Sunday, 7 October 2012

-Muhasabah hati-





Alhamdulillah . syukur Allah bagi lagi peluang hidup atas muka bumi ni .Walaupun, peluang yg Allah beri ni kadang-kadang tak diguna dengan baik pun.  (T_T) 


InsyaAllah entry kali ini, ana nak ajak semua orang muhasabah diri ! termasuklah diri ana yg serba kekurangan .

Kadang-kadang rasa malu yang amat ,duduk atas kerusi tanpa buat apa-apa ,mulut duk kata bosan-bosan, padahal Allah bagi free masa tu ,suruh dekat ngn Dia. kan ? 

 Ada senaskah AL-QURAN atas meja, Allah dah bagi hint tu , baca ayat-ayat suci Nya. Tambah lagi, tingkap terbuka luas, nampak pokok-pokok cantik (permandangan indah), Allah bagi peluang , sambil tengok ,sebut nama dan puji-puji Dia. kan? Rugi kita ... tapi lepas baca entry ni , tak rugi dah kn ? (^_^) semoga Allah sentiasa buka peluang kat kita sentiasa ingat Dia. Aamiin..


Sebab apa setiap hari kita perlu taubat ? sat ana suruh ustaz jawab . (^_^)

                            


InsyaAllah ustaz .. :)

Setiap hari kita doa, "Allah, ampuni dosa-dosaku ..permudahkan jalan kebaikan dan dekatkanlah hamba Mu ini bersama orang-orang yang sentiasa mengingatkan ku pada Mu" amiin. Kita tunggu Allah makbulkan doa kan? Tapi pernah tak , kita doa ,doa doa, banyak juga ujian menimpa, rasa susah nak capai sesuatu dlm hidup. Sebab apa? 

Umi ana pernah kata : "Muhasabah diri ,ingat dosa-dosa kita ,taubat ...istighfar banyak-banyak.. mungkin sebab kan dosa silam Allah sekat doa kita .. " kan .. nasihat umi memang tak pernah hilang kat ingatan ,tiap kali rasa susah hati .. ubatnya istghfar . astargfirullah100x .. sebagaimana Rasulullah pun buat macam tu .. Tenang hati..

Renungilah firman Allah (surah AT-TAHRIM.8) :

"wahai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahab mu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir bawahnya sungai-sungai" 


Kita semua impikan syurgaNya kan? jadi jom ! muhasabah diri ,begitu juga diri ana , antum semua , kita doa supaya Allah bukakan jalan yang diredhaiNya bersama kita ye . aamiin ..

Ana sudahi entry ini dengan sepotong hadis yang bermaksud :

"Sesungguhnya malaikat yang disebelah kiri akan mengangkat penanya selama enam jam (tidak menulis lagi dosa tersebut) terhadap hamba muslim yang berbuat kesalahan,jika dia menyesal dan meminta ampun kepada Allah dari dosa tersebut maka akan dilemparkan sahaja dosa tersebut,jika dia tidak berbuat demikian,maka akan ditulis sebagai satu dosa "(hadith riwayat Imam At-Thobrani dari Abu Umamah di dalam Al-Kabir)




Semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Nya. Wallahualam.Assalamualaikum (^_^)