ana seronok bersama mereka . Sungguh ! ini lah peraturan hebat Allah kepada hambaNya. :)


Dia temukan ana dengan orang-orang baik . Sehinggalah sekarang, ana masih berhubung dengan mereka , dah macam adik beradik ! So sweet . ^^




                     


Apapun, perasaan itu tak terungkap oleh kata2 , ana memang sangat bersyukur ditemukan dengan insan seperti mereka. Alhamdulilah.Bahkan , ramai antara mereka yg sentiasa beri sokongan tak tertulis dek keybord (hihi).

 

**Macam jauh je (2x) hihi. Memang tak jauh jarak kami kalau naik kereta 5 minit boleh jumpa. Disebabkan masing2 menggalas tanggungjawab kerja , jadi payah nak bersua muka.

 Begitu juga yang lain. Sahabat2 dari sekolah menengah sekolah rendah tadika Pasti dll, semua jarang berjumpa, tapi yang penting , keep in touch each other. Whats app facebook etc ,thats only the way lah i think. Semua bz kan ! ^^  ** Yang penting , kawin jangan lupa jemput !! :P


Doakan yang baik-baik untuk ana dan in shaa Allah kita saling mendoakan sahabat2 . :) Tak banyak nak cerita tentang sahabat, sebab memiliki seorang sahabat yang hebat mmg tak terungkap oleh kata2 nak ceritakan betapa bersyukurnya." Hamba yg kerdil lemah dan hina ini dipertemukan dengan sahabat hebat seperti kalian " . Ana memang tak tahu nk gambarkan ! Pasti , kalian juga pernah. :) Indahkan bersahabat kerana Allah.



Semoga berpanjangan hingga jannah . Aaminn. Assalamualaikum :D



No comments:

Post a Comment