Wednesday, 23 May 2012

-Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik-

 - ASSALAMUALAIKUM -




Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan.
 Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam..

Jadi siapakah sebenarnya yang matanya buta tapi hatinya celik , mari kita teruskan dengan kisah Zinirah ,seorang mujahidah yang sungguh kuat dan tabah demi cintanya pada Rasul dan Allah .






Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T


Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.


Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. 
Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.




Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.




"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.



Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.
Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua... :)

Thursday, 17 May 2012

-Pilih Jalan ALLAH-



Alhamdulillah , syukur masih bertemu keyboard menulis sedikit di blog. Apa pun entry kali ini akan ana serikan dengan ilmu dan perkongsian yang bermanfaat insyaAllah.

 Tajuknya "pilih Jalan Allah" .. ada apa dengan tajuk kali ni ?. sebenarnya ada kisah benar yang tersirat . ^^






Bermula nya kehidupan seorang insan sebenarnya adalah kerana izin NYA .dari dalam perut ibu , sehingga saat ini .. semuanya dengan izinNYA. adapun saudara kita yang belum sempat mengenal erti hidup , Allah sudah pun ambil nyawanya .Kerana itulah , sehingga kita pun insyaAllah akan diambil nyawa nanti , jangan putus bersyukur dengan ni'mat hidup ini . =)

~Bismillahirahmanirahim~
Ana mula kan kisah yang ingin ana kongsikan dengan sepotong ayat Alquran :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi kamu pula menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu , Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
-Surah Al-Baqarah -216-


kisah ini ana petik dari pengalaman seorang hamba Allah yang ana rasa sangat menarik untuk dikongsi ! semoga bermanfaat ! :)

Diceritakan. .

Dari bangku sekolah rendah , ummi selalu pesan " pakailah tudung ,kan dah darjah 2, mesti comel anak umi pakai tudung, nanti umi belikan ". Bukan sekali ,tapi kerap kali ummi pesan. Alhamdulillah , ana pakai tudung waktu tu. Kata orang , anak ni kalau nak ajar benda baik , ajarlah masa dia kecil lagi ,tentu cepat ikut.^^



Sehinggalah masuk alam sekolah menengah , salah sebuah sekolah menengah kebangsaan agama...Dengan berbekalkan keputusan upsr 4A1B ,alhamdulillah ana diterima di sekolah tu .Namun ia bukanlah pilihan dari hati ana sendiri , kerana akhi ana pun belajar di sekolah itu juga, jadi mudah ceritanya ,ummi dan abah hantar ke sekolah tu kerana ada akhi ,lagipula sekolah agama. Tambahan Ummi pesan  " umi nak anak-anak ummi kalau boleh ,semua nak hantar ke sekolah agama, ummi nak sume jadi anak yang soleh dan solehah , ada serba sedikit pegangan ilmu agama dari segi pendidikan, boleh kan ?" .



Sejak itu , ana tinggal di asrama ,dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Alhamdulillah sahabat-sahabat ana ,semua baik-baik . Walaupun pernah satu ketika , ana terpengaruh dengan ajakan sahabat yang agak nakal, buat kerja-kerja yang dilarang asrama ,tapi itulah kehidupan berasrama ,tahu-tahu aje la ,kadang -kadang jemu dengan peraturan . (^_^) . Apapun , seronok !!

Lepas saja SPM , semua sahabat termasuklah ana , membawa haluan hidup masing-masing , ada yang kerja dan sebagainya. Ana hanya dirumah ,ummi pernah kata " anak-anak perempuan ummi ,ummi tak bagi kerja kat luar, duduk rumah aje , tak manis kerja tempat luar" Apapun ada baiknya tu kan .. bukanlah satu yang buruk kerja di tempat luar , cumanya hati seorang ibu ,nak yang terbaik untuk anak -anak. (^_^)



Sehingga dapat tawaran masuk ke alam IPT , dan ana teruskan belajar. Hidup sebagai anak remaja , jauh dari keluarga ,lagi pula tidak biasa dengan keadaan sosial di IPT. Tidak ana nafikan , apapun keadaan sekeliling , ana memang mudah terpengaruh .Ditempatkan di satu kedudukan yang bercampur lelaki dan perempuan seolah-olah itu sangatlah biasa bagi mereka. Mungkin ia hanya kejutan budaya belajar di IPT bagi ana yang kurang bersosial , tapi masih ana bingung dan keliru sebenarnya , "apa tujuan sebenarnya tempat ni , kenapa tak macam zaman sekolah dulu ?" .~ ~ ~

