Wednesday, 25 January 2012

:: Hakikat solat ::



Setiap muslim wajib melaksanakan solat tak kira lah apa jua keadaan sekali pun .. Islam kan agama yang mudah lagi memudahkan .. ada cara solatnya jika kita sakit , jika kita cacat , dan sewaktu bermusafir.. kenapa kita solat ? sebenarnya banyak hikmah kenapa kita wajib bersembahyang pada yang Esa..

~~~Sabda Rasulullah saw yang maksudnya :
" Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu solat yang diwajibkan lalu dia berwuduk dengan wuduk yang baik , melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan rukuknya, maka solat itu merupakan kafarat ( memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu , selagi dia tidak melakukan dosa besar "

- Riwayat Muslim-

~~~Jelaskan ? itu salah satu hikmah solat. Harus tahu sebenarnya, solat ni penghubung kita sebagai hamba dengan pencipta iaitu Allah swt...melalui solat lah , kita meminta pertolongan , berdoa pada Nya ..dan inilah cara kita mendekatkan diri pada Nya..

~~~"Solat itu mencegah dari melakukan kemungkaran" ..tapi kenapa antara kita selepas solat maih melakukan maksiat , melakukan dosa dan perkara yang dilarang Allah..? solat yang paling disukai oleh Allah ,bila kita kusyuk dan ikhlas melaksanakannya..niat kerana Allah semata-mata ..tidak ada perasaan riya' , takbur atau menunjuk-nunjuk ..insyaAllah barulah kita rasa takut nak lakukan makiat dan perkara yang Allah tak suka kan ?..

~~~Antum semua mesti ingat bacaan -bacaan dalam solat kan ? ..sangat indah ..tapi apa maknanya ? kadang-kadang , kalau diterjemahkan dan kita faham barulah rasa semangat kan ?... dari kecil kita diajar baca dan baca , hafal dan hafal, tapi sampai sekarang kita faham dan faham tak ?? ..jom kita baca dan faham ..insyaAllah solat yang kita kerjakan hari-hari dilaksanakan dengan penuh penghayatan lillahi ta'ala ..;-)





~~~AL-FATIHAH ..



~~~DOA IFTITAH



~~~TAKBIRATUL IHRAM , RUKUK, SUJUD DAN ANTARA DUA SUJUD.



~~~TAHIYYAT AWAL




~~~TAHIYYAT AKHIR



~~~     -" MARI JADI ORANG BAIK" ^_^-



Tuesday, 24 January 2012

:: Saya Sayang ALLAH ::




~~~ sehari dua hari tiga hari ... ibaratnya satu jam dua jam tiga jam je kan .? apapun alhamdulillah kerana masih diberikan nyawa dan diberi peluang bernafas di bumi NYA.. Allah maha penyayang hamba-hambanya kan ?..lihatlah setiap apa yang kita kerjakan hari kemaren , hari ini , insyaAllah hari esok dan esok .. semuanya diatur dengan baik .. hebat Allah ..maha hebatt .. 

~~~ Allah maha hebat kerana setiap hari ..Dia selalu ada dengan kita ... Dia jugalah tempat kita mengadu masalah, tempat meminta pertolongan  , petunjuk dan hidayah ...semuanya pada Nya..

~~~ berzikir padaNya .." Subhanallah , Alhamdulillah , Lailahailallah , Allahuakbar"..  hanya kalimah ini semuanya menggambar kan tentang kekuasaaan kebesaranNya. maha hebatnya Dia.. cantiknya Dia dan ciptaanNya.. 

~~~ Kita susah , senang , jatuh dan bangun semua nya Dia yang atur. bila susah namanya ujian .. bila senang , berjaya namanya rezeki ... Allah sayang kan kita sangat-sangat . ;-)

~~~ Dan akhirnya kepadaNya juga tempat kita kembali .. yang namanya KEMATIAN.. satu ketika kita semua pasti mati ..bila ingat mati semua takut ... fikirkan apa bekal kita nak menghadap ilahi nanti ?.. tapi itulah sebenarnya sebahagian dari iman.. insyaAllah selalu ingat mati dan selalu memperbanyakkan bekal rohani , bekal hati , bekal amalan pada Allah ... 

~~~ Selalu fikir Allah supaya hati jadi tenang.. insyaAllah.. dan selalulah sebut " SAYA SAYANG ALLAH SANGAT-SANGAT" ...^_^ ~~~