Teruskan lagi sehingga masuk semester 2 , orang kata , dah sebati dengan keadaan tempat belajar yang kuat bersosial , ana pun sudah 'terjerumus' ,al maklum lah , tengok orang macam tu , nak ikut ,nak tiru ..sehingga lah semester 3, perubahan demi perubahan yang ana alami , tanpa sedar sebenarnya sebab sudah terbiasa dengan keadaan sekeliling .Bila balik rumah ,akan ada teguran dari keluarga terutama ,ummi abah ,abang adik . "kenapa pakai macam ni ??!! , ummi tengok anak ummi ni dah berubah .hmm".. sama lah semuanya cakap benda yang sama . Begitulah adik ana sendiri pun , "ukhti, kenapa dah lain sekarang ni , tak macam dulu ,berubahlah sebelum terlambat ,enti perempuan ,ada banyak batas kan ,jangan macam ni , akhi sayang ukhti ," 



Perubahan yang sebenarnya melalaikan dan melekakan ana tentang nikmat dan masa lapang yang Allah beri. Ya Allah maafkan ,ampunkan hamba Mu yang hina ini :( ..Ana tak sedar semua tu , sebab terlalu sibuk dengan keseronokan dunia . Dengan keadaan sekeliling  yang sibuk dengan "Bercouple , keluar malam dengan kawan-kawan , tak focus pada pelajaran , pergaulan yang bebas ( antara kawan laki dan perempuan ) , pakaian yang tidak menutup sebahagian aurat )".. Itulah ujian yang besar , ujian nafsu ..Ya Allah banyak sangat ! Ana kongsikan untuk kita sedar dunia ini bukan milik kita , dan hanya sementara .Bukan keseronokan dunia yang perlu dikejar ,tapi redha Allah !! alhamdulillah sekarang ana sedar , Allah hadiahkan ummi abah dan adik beradik yang selalu pegang dan pandu ana pada jalan-jalan kebaikan , jalan Allah . =)



Sebenarnya , mereka bimbang kalau perubahan ini boleh membawa ana pada jalan yang salah , bukan jalan yang Allah redha. MasyaAllah !!

 Satu ketika pada semester 4 ana kenal pada seorang hamba Allah , banyak perkara agama yang ana pelajari tanpa sedar bila bersamanya . Tentang aurat , pergaulan dll. Sejak itu , ana berubah sedikit demi sedikit . Alhamdulilllah semua yang dulu ana tinggalkan  , ummi senyum lagi dan keluarga yang lain turut gembira dan sangat bersyukur dengan perubahan ini . Betullah , Allah akan hadiahkan orang baik2 jika kita betul2 ingin berubah pada jalanNya (^_^) .





Pada sahabat yang ana sayangi , pilihlah jalan Allah pasti tidak akan ada penyesalan . Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui yang terbaik untuk hamba Nya. Walau suka atau tidak pada sesuatu yang belum tentu membahagiakan kita , redha lah . Sepertimana firman Allah surah alBaqarah ayat : 216 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi kamu pula menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu , Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
-Surah Al-Baqarah -216-


" Sekian saja kisahnya , apa yang baik dari Allah dan yang buruk ,hina dan kurang hanya lah dari diri ana sendiri . Suka ana jika ada sahabat yang ingin juga berkongsi kisah pada ana atau umumnya , mungkin boleh di jadikan panduan dan pengajaran bersama . InsyaAllah ,marilah kita  saling berpesan-pesan  satu sama lain , sabda Rasulullah : sampaikanlah walau dengan satu ayat . Jalan yang baik hanya lah fisabilillah , pilihlah jalan Allah .=) "




Begitu lah kisah seorang hamba Allah yang ana fikir cukup memberi kesan pada anak muda zaman ini. Termasuk ana sendiri. Apapun , jom pilih jalan Allah !
Sekian . .
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ;-